Descargar la aplicación
57.31% Perceraian Ke-99 / Chapter 525: Li Sicheng Sepatutnya Ketawa Sehingga Saat-Saat Akhir

Capítulo 525: Li Sicheng Sepatutnya Ketawa Sehingga Saat-Saat Akhir

Editor: EndlessFantasy Translation

Tubuh Su Qianci bergetar di bawah selimut itu. Nafasnya yang kedengaran berat dan kencang cukup mendedahkan emosinya.

Qin Shuhua menutup mulut kemudian bangun lalu berjalan keluar dari wad itu. Sebaik bertemu Li Xiao di luar, dia tidak dapat menahan tangisannya lagi. "Apa patut kita lakukan? Anak kita, anak kita…"

Mata Li Xiao turut kemerahan. Lelak itu mengeluarkan tisu lalu menyapu air matanya sendiri.

Qin Shuhua terduduk sambil menangis teresak-esak.

Li Beixing bergegas datang selepas itu dengan masih memakai uniform tenteranya. Nafasnya tercungap-cungap, tetapi wajahnya seakan mencurigai sesuatu. Dia melihat ibu bapa dan adiknya sedang berdiri di luar wad Su Qianci lalu menghampiri mereka dan menyentuh bahu Li Jinnan.

Li Jinnan menarik nafas dalam dan matanya kelihatan merah. Sebaik melihat Li Beixing, dia terus berpaling ke belakang dan memeluk abangnya itu. Li Beixing tidak pernah melihat adiknya seperti itu. Hatinya terasa kosong. Dia menoleh ke arah wad itu dan bertanya, "Su Qianci ada di dalam?"

"Ya," jawab Li Jinnan sambil meleraikan pelukannya dengan mata yang agak basah. "Saya langsung tak dengar bunyi esakan. Dia menangis secara senyap."

Li Beixing berundur selangkah dan memandang ahli keluarganya. Tubuhnya yang tinggi dengan uniform hijau tentera itu kelihatan hebat. Dia bertanya, "Kamu dah tengok mayat dia?"

"Tak." Li Jinnan menutup mukanya dalam kesedihan dan duduk di atas kerusi menunggu. Suaranya kedengaran sebak dan seakan menyalahkan dirinya. "Dengan letupan sebesar itu, mana mungkin ada mayat dapat dijumpai."

"Macam mana boleh tak ada mayat dia? Mereka ada jumpa mayat, kan?" Sebenarnya Li Beixing tidak mahu percaya Li Sicheng yang amat gah dan menonjol pergi begitu sahaja. Mengarut! Sesiapa sahaja antara mereka boleh mati dahulu, tetapi Li Sicheng… adiknya itu sepatutnya ketawa sehingga saat-saat akhir! Li Siheng yang tidak tahu malu, kuat daya tahan, berprinsip dan tekad untuk menjadi luar biasa. Bagaimana lelaki seperti itu boleh mati seawal ini? "Selagi tak lihat mayat dia, saya langsung tak akan percaya dia dah mati!" Li Beixing kedengaran tegas. Dia memandang Li Jinnan dan bertanya, "Kamu dah lihat? Kamu yakin?"

Li Jinnan tidak menjawab mahupun menurunkan tangannya. Dia hanya duduk diam di kerusi itu sambil menutup mukanya. Ketika itu, beberapa orang pegawai polis datang menghampiri mereka.

Salah seorang polis itu bertanya, "Kamu semua keluarga Li Sicheng? Saya pegawai yang bertanggungjawab untuk kes ini. Nama keluarga saya Li." Li Jinnan akhirnya menurunkan tangannya dan memandang pegawai polis itu. "Kami jumpa sesuatu di tempat kejadian yang berkemungkinan milik Encik Li. Boleh kamu kenalpasti…"

Boom!

Pintu wad itu tiba-tiba terbuka dengan kuat. Satu tubuh yang kurus berlari keluar tanpa memakai selipar. Wajah Su Qianci kelihatan pucat, matanya merah dan bengkak manakala rambutnya kusut-masai. Dia melihat barang yang berada di tangan pegawai polis itu.

Barang itu diletakkan di dalam plastik kecil. Ia berwarna hitam dan sudah berubah bentuk disebabkan terbakar. Tetapi bentuk serta beberapa berlian dan permata kecil yang kekelabuan itu menunjukkan satu bentuk seakan swan. Bibir Su Qianci bergetar sebaik melihatnya. Dia mengambil plastik itu kemudian menyentuh lehernya yang memakai rantai dengan loket swan yang mulia dan elegan. Reka bentuknya halus dan cantik. Dilihat daripada permata dan berlian itu, loketnya dan barang yang terbakar itu adalah sepasang. Kedua-duanya berbentuk swan yang melambangkan cinta sejati. Pemiliknya akan mencintai antara satu sama lain sehingga maut memisahkan mereka.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C525
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión