Descargar la aplicación
34.71% Perceraian Ke-99 / Chapter 318: Rahsia Qin Shuhua

Capítulo 318: Rahsia Qin Shuhua

Editor: EndlessFantasy Translation

Jiang Zhou terletak di hujung pusat bandar Kingstown. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam sewaktu Li Sicheng tiba di sebuah rumah di Jiang Zhou.

Cheng You yang duduk di ruang tamu menguap sambil memerhatikan Rong Rui yang telah diikat dan sedang bergelut untuk melepaskan diri. Mendengar bunyi loceng, seorang orang gaji pergi membuka pintu.

Sebaik sahaja Li Sicheng berjalan masuk, Rong Rui yang sedang meniarap di lantai berkata sinis, "Bangsat, akhirnya datang juga kau."

Li Sicheng tidak menghiraukannya dan memandang Cheng You. "Mana ibu saya?"

"Dia ketakutan, jadi saya hantar dia ke bilik untuk berehat."

"Bilik yang mana?"

Cheng You membawa Li Sicheng ke bilik di mana Qin Shuhua berada. Qin Shuhua kelihatan terkejut dan segera meletakkan telefonnya ke tepi. "Kenapa tak ketuk dulu? Kamu buat ibu terkejut."

Li Sicheng melihat telefon di tangan ibunya dan bertanya, "Ibu telefon siapa?"

"Ayah kamu." Qin Shuhua mengelak mata mereka bertentangan dan menyambung, "Ibu sangat takut. Kamu culik ahli keluarga Rong. Ibu mesti beritahu ayah kamu."

"Tak perlu. Saya ada rancangan saya sendiri. Lelaki ini bunuh cucu Ibu dan hampir buatkan menantu Ibu dirogol. Dia terlibat dalam segala perkara yang Tang Mengying lakukan."

Qin Shuhua kelihatan terkejut dan menutup mulutnya dengan tangan. "Tak mungkin. Betulkah dia yang lakukan?"

"Ya," jawab Li Sicheng sambil menghampiri ibunya. "Ibu tak apa-apa? Saya hantar Ibu balik sekarang. Jangan datang ke sini lagi."

Qin Shuhua menggeleng dan matanya kelihatan mencurigakan. "Ibu dengar kamu letak ramai pekerja di sini, jadi Ibu datang untuk lihat apa berlaku. Tapi lelaki itu tipu Ibu…"

"Sama ada dia tipu Ibu atau Ibu mahu bantu dia, itu dah tak penting." Suara Li Sicheng kedengaran dingin. "Ibu, saya tahu Ibu sukakan Tang Mengying. Tapi saya percaya Ibu dah tengok video di majlis sidang media lepas. Saya tak akan pernah suka perempuan seperti dia. Jika saya suka dia sekalipun, Atuk tak akan setuju. Ibu tahu kan Atuk macam mana, jadi saya harap Ibu tak cuba lawan Atuk."

Sudah tentu Qin Shuhua tahu, tetapi… dia mempunyai rahsia yang tidak boleh diceritakan. Dia tidak mahu Tang Mengying mengugutnya dan mencederakan menantunya, tetapi… Qin Shuhua mengeluh dan berkata, "Ibu faham. Ibu boleh balik sendiri. Kamu tinggallah di sini dan uruskan budak itu."

"Biar saya hantar Ibu. Dah lewat malam." Li Sicheng mengikuti Qin Shuhua dari belakang sambil menjeling telefon yang dipegang ibunya.

Ketika mereka masuk ke ruang tamu, Rong Rui telah berdiri. Tangannya masih terikat tetapi tali pada kakinya telah terlerai. Dia berdiri tidak jauh dari sofa sambil dikelilingi berbelas-belas orang pengawal peribadi. Rong Rui memandang Li Sicheng dan Qin Shuhua dengan senyuman sinis.

Li Sicheng melintasi ruang tamu itu dan terus berjalan ke arah pintu. Qin Shuhua mengikutinya di belakang, tetapi tiba-tiba Rong Rui menerpa ke arah Qin Shuhua. Ketika itu, Cheng You dapat melihat dengan jelas satu benda bersinar di dalam mulut Rong Rui. Mata Cheng You terbeliak dan dia terus menjerit, "Jaga-jaga!" Apabila melihat Rong Rui menerpa ke arahnya, Qin Shuhua sangat panik sehingga tidak mampu bergerak. Tiba-tiba dia dipeluk oleh seseorang yang bertubuh sasa. Kemudian, dia mendengar Cheng You menjerit dengan kuat.

Qin Shuhua memandang ke sisinya dan melihat darah memercik keluar dari tubuh Li Sicheng…


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C318
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión