Descargar la aplicación
41.48% Perceraian Ke-99 / Chapter 380: Hargai Orang yang Tepat (1)

Capítulo 380: Hargai Orang yang Tepat (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Encik Li, air ketuban Cik Tang pecah. Saya rasa dia dah hampir bersalin." 

Mata Li Sicheng terus menjadi tajam dan membuatkan Su Qianci berpaling. Walaupun wajahnya masih tidak menunjukkan sebarang perasaan, senyuman kecilnya menunjukkan anginnya sedang dalam keadaan baik. "Okey, suruh pemburu ke Hospital Pertama."

"Baik," jawab Laurel.

Selepas memutuskan talian, Li Sicheng berbisik kepada Su Qianci, "Tang Mengying dah nak bersalin."

Su Qianci berkata dengan terkejut, "Tapi kandungannya baru tujuh bulan."

"Dia buat drama setiap hari. Tak hairanlah kalau bayi itu akan lahir pramatang," kata Li Sicheng sambil menelefon Cheng You. "Hospital Pertama Kingstown, Tang Mengying akan bersalin awal. Jalankan rancangan kita."

Wajah Cheng You bersinar dan dia menjawab, "Baik Bos."

Sebaik sahaja panggilan itu ditamatkan, Su Qianci bertanya, "Kamu tak mahu pergi ke sana?"

"Nanti saya akan pergi."

"Apa yang kamu rancang?"

"Kamu akan tahu nanti."

Li Sicheng senyum dan mahu berkata sesuatu, tetapi namanya tiba-tiba dipanggil. "Li Sicheng, mari ke sini untuk sambut tetamu. Ramai jemputan cari kamu. Jangan bersembunyi di sana, kami semua tahulah kamu berdua pasangan romantik," kedengaran Li Beixing memanggilnya sambil mengusik.

Pipi Su Qianci bertukar kemerahan; hatinya terasa berbunga.

"Saya pergi ke sana sekejap, ya."

Su Qianci senyum dan mengangguk. Dia berpaling untuk menyiapkan buah pic panjang umurnya. "Saya akan keluar lewat dengan bergaya."

Senyuman Li Sicheng semakin lebar dan dia mengusap rambut isterinya sebelum beredar. Selepas selesai menghias buah pic itu, Su Qianci meminta cef hotel untuk memanaskannya. Buah pic itu sudah sejuk dan dia tidak mahu Atuk makan sesuatu yang telah sejuk. Selepas menyelesaikan semuanya, dia berjalan keluar dari dapur itu dan pergi ke tandas. Dia telah menahan hajatnya sejak tadi demi menyiapkan buah pic itu.

Ketika Su Qianci sedang membasuh tangan, seorang pelayan wanita masuk dan kelihatan terkejut sebaik melihatnya. "Puan Li?"

"Ya betul." Su Qianci memandangnya sekilas sambil membasuh tangan.

"Encik Li sedang cari Puan. Dia fikir Puan mesti ada di bilik air, jadi dia minta saya bawa Puan ke Dewan 888."

Su Qianci senyum dan mengelap tangannya. Dia berpaling dan berkata, "Okey."

"Saya akan bawa Puan ke sana. Ia agak jauh dari sini."

"Okey, terima kasih."

Hotel itu sangat besar. Di samping dewan jamuan terbesar yang digunakan mereka, terdapat banyak bilik-bilik peribadi. Pelayan itu membawa Su Qianci berjalan melintasi banyak dewan. Semakin lama mereka berjalan, dewan-dewan itu semakin kurang. Su Qianci mula berasa letih. Dia melihat nombor di bilik-bilik itu dan menggumam, "Kenapa jauh sangat?"

Pelayan itu senyum dan berkata, "Encik Li cakap dia nak buat kejutan untuk Puan. Puan akan tahu bila Puan tengok nanti."

Su Qianci tersenyum lebar sebaik mendengarnya. Tidak lama selepas itu, mereka tiba di Dewan 888.

"Ini tempatnya. Saya tinggalkan Puan di sini ya."

"Terima kasih," ucap Su Qianci sebelum masuk ke dalam dewan itu. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa di situ, malah meja yang ada juga kelihatan belum dikemaskan. Su Qianci berasa hairan dan memanggil, "Encik Li?"

Tiada jawapan.

Su Qianci masuk lebih dalam dan menjumpai troli sampah di hujung dewan itu. Bagaimana sesuatu seperti itu boleh berada di dalam dewan hotel? Dia mula mempunyai firasat buruk. Dia mahu berpaling dan lari, tetapi lehernya tiba-tiba dicekik. Su Qianci bergelut dengan kuat dan mahu menjerit. Walau bagaimanapun, belum sempat dia mengeluarkan suara, sesuatu ditekan pada hidungnya. Dia terbau sesuatu yang kuat lalu pandangannya menjadi kabur dan dia terus rebah tidak sedarkan diri dalam masa dua saat.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C380
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión