Descargar la aplicación
53.05% Perceraian Ke-99 / Chapter 486: Rong Xuan Mahu Bunuh Saya?

Capítulo 486: Rong Xuan Mahu Bunuh Saya?

Editor: EndlessFantasy Translation

Hanya ada tingkap hijau yang menghalang pandangannya. Tiada apa-apa dapat dilihat.

Su Qianci menarik baju suaminya dan mendesaknya keluar. "Pergi, pergi!"

Li Sicheng berpaling dan memeluk Su Qianci lalu segera keluar dari bilik itu. "Jangan takut. Tak ada apa-apa."

Pengurus hotel bergegas datang ke arah mereka. Melihat keadaan pasangan itu, dia terus bertanya apa yang berlaku.

"Telefon polis."

"Apa?" Pengurus hotel itu kelihatan agak terkejut. "Encik, apa yang berlaku…"

"Telefon polis, dengar tak!" Li Sicheng memarahinya. Su Qianci menggeletar semakin kuat di dalam pelukannya. Li Sicheng memandang isterinya dan suaranya berubah lembut. "Tak ada apa-apa. Jangan takut."

Tangan Su Qianci turut menggeletar. Kemudian dia mendongak dan merenung mata Li Sicheng, "Dia nak bunuh saya kan? Rong Xuan? Rong Xuan nak bunuh saya?"

"Jangan fikir macam tu. Kalau dia nak bunuh kamu, kenapa tunggu sekarang?" Li Sicheng berbisik sambil menepuk-nepuk belakang isterinya. "Jangan risau. Kita tunggu polis siasat."

*****

Satu susuk tubuh yang tinggi berjalan perlahan ke dalam kafe dan duduk berhadapan seorang wanita cantik. Wanita itu bertanya dengan wajah risau, "Macam mana?"

"Gagal. Reaksi mereka lebih pantas daripada apa yang saya jangkakan."

"Habis tu macam mana? Kalau perempuan tu dapat cam kita atau kita ditangkap oleh mereka, kita berdua akan mati!"

Lelaki yang tinggi itu ketawa. "Oh tunangku, kamu sedang persoalan IQ saya."

"Kamu dah tukar peluru?"

"Dah tentu." Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia berkata dengan suara perlahan, bibirnya hampir tidak bergerak, "Ada seorang lelaki baru balik dari San Francisco dengan harta yang banyak."

*****

Apabila Rong Haiyue tiba di balai polis itu, Li Sicheng dan Su Qianci sudah selesai membuat laporan dan sedang dilindungi. Su Qianci jelas amat ketakutan dan tidak mahu melepaskan Li Sicheng. Dia melihat Rong Haiyue datang dengan wajah yang keliru.

"Kamu okey?" Rong Haiyue menghampirinya dan bertanya perlahan.

Li Sicheng menggeleng dan memandang lelaki itu dengan riak wajah yang sukar ditafsir.

"Mana Rong Xuan?" tanya Su Qianci. "Dia ada di mana tengah hari tadi?"

Rong Haiyue kebingungan. "Dia ada di rumah saja lepas kamu pergi…" jawabnya sebelum tiba-tiba terfikir sesuatu. "Kamu fikir dia yang lakukannya? Mustahil," kata Rong Haiyue yakin dengan wajah tegas.

"Dulu, dia sanggup tinggalkan bayi yang baru lahir di hadapan rumah anak yatim. Sekarang saya tiba-tiba muncul dan ganggu hidup dia selepas bertahun-tahun berlalu." Su Qianci memandang ke dalam mata Rong Haiyue dengan sedih. "Selain dia, saya tak dapat fikir siapa yang mahu saya mati."

Semua tembakan itu dihalakan kepadanya! Peluru itu menembusi tingkap gaya Perancis dan sebuah kerusi. Jika tembakan itu mengenainya, dia pasti telah mati sekarang. Semua orang takut untuk mati, apatah lagi dirinya yang telah merasainya sekali.

Selepas melihat ketakutan dan perasaan tidak percaya yang jelas pada Su Qianci, Rong Haiyue mahu berkata sesuatu tetapi menariknya kembali dan diam. Kemudian kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi menghampiri mereka. Satu susuk tubuh ramping yang berpakaian biru berhenti di belakang mereka. Wajah wanita itu 80% mirip seakan Su Qianci. Dia sedang memandang mereka dengan pandangan yang sukar ditafsir.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C486
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión