Descargar la aplicación
50.54% Perceraian Ke-99 / Chapter 463: Anak Kembar Kita

Capítulo 463: Anak Kembar Kita

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng menyumbat makanan itu ke dalam mulut Li Jinnan sambil merenungnya dengan dingin. Kemudian dia menyumbat penyepit ke dalam mulut adiknya itu. Li Jinnan berundur dan membuat wajah kasihan.

"Kejamnya…" Su Qianci berkata sebelum menyedari dia tidak patut mengatakannya. Kemudian dia melihat sekeliling untuk mencari orang lain.

"Ibu, Ayah, Atuk dan Abang semua keluar dan hanya akan balik malam nanti," kata Li Sicheng sambil menyuap Li Jinnan secara paksa. Dia bertanya dengan nada garang, "Nak makan apa lagi?"

Mulut Li Jinnan dipenuhi makanan dan dia menggeleng dengan wajah sedih.

Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum sambil makan dan memerhatikan dua beradik itu.

Selesai menyiram pokok-pokok bunga di halaman, Liu Sao masuk ke rumah dan melihat Li Sicheng sedang menyuap adiknya. Dia sangat terkejut sehingga hampir menjatuhkan bekas penyiram yang dipegangnya.

Selepas meletakkan penyiram itu di tempatnya, dia menghampiri meja makan. "Mari saya suapkan dia. Kamu cakap nak keluar kan?"

Li Sicheng amat gembira untuk menyerahkan tugas itu dan terus menghulurkan penyepit yang dipegangnya. Li Jinnan turut berasa lega dan melemparkan pandangan berterima kasih kepada Liu Sao. Ya Tuhan! Memanglah dia bertuah disuapkan oleh abang keduanya itu, tetapi lelaki itu terlalu berkasar!

Li Sicheng kembali ke tempat duduknya untuk makan, tetapi tiba-tiba dia mendongak dan berkata, "Sayang, saya nak makan tu," sambil menunjuk kepada makanan berhampiran Su Qianci.

Li Jinnan yang baru sahaja dapat menelan makanan yang memenuhi mulutnya mengangkat anak matanya ke atas.

Su Qianci tahu Li Sicheng tidak puas hati kerana dia hampir menyuap Li Jinnan. Dia ketawa kecil dan mengambil makanan yang ditunjukkan sebelum menyuap suaminya. Li Sicheng makan dengan penuh elegan sambil memandang adiknya dengan wajah berlagak.

Li Jinnan memandangnya dengan pandangan mengejek. "Pasangan yang menunjuk-nunjuk biasanya akan berpisah. Kamu tahu itu?"

Li Sicheng tidak menghiraukannya. Dia menggigit makanan yang disuapkan oleh isterinya lagi dan kelihatan sangat puas hati.

Selepas makan tengah hari, Liu Sao membantu Li Jinnan kembali ke biliknya manakala Li Sicheng membawa isterinya ke pusat membeli-belah berdekatan.

"Apa yang kita akan buat?"

"Beli-belah." Mood Li Sicheng kelihatan baik. Selepas memarkir kereta, dia membawa Su Qianci ke tingkat atas.

Su Qianci tidak faham apa yang ingin dilakukan Li Sicheng sehinggalah dia dibawa ke tingkat baju mengandung dan barangan bayi. "Kandungan saya baru lebih sedikit dari sebulan. Tak terlalu awalkah?"

"Tak awal, hanya lapan bulan saja lagi." Sebenarnya Li Sicheng cuma mahu membeli beberapa pakaian cantik untuk anak mereka. Selepas hujung bulan dia akan kembali sibuk dengan kerja.

Senyuman Su Qianci bertambah lebar ketika dia memasuki satu kedai sambil memegang tangan suaminya. Pakaian bayi sangat kecil. Dia mengambil sepasang baju dan merasakan ia terlalu kecil. "Bayi memang sekecil inikah?"

Seorang pekerja datang dengan sopan dan memberitahu lebih lanjut tentang pakaian itu. Kemudian dia bertanya kepada Su Qianci, "Puan mahu beli untuk anak perempuan atau anak lelaki? Kami ada pakaian untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak tiga tahun.

"Kedua-duanya," kata Li Sicheng yang sedang memegang beberapa baju bayi. Su Qianci menyedari semua baju itu berwarna merah jambu. "Anak kami kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan." 

Su Qianci terkejut bercampur teruja. "Macam mana kamu tahu?"

"Kamu yang cakap."

Kegembiraan Su Qianci hilang sebaik mendengar jawapan itu. Dia memuncungkan bibir dan berkata, "Itu cuma mimpi."

"Mimpi itu akan jadi realiti," kata Li Sicheng sambil mendekati Su Qianci dan membelai rambutnya. Dia merenung isterinya dengan penuh kasih sayang. Bibirnya tersenyum kecil menunjukkan kebahagiaannya.

"Mimpi ibu mengandung biasanya betul. Kita mesti akan dapat anak kembar, lelaki dan perempuan."

Dikepung Polis

Suara Li Sicheng penuh pengharapan. Su Qianci membayangkan suaminya memegang dua bayi. Lelaki di sebelah kiri, perempuan di sebelah kanan. Ketiga-tiga mereka akan kelihatan sangat hebat bersama.

Tapi…

"Macam mana kalau kita cuma dapat seorang?" Su Qianci hampir tidak sampai hati untuk menyebutnya.

Li Sicheng berfikir seketika sebelum berkata, "Kalau seorang, saya nak anak perempuan."

"Kalau dapat lelaki?"

"Kalau lelaki, kita akan dapatkan anak kedua untuk yang perempuan," jawabnya tanpa teragak-agak.

Pipi Su Qianci bertukar kemerahan apabila pekerja tadi tersenyum-senyum kepadanya. "Semua orang nak anak lelaki, tapi kamu sebaliknya."

"Dah empat ke lima generasi keluarga Li tak ada anak perempuan. Atuk sangat teringin nak cucu perempuan. Kamu nak anak lelaki?"

Baiklah, dia boleh menerima penjelasan itu buat masa sekarang. Su Qianci meletakkan baju yang dipegangnya dan mengambil sepasang kasut. Ia kelihatan sangat kecil.

Selepas berjalan di seluruh kedai itu, Li Sicheng selesai membeli banyak barangan bayi. Walaupun dia mengatakan dia mahu anak lelaki dan perempuan, tetapi dia hanya mengambil barang-barang untuk bayi perempuan. Akhirnya Su Qianci yang mengambil barangan untuk bayi lelaki. Selesai membuat bayaran, mereka meminta pihak pusat membeli-belah untuk menghantar kesemua barangan itu ke rumah lama. Kemudian Su Qianci mengajak suaminya untuk mencari hadiah.

Dia mahu membeli hadiah untuk Yu Lili tetapi tidak menjumpai apa-apa yang sesuai untuk kawannya itu. Tiba di satu kedai jenama terkenal, Su Qianci terhidu bau yang sangat elegan dan menarik. Dia berpaling dan melihat pekerja kedai sedang memberi sampel minyak wangi. Su Qianci menghampirinya dan pekerja itu terus mengajaknya untuk mencuba wangian itu. Ia memang sangat wangi. Su Qianci membeli dua botol, satu untuk dirinya dan satu lagi dibalut sebagai hadiah.

Apabila pasangan itu keluar dari pusat membeli-belah, mereka melihat sebuah kereta sport yang kelihatan istimewa sedang dikepung oleh beberapa kereta polis. Ramai polis berada di situ sambil menghalakan pistol ke arah kereta tersebut. Kereta sport itu kelihatan bergaya dengan corak graffiti yang berwarna-warni. Model kereta itu juga adalah model yang agak baru. Perkara yang berbeza berbanding ketika mereka melihatnya sebelum ini adalah kereta itu mempunyai nombor pendaftaran kali ini. Dua orang lelaki keluar dari kereta itu dan kelihatan takut melihat polis yang sedang mengepung mereka.

Su Qianci juga ketakutan sambil memandang sekilas kereta itu beberapa kali. Li Sicheng memeluk pinggangnya dan berkata, "Mari pergi. Parti hari jadi tu dah nak bermula."

"Okey."

Walau bagaimanapun, belum sempat mereka tiba di kereta, seorang polis wanita datang menghampiri mereka. Li Sicheng memegang tangan isterinya dan memandang polis wanita itu dengan dingin.

Polis wanita itu memandang Su Qianci dan berkata, "Puan Li, kebetulan betul saya selalu jumpa Puan berhampiran kereta itu."

Su Qianci berasa marah mendengarnya manakala Li Sicheng merenung polis wanita itu dengan tajam. "Apa maksud kamu?"

Polis wanita itu terdiam sebaik merasakan pandangan tajam Li Sicheng dan berasa agak malu. "Saya cuma rasa ia agak kebetulan. Kalau tak menyusahkan, saya harap Puan Li boleh bantu kami kenal pasti sama ada salah seorang lelaki ini adalah lelaki yang jadikan Puan tebusan tempoh hari."

"Ia menyusahkan," kata Li Sicheng lalu membuka pintu tempat sebelah pemandu dan menyuruh Su Qianci masuk.

Polis wanita itu kelihatan panik. "Masyarakat awam perlu beri kerjasama kepada polis."


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C463
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión