Descargar la aplicación
31.22% Perceraian Ke-99 / Chapter 286: Menyumbat Bra ke Dalam Mulut Li Sicheng

Capítulo 286: Menyumbat Bra ke Dalam Mulut Li Sicheng

Editor: EndlessFantasy Translation

Kapten Li segera beredar dan turut menutup pintu bilik itu. Sekarang bahkan leher Su Qianci juga turut menjadi merah. Dia berharap dia ada tempat untuk bersembunyi. Su Qianci menutup mukanya dan berpaling ke arah lain. "Kenapa Atuk datang…" Sungguh memalukan… Ketika dia sedang berasa janggal, lelaki di hadapannya itu ketawa kecil. Su Qianci mula marah. "Apa yang kelakar sangat? Ke tepilah!"

Li Sicheng tidak berganjak. Sambil menahan Su Qianci pada dinding menggunakan betisnya, dia berbisik, "Atuk suruh kita teruskan. Kita patut dengar nasihat dia." Kemudian dia merapati wajah Su Qianci.

Su Qianci merenungnya tajam lalu mengangkat tangan dan cuba menolak wajah itu menjauhinya. Namun, dia terlupa dia masih memegang branya dan menyumbat bra itu tanpa sedar ke dalam mulut Li Sicheng.

Li Sicheng tunduk dan mengecilkan mata. Sebaik merasakan bra yang lembut itu di dalam mulutnya, dia menggerakkan giginya dan merenung Su Qianci dengan pandangan yang kelihatan berbahaya. Melihat perkara itu, Su Qianci terus teringat pandangan lelaki itu ketika menggigit tubuhnya. Sungguh erotik…

Merasakan Li Sicheng semakin dekat, Su Qianci berasa bingung dan jantungnya berdegup kencang. Kemudian dia tersedar dan terus memalingkan wajahnya ke tepi sambil menolak lelaki itu. Dia berlari ke bilik air dan menutup pintu. Setelah mengunci pintu itu sepantas mungkin, dia menoleh ke arah cermin dan melihat wajahnya yang jelas kemerahan. Dia kelihatan… sangat murahan…

Apa yang berlaku? Bukankah mereka sedang bergaduh? Kenapa mereka hampir bercium? Su Qianci berasa marah terhadap dirinya sendiri lalu mencubit lengannya dan berkata, "Lemahnya kau… Itu sungguh memalukan!"

Li Sicheng masih berdiri di tempat sama dan senyumannya bertambah lebar. Dia menggenggam bra yang ditinggalkan Su Qianci. Kemudian dia melihat baju tidur Su Qianci di atas katil dan menaikkan keningnya. Nampaknya isterinya perlukan pakaian. Sebaik sahaja dia mengambil baju tidur itu, dia mendengar pintu bilik air dibuka.

Su Qianci berjalan ke arahnya dengan wajah yang masih kemerahan dan merampas baju tidur itu dari tangannya. Kemudian dia segera melarikan diri seolah-olah Li Sicheng akan menelannya jika dia terlambat.

Li Sicheng tersenyum dan mengingatkannya, "Bra kamu."

Wajah Su Qianci bertambah merah ketika dia menjerit, "Tak perlu!"

"Tak apa kalau kamu tak mahu pakai… Saya tak kisah sangat."

Merasakan kakinya menjadi lemah, Su Qianci memutuskan untuk tidak menghiraukannya dan terus masuk ke bilik air.

Li Sicheng berasa ceria. Setelah berminggu berada dalam keadaan tertekan, sekarang anginnya mula bertambah baik. Nampaknya keputusan untuk mengajak Atuk tinggal di rumah mereka buat sementara adalah tepat. Selepas ini, dia akan uruskan masalah lain pula. Matanya kelihatan berubah dan dia terus ke bilik kerja.

Selesai mandi, Su Qianci mendapati Li Sicheng sudah tiada di bilik itu dan berasa lega. Dia menukar baju dan pergi berbual dengan Atuk seketika sebelum akhirnya masuk ke bilik tidur utama dan terus tertidur. Walau bagaimanapun, pada tengah malam itu, Su Qianci tiba-tiba terjaga. Sebaik membuka mata, dia mendapati dirinya berada dalam pelukan Li Sicheng. Su Qianci cuba bergerak, tetapi mendapati Li Sicheng sedang tidur nyenyak. Namun tangan Li Sicheng berada di atas buah dadanya dan Su Qianci jelas dapat merasakan kehangatan tubuh lelaki itu.

Sambil mengetap giginya, Su Qianci mengangkat tangan Li Sicheng untuk mengalihkannya. Walau bagaimanapun, ia terus jatuh ke punggungnya pula. Pipi Su Qianci menjadi merah dan tubuhnya sedikit menggeletar. Su Qianci menolak suaminya itu perlahan sambil berbisik, "Alihkan tangan kamu daripada tubuh saya."

Namun, disebabkan Li Sicheng sedang "tidur", bagaimana lelaki itu boleh mendengarnya? Dengan mata yang masih tertutup, Li Sicheng bergerak, sama ada dalam tidak sedar atau sebaliknya…


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C286
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión