Descargar la aplicación
63.64% Perceraian Ke-99 / Chapter 583: Aku akan Layan Dia

Capítulo 583: Aku akan Layan Dia

Editor: EndlessFantasy Translation

Bagaimana… bagaimana mungkin seseorang yang sehebat Li Sicheng dilayan seperti binatang? Itu lebih teruk daripada membunuhnya! Su Qianci duduk di sofa dengan tangan yang diletakkan pada mulut. Dia tidak mampu menahan air matanya daripada gugur. Tidak, tidak! Jika memang itu yang berlaku, bagaimana Li Sicheng boleh menerimanya, bagaimana dia boleh merelakannya! Su Qianci kenal suaminya, malah teramat kenal.

Tetapi buah hati sejak kecil suaminya iaitu Tang Mengying juga amat mengenali diri Li Sicheng. Perempuan itu pasti tahu apa yang perlu dilakukan untuk menyeksa Li Sicheng dan untuk memberikannya kesakitan yang paling dalam… Perkara yang terbayang dalam fikirannya membuatkan Su Qianci berasa sudah tidak mampu menghadapi semua ini. Dia mahu melihat suaminya! Air matanya terus mengalir tanpa henti. Su Qianci merasakan seolah-olah ada satu tangan besar yang memegang hatinya dengan kuat dan membuatkannya sukar untuk bernafas.

*****

Tingkat bawah tanah itu sedikit lembap. Kegelapan yang menyelubungi tempat itu seakan turut menembusi jauh ke dalam hati. Tiada beza antara siang dan malam di situ. Dalam kegelapan itu, kedengaran satu deruan nafas yang tercungap-cungap. Ia kedengaran ganas, gila dan kesakitan. 

Bunyi tapak kasut tumit tinggi kedengaran semakin hampir. Tang Mengying sedang bernyanyi kecil. Jelas, anginnya sedang baik. Sebaik melihat wanita itu datang, pengawal Jing Sao mengeluarkan kunci lalu membuka satu pintu besi, diikuti dengan satu pintu kayu dan akhirnya satu palang besi sebelum mempersilakan Tang Mengying masuk. Wanita itu masuk bersama beg tangannya lalu menekan suis lampu. 

Di ruang bawah tanah itu, terdapat satu jeriji besi dengan ruang dalamnya hanya berkeluasan kurang 50 kaki dengan satu bilik air. Satu pemanas air, cermin, tuala, gelas, berus gigi dan pencukur berada di bilik air itu. Di luar bilik air pula, kelihatan satu katil kecil yang sangat bersih dan ringkas. Hanya ada satu bantal, satu selimut dan seseorang.

Tiada apa selain itu.

Seorang lelaki terbaring mengerekot di atas katil itu sambil memeluk lututnya. Kepala dan tubuhnya berlumuran peluh. Urat biru timbul dengan jelas pada leher dan tepi telinganya. Wajahnya kemerahan dan jelas menunjukkan dia sedang merasakan kesakitan yang teramat.

Disebabkan sangat jarang mendapat cahaya matahari, kulit mukanya yang sihat dan cerah kini telah berubah pucat. Tubuhnya juga amat pucat sehingga kelihatan biru. Urat-urat di lengannya jelas kelihatan. Li Sicheng berbaring mengerekot sambil memeluk lututnya dengan nafas yang menderu kencang. Sebaik melihat Tang Mengying berjalan masuk, dia terus bangun dan menghulurkan tangan melalui jeriji besi itu sambil menjerit, "Beri kepada aku, Tang…"

"Oh…" Tang Mengying memegang tangan Li Sicheng dan meletakkan tangan itu ke atas dadanya. "Aku akan berikannya kepada kau. Beritahu aku… Kau mahukan aku atau tidak? Aku akan berikan kau segalanya."

Tangan Li Sicheng menggeletar, tetapi apabila tangan lembut Tang Mengying menyentuhnya, dia segera menarik tangannya kembali.

"Berikan aku… dadah…"

"Apa kau cakap? Aku tak dengar. Kuat lagi!" Tang Mengying tersenyum dengan kejam dan berpaling ke arah Jing Sao. "Buka pintu ini, aku mahu layan dia."

Dengan riak wajah yang tidak menunjukkan apa-apa perasaan, Jing Sao mengeluarkan segugus kunci dan membuka pintu besi itu.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C583
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión