Descargar la aplicación
46.61% Perceraian Ke-99 / Chapter 427: Kentut Pun Tak Berani

Capítulo 427: Kentut Pun Tak Berani

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Jinnan sedang bertaruh dengan seseorang di dalam bilik mewah itu. Ketika dia masuk, beberapa lelaki sedang minum arak dan merokok.

Kesemua mereka menoleh sebaik sahaja Li Jinnan melangkah masuk. Lelaki samseng di antara mereka adalah yang paling angkuh. Dia memakai rantai emas yang setebal jari dan kot bulu yang berat sambil menghisap cerut yang sebesar ibu jari. "Budak, kau memang berani datang ke sini seorang diri."

Tanpa berkata apa-apa, Li Jinnan terus mencurahkan beberapa token ke atas meja dan membuang kotaknya. Wajahnya kelihatan tidak gembira ketika dia berkata, "Tak perlu berbasa-basi. Mana benda itu?"

"Hei, kenapa tergesa-gesa? Aku dah cakap benda itu bernilai 50 juta, tapi aku tak peduli dengan wang. Asalkan kau boleh kalahkan aku dalam berjudi, kau boleh dapatkannya kembali. Tapi kenapa kau bawa semua ni?" Lelaki samseng itu melihat token-token yang dibawa Li Jinnan dan menyambung, "Nilainya berapa juta? Pasti jauh lebih sedikit daripada 50 juta."

Wajah Li Jinnan bertukar berang ketika dia menghentakkan tangannya ke atas meja. "Ini semua bernilai 20 juta. Kau berguraukah?"

"Aku yang akan tentukan berapa nilainya." Lelaki samseng itu menghembus asap dan mendepakan tangannya. "Kau boleh pergi kalau kau nak. Ambil token kau dan berambus."

"Haha!" Li Jinnan ketawa sinis. "Kau nak main apa?"

"Permainan lima kad."

"Bagaimana kalau aku menang dan kau tak mahu akuinya?" kata Li Jinnan.

"Aku agak terkenal dalam perkara ini dan aku tak akan mungkir janji. Kalau tak, siapa akan percaya aku lagi? Bukan begitu, budak?"

Secara teorinya ia sepatutnya tiada masalah, tetapi Jin terlalu licik untuk Li Jinnan mempercayainya seratus peratus. Syukurlah bantuan datang kepada Li Jinnan.

"Saya jumpa Puan Jin baru-baru ini." Semua orang menoleh ke arah pintu sebaik mendengar suara yang tenang itu. Seorang lelaki tinggi masuk ke dalam bilik itu dan berkata perlahan, "Dia sangat sihat dan tak berhenti memuji berapa baiknya anak lelakinya. Kamu rasa ibu kamu akan percaya jika saya beritahunya tentang apa yang kamu baru sahaja cakap?"

"Li Sicheng?" Lao Jin jelas mengenalinya. Walaupun Li Sicheng bukan dari kalangan mereka, lelaki itu selalu ada dalam berita sehingga semua orang menghormatinya. Ibu Lao Jin iaitu Puan Jin merupakan salah seorang pereka seni terkenal dalam negara. Disebabkan Puan Jin tidak sihat, dia jarang menerima pelawat. Sebelum ini, Puan Jin pernah membantu Li Sicheng mereka bentuk sebuah jed dan ia menunjukkan betapa besar pengaruh Li Sicheng sekarang. Malah Lao Jin sendiri turut melihat Li Sicheng dengan pandangan berbeza. Dia juga tidak menyangka akan bertemu Li Sicheng di sini hari ini.

Li Sicheng mengangguk. "Ya saya. Saya tertanya-tanya apa masalah Encik Jin dengan adik saya. Boleh kita selesaikannya bersama-sama?"

"Ini adik kamu?" Lao Jin berkata dengan nada mengejek. "Patutlah dia semberono dan kaya."

Riak wajah Li Jinnan berubah dan dia memberi amaran, "Jaga mulut kau."

"Kenapa? Tak berani mengaku? Beberapa hari lepas, waktu kau suruh teman wanita kau buli teman wanita aku, kau lebih berani dari sekarang. Kau cuba nak rasuah aku dengan beberapa juta. Kaya betul! Sekarang apa dah jadi? Depan abang kau, kau nak kentut pun tak berani."

Wajah Li Sicheng berubah. Dia merenung Li Jinnan dengan tajam dan bertanya, "Apa yang berlaku?"


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C427
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión