Descargar la aplicación
58.29% Perceraian Ke-99 / Chapter 534: Jika Kamu Perlu Memilih antara Saya dengan Dia

Capítulo 534: Jika Kamu Perlu Memilih antara Saya dengan Dia

Editor: EndlessFantasy Translation

Fikiran Su Qianci menjadi bingung selama beberapa ketika. Air matanya terus mengalir tanpa henti dan kepalanya seakan berdengung. Ayat itu bergema dalam fikirannya: Dia masih hidup, dia masih hidup… Benarkah… Li Sicheng masih hidup?

Kemudian dia tersenyum dalam tangisannya. Li Sicheng masih hidup, dia masih hidup! Asalkan terbukti dia tidak terbunuh dalam letupan itu, bermakna masih ada harapan. Bo Xiao memerlukan Li Sicheng untuk melakukan sesuatu, jadi suaminya itu pasti tidak akan mati, bukan? Asalkan dia dapat mencari Bo Xiao dan Rong Anna, dia pasti akan dapat menjumpai Li Sicheng, bukan?

"Tapi, mereka lakukannya begini pasti kerana mereka mahu kamu fikir Li Sicheng sudah mati. Mereka itu penuh dengan perancangan jahat. Lebih baik kalau kita ikut saja permainan mereka."

"Maksud kamu?"

"Biarkan saja dunia tahu yang Li Sicheng dah 'mati', biar musuh leka. Kemudian kita akan cari Li Sicheng secara senyap-senyap. Dengan itu kemungkinan untuk kita berjaya lebih tinggi."

Su Qianci mengetap gigi sebaik mendengar cadangan itu. "Bolehkah saya percayakan kamu?"

Rong Haiyue agak terkejut dan memandang Su Qianci. "Kenapa kamu tanya begitu?"

"Kamu ayah Rong Anna. Geng Rong Anna yang lakukan semua ini kepada suami saya. Kamu berdua ibu bapa Rong Anna. Betulkah kamu memang nak bantu saya?"

Hati Rong Haiyue berasa pedih mendengar kata-kata itu. Dia menoleh ke arah Rong Xuan dengan perasaan yang bercelaru.

Walaupun dia tahu latar belakang sebenar Rong Anna, gadis itu tetap adalah anak yang telah dibesarkannya selama lebih 20 tahun. Dia amat menyayangi gadis itu sejak bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, setelah identiti Su Qianci terbongkar, Rong Haiyue merasakan dirinya banyak hutang yang perlu dilangsaikan kepada anak kandungnya itu. Dia mungkin tidak akan dapat melangsaikannya sehingga hujung nyawanya. Kedua-dua mereka adalah anaknya dan tidak pelik untuk Su Qianci mempunyai syak wasangka. Rong Haiyue tersenyum pahit dan berkata, "Kamu juga anak saya, Qianci."

Kedengaran bunyi kasut tumit tinggi Rong Xuan yang datang menghampiri mereka. Dia mendekati Su Qianci dan berkata dengan ikhlas, "Maafkan saya." Rong Xuan kelihatan tinggi dan elegan dalam baju qipao hijau berlengan panjangnya. "Maafkan saya. Saya sentiasa tahu di mana kamu berada dan sentiasa tahu perkembangan kamu, tetapi saya tak pernah beritahu Rong Haiyue." Suara Rong Xuan amat tenang sehingga permintaan maafnya kedengaran tidak begitu ikhlas bagi Su Qianci.

"Rong Haiyue langsung tidak tahu kewujudan kamu. Kalau dia tahu, dia pasti dah bawa kamu pulang ke rumah dan layan kamu lebih baik daripada Rong Anna. Semuanya salah saya, maafkan saya."

Su Qianci mengetap bibirnya mendengar kata-kata itu. Kemudian dia terus bangun, mengambil beg tangannya dan berkata, "Encik Rong, saya akan fikirkan dulu cadangan kamu. Terima kasih kerana beritahu saya semua ini." Su Qianci terus berpaling untuk pergi.

"Qianci…" Rong Haiyue memandangnya dengan sedih. "Saya ayah kamu."

Langkah Su Qianci terhenti dan matanya berubah suram. "Kamu juga ayah Rong Anna, bukan?" Rong Haiyue tidak mampu menjawabnya. Dia merenung belakang Su Qianci dengan hati yang pedih. "Dia anak yang kamu besarkan selama lebih 20 tahun. Kalau kamu perlu pilih antara saya dengan dia, pasti kamu akan pilih dia, kan?"

Geng Rong Anna yang membuatkan suaminya menderita seperti itu. Adakah dia perlu menjadi adik-beradik kepada gadis itu sekarang? Tidak mungkin!


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C534
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión