Descargar la aplicación
42.79% Perceraian Ke-99 / Chapter 392: Tolong, Jangan

Capítulo 392: Tolong, Jangan

Editor: EndlessFantasy Translation

Rong Haiyue menyedari dirinya semakin lemah dan kepalanya semakin pening. Walau bagaimanapun, dia tahu dia tidak boleh berputus asa. Gadis ini sangat mirip dengan Rong Xuan dan amat cantik. Walaupun wajahnya pucat, dia masih kelihatan seperti Rong Xuan sewaktu muda.

"Anak Song Yifan…" Matanya kemerahan dan dia tersenyum seakan mengejek dirinya sendiri. Selepas berehat seketika, dia mengangkat sedikit tubuh Su Qianci dan berkata dengan rasa bersalah, "Maaf, saya terpaksa lakukan ini." Dia berpaling ke arah lain dan membuka kot Su Qianci yang basah kuyup.

Su Qianci dapat merasakan kotnya ditanggalkan, tetapi dia tidak mampu melawan. Dia cuba menyentuh orang yang menanggalkan kotnya itu namun gagal kerana kekuatannya telah hilang.

Jangan sentuh saya… Tolonglah…

Air matanya jatuh berlinangan, tetapi dia tidak mampu bergelut. Kemudian dia merasakan baju sejuknya turut ditanggalkan. Hatinya bergetar seolah terkena panahan petir.

"Jangan…" Dia berjaya mengeluarkan suara. Namun suaranya sangat perlahan sehingga Rong Haiyue langsung tidak mendengarnya. Selepas menanggalkan baju sejuk Su Qianci, Rong Haiyue turut menanggalkan kot yang dipakainya sendiri. "Jangan takut. Kamu akan baik-baik saja sekejap lagi."

Mendengar kata-kata itu, Su Qianci berasa semakin terdesak. Kemudian tubuhnya diangkat…

Tidak…

"Tolong jangan…" katanya sebelum terus pengsan.

Rong Haiyue mengangkat Su Qianci di atas bahunya dan menyangka gadis itu meracau kerana demam. Dia berjalan ke arah darat dengan cepat. Angin terasa sangat sejuk pada malam itu dan membuatkannya menggeletar. Dia mendaki tebing tinggi di hadapannya dengan susah payah dan dapat merasakan kakinya menggeletar. Tiba di atas, dia meletakkan Su Qianci sebelum rebah di tepi jalan itu. Syukurlah sebuah van kebetulan lalu di situ. Walaupun dia sendiri sukar untuk berdiri tegak, dia mengumpul kekuatannya untuk ke tengah jalan dan melambaikan tangannya.

Rong Haiyue berasa lega melihat van itu berhenti. Seorang lelaki pertengahan usia keluar dari van itu. Sebaik melihat Rong Haiyue yang hampir rebah, lelaki itu terus memapahnya.

"Tolong… Ada seseorang di sana… Tolong dia… Saya mejar jeneral Angkatan Tentera, Rong Haiyue…"

"Tuan, saya jumpa pakaian. Satu pakaian wanita dan satu lelaki."

Li Sicheng yang dipegang oleh beberapa orang askar tidak dapat bergerak. Sebaik mendengar kata-kata itu, dia mendongak dan melihat sehelai jaket putih yang panjang. "Lepaskan!" Dia mengarah. Lelaki yang memegangnya memandang satu sama lain sebelum melepaskannya. Li Sicheng berjalan ke hadapan dan mengambil jaket itu. Ia memang kepunyaan Su Qianci. Dia sendiri yang memakaikan jaket itu kepada isterinya pagi tadi. Di sebelah jaket itu terdapat sehelai kot lelaki. Melihat kot itu, Li Sicheng merasakan seperti pernah melihatnya…

"Kad pengenalan tentera?"

Mata Li Sicheng berkelip dan dia mengambil kad itu. Nama "Rong Haiyue" menarik perhatiannya.

"Dia?"


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C392
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión