Descargar la aplicación
83.56% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 244: Bab 244

Capítulo 244: Bab 244

Editor: EndlessFantasy Translation

"Zhuge Yue!" Chu Qiao menolak pemuda itu dengan marah, "Awak sedang buli saya!" Kemudian lelaki tersebut terus memeluknya. Dengan kekuatan pelukan lelaki itu, secara tiba-tiba selimut dan tuala di kepalanya tertanggal. Zhuge Yue segera memalingkan wajah Chu Qiao sebelum mengucupnya sekuat hati lalu menghimpit badannya seolah-olah dia ingin menyatukan badan mereka bersama. Dengan nafas yang mendalam, tangannya meraih pinggang Chu Qiao sementara badan mereka yang bersentuhan itu telah membolehkan mereka untuk merasai degupan jantung masing-masing yang sedang berdetup laju.

Sekali, dua kali, tiga kali…

"Chu Qiao." Pemuda tersebut memanggil namanya sambil memandang tepat ke dalam anak mata wanita itu. Pandangan matanya kelihatan seperti pemuda itu sedang terseksa. Tanpa berkelip, dia dengan tegas menyatakan, "Berkahwin dengan saya."

Chu Qiao berasa terpana. Cahaya api yang menyinari wajah lelaki itu dari satu sisi telah membuatkan wajahnya hanya boleh kelihatan separuh sahaja manakala separuh lagi sedang tersembunyi di sebalik kegelapan, hampir kelihatan seperti sebuah mimpi. Wanita itu terasa seperti dia sedang berhalusinasi dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia membuka mulutnya namun suaranya tidak keluar kerana dia tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.

"Xing'er," Zhuge Yue memanggilnya sekali lagi sambil menatapnya dengan senyap.

Dia kelihatan agak bingung ketika dia menjawab, "Ya?"

"Saya cintakan awak."

Ketika dia mengucapkan ayat ajaib itu, Chu Qiao merasakan seluruh wajahnya terbakar dan suhu badannya menaik dengan segera. Fikirannya juga terus menjadi beku. Dia memandang pemuda itu dalam kebingungan kerana dia dapat merasakan kebahagiaan di dalam hatinya dan pada masa yang sama dia juga sedang berasa keliru. Chu Qiao menekan dadanya dengan tangannya kerana dia merasakan seperti jantungnya mahu tercabut keluar dan melarikan diri.

"Saya sudah mencintai awak buat masa yang lama. Awak tahu tak?" Pemuda tersebut bertanya dengan santai seperti mereka sedang berbincang mengenai perkara lain yang tiada kaitan dengan mereka tanpa sedikit pun rasa tergesa-gesa.

Chu Qiao mengangguk, "Saya tahu."

"Bagaimana pula dengan awak?" Matanya kelihatan sangat jelas dan fokus sehinggakan Chu Qiao berasa seolah-olah dia akan mati lemas dalam tatapan mata itu.

Selepas mengumpulkan keberaniannya, Chu Qiao menjawab dengan lembut, "Sama juga macam saya."

Namun Zhuge Yue enggan menerima jawapan yang samar-samar itu lalu mengusiknya sambil tersenyum, "Apa yang sama?"

Tiba-tiba, Chu Qiao merasakan kapal itu terlalu kecil buat mereka berdua. Kenapa bilik itu sangat kecil dan panas sehingga dia tidak dapat bernafas dengan sempurna kini?

"Cakaplah." Pemuda itu bersandar rapat ke arahnya lalu mengangkat dagu wanita itu dengan lembut. "Apa yang sama untuk awak?"

"Saya juga…" Chu Qiao mengepalkan penumbuknya untuk mencari kekuatan diri ketika berbagai-bagai adegan sedang melewati fikirannya. "Saya juga cintakan awak."

Saya juga cintakan awak…

Suaranya agak lembut tetapi ia mampu menembusi cahaya malam dan menyinari wajah pemuda tersebut. Zhuge Yue lantas mencium dahi Chu Qiao sedikit lalu bertanya, "Sejak bila ia bermula?"

Bila? Dia juga tidak tahu. Mungkin sejak perjumpaan mereka di Gunung Matahari Terbenam. Mungkin sewaktu mereka bertemu satu sama lain di festa tanglung di Xian Yang. Mungkin ketika dia mendengar suara dari tasik yang berais, memberitahunya supaya dia meneruskan kehidupan.

Atau mungkin sejak dahulu lagi ketika mereka berpelukan di dalam Makam Kerajaan Empayar di Gunung Mei, atau pertemuan secara kebetulan di Bandar Wupeng ketika mereka berkerjasama dan bertempur bersama-sama. Mungkin, ketika dia diselamatkan oleh Zhuge Yue dari buruan Zhao Chun'er.

Atau mungkin, ketika mereka di dalam bilik itu di mana seorang remaja yang degil menyapu air matanya lagi dan lagi dengan sapu tangan putih tulen tanpa meminta izin dahulu. Hanya begitu saja, pemuda itu dengan kasar, degil dan secara paksanya telah memasuki ke dalam hati Chu Qiao tanpa sekali pun meminta keizinannya mahupun bertanyakan sama ada dia suka ataupun tidak.

"Saya tak tahu." Chu Qiao menghulurkan tangannya dan mengelus kening pemuda tersebut yang berkerut sebelum menyambung, "Mungkin sudah lama. Lama sangat sehinggakan saya tak ingat dan sukar untuk menentukan masa yang tepat." Dia bersandar di dalam pelukan lelaki itu sambil berbisik lembut, "Atau mungkin semuanya terkumpul sedikit demi sedikit sehingga saya tak dapat mengingatinya."

"Awak ini sangat bodoh." Zhuge Yue yang sedang memeluknya tiba-tiba tersenyum. "Sebenarnya, saya pun tak ingat."

Ya, mungkin realiti kehidupan ialah begini. Tiada siapa yang dapat memberitahu bila tetapi cinta akan tiba, tapi ia hanya akan muncul dan mengikuti bayangan kita. Ketika kita menyedarinya, ia telah tertanam kemas di dalam diri kita.

Zhuge Yue merendahkan kepalanya lalu mencium bibir, muka, telinga, leher dan dengan perlahan-lahan merayap ke tulang selangka Chu Qiao. Tubuh Chu Qiao menjadi lembut apabila dia melepaskan semua bantahan lalu merebah ke dalam pangkuan pemuda tersebut. Badan Zhuge Yue bertukar menjadi hangat daripada biasa ketika tangan yang diletakkan di pinggang wanita itu mula bergerak. Suhu badannya terasa seperti neraka yang sedang terbakar lalu menenggelamkan deria yang ditinggalkan oleh Chu Qiao.

"Kya!" Tiba-tiba Chu Qiao menjerit ketika dia merasakan seperti langit tiba-tiba terbalik. Badannya telah diangkat oleh seseorang sebelum tubuhnya ditekan di atas katil. Walaupun dia masih berpakaian, pakaiannya hampir basah seolah-olah tanpa seurat benang pun yang sedang membaluti badannya.

Zhuge Yue sedang memandang wanita itu dengan kening yang sedikit berkerut seperti dia sedang memikirkan sesuatu. Namun, pandangannya penuh dengan keghairahan. Satu suara yang dalam kedengaran di tepi telinga Chu Qiao sebelum sepasang bibir yang basah mengucup-ngucup cuping telinganya, membuatkan bulu roma wanita itu meremang sehinggalah ke tulang belakangnya. Tali pinggang bajunya telah dibuka tanpa disedari lalu mendedahkan pakaian dalam berwarna putih yang bersulamkan burung kenari kuning.

Bahunya yang putih mulus itu terdedah dan ketika jari-jemari lelaki itu membelai kulitnya, tubuh wanita menggigil kekebasan yang mampu melumpuhkan sendi-sendi. Ketika tangan pemuda tersebut berpindah ke lehernya dan dengan pergerakan jari-jemarinya yang cepat, simpulan di lehernya terbuka lalu bajunya jatuh ke bawah. Chu Qiao sedikit terkejut lalu dengan cepat dia mengambil pakaiannya untuk menutup badannya tetapi dia ditertawakan.

"Malu?"

Chu Qiao bergelut untuk melepaskan diri daripada pelukan lelaki itu sambil menunjukkan ke arah lilin di sebelah katil lalu berkata, "Padamkan cahaya itu…"

Tiba-tiba, Zhuge Yue mula tersenyum gembira dan kini dia telah kembali berperwatakan seperti sediakala namun masih tidak berbuat sebarang bunyi. Namun, seseorang dapat melihat bibirnya yang sedang melengkung ke atas. Tidak ada bunyi lain kecuali bunyi burung-burung yang sedang mengepak terbang melepasi kapal.

Dia merangkul pinggang wanita itu lalu mengusap-usap bibirnya, "Jangan takut." Wanita itu hampir lemas di saat bibir lelaki itu menyentuh bibirnya. Tubuh Chu Qiao bertukar menjadi hangat. Pakaiannya ditanggalkan selapis demi selapis, membuatkan wanita itu hampir berdiri berbogel bulat. Kulitnya terasa lembut dan putih suci, membuatkan wanita itu kelihatan seperti patung jed yang diperbuat oleh tukang kayu. Inilah kawasan yang tidak pernah diterokai sesiapa lagi, dipenuhi dengan kesucian dan keharmonian. . Zhuge Yue dengan lembut merapatkan badannya. Ketika badan mereka bersentuhan, ia terasa seperti dunia kini sedang membakar di sekeliling mereka.

Pernafasan wanita itu serta-merta terhenti. Ketika muka Chu Qiao mendekati bahu pemuda itu, dia dapat melihat bekas luka yang jelas lalu dia menggigil dengan tiba-tiba. Zhuge Yue dapat merasakan perubahan mendadak wanita itu lalu dia menutup mata Chu Qiao dengan cepat. Dia lantas memberitahunya, "Jangan tengok." Namun, Chu Qiao menarik tangan lelaki tersebut lalu menghulurkan tangannya yang menggigil dan memeluk lelaki itu. Kulitnya yang lembut menyentuh luka di bahu lelaki itu lalu air matanya mengalir keluar membasahi luka yang memerah itu.

Zhuge Yue membalas pelukan wanita itu dengan lembut sambil hanya memerhatikan dia menangis.

Pada hari Li Ce dikebumikan, dia telah bersumpah untuk tidak menangis lagi. Namun, selepas melihat luka di tempat yang dia sendiri menikamnya, dia tidak dapat menahan dirinya daripada menangis. Dia memeluk erat pemuda itu kerana berasa sungguh takut akan kehilangannya. Sama seperti di dalam tasik yang berais itu, lelaki itu hilang apabila dia melepaskan tangannya.

"Zhuge Yue, saya minta maaf," Dia bercakap sambil menangis.

"Bodoh." Zhuge Yue mencium ubun-ubun kepalanya dengan penuh lembut seperti sehelai kain sutera dan tertawa lembut. "Saya sudah jadi hodoh disebabkan awak. Jadi, awak mesti bertanggungjawab."

Chu Qiao tahu pemuda itu hanya bergurau. Dia menjawab sambil teresak-esak, "Luka itu di bahu, jadi ia tidak dikira."

Zhuge Yue terkekeh dan mata hitamnya kelihatan sangat dalam ketika dia menumpukan perhatiannya pada bayang-bayang wanita itu. Dengan lembut dia mencium kesan air mata yang berjujuran di muka Chu Qiao dan menggumam, "Saya tak peduli. Saya masih akan buat awak bertanggungjawab."

Lengannya terasa sangat kuat sehingga wanita itu terasa sakit sedikit. Walaupun dalam kesakitan, dia berasa gembira seolah-olah dia ditenggelami dengan lautan kebahagiaan. Ia terasa sangat hebat kerana mereka dapat hidup. Wanita itu pernah terfikir yang dia akan hilang semuanya apabila lelaki itu hilang di dalam tasik sejuk yang berais tanpa peluang untuk memulihkan keadaan.

Ketika badan mereka bersatu dengan lebih rapat, peluh mula memercik keluar dari dahi mereka. Mereka dikelilingi dengan bunyi percikan air sungai yang lembut tanpa sebarang suara dari orang luar. Masa juga terasa seperti telah terhenti dengan hanya mereka berdua sahaja yang masih bermanja antara satu sama lain.

Chu Qiao tidak dapat menahan dirinya daripada mengeluarkan sebuah jeritan yang tersekat-sekat apabila badannya membongkok kesakitan sewaktu cecair berwarna merah cerah mengalir keluar di celah kakinya. Pergerakan Zhuge Yue tiba-tiba terhenti apabila matanya dipenuhi dengan rasa tidak percaya. Namun, dia memandang ke arah wanita itu denan penuh mendalam seolah-olah sedang bertanyakan tentang apa yang perlu dilakukan. Wajah Chu Qiao sangat merah dan bibirnya kelihatan bengkak. Dia mencapai pakaiannya untuk menutup dadanya kerana dia menjadi kelu apabila mengetahui lelaki itu sedang merenungnya.

Tiab-tiba pemuda itu ketawa. Chu Qiao tidak pernah melihat dia ketawa seperti itu. Pada mulanya, dia hanya tersenyum tetapi akhirnya dia mula ketawa dengan kuat, sangat kuat sehinggakan Chu Qiao cuba menutup mulut lelaki itu dengan tangannya. Namun, tiba-tiba lelaki itu menenggelamkan wajahnya di sebelah wanita itu dan berkata dengan senyap, "Xing'er, saya sangat gembira." Tangan Chu Qiao yang lembut memeluk lelaki itu. Bentuk tubuh badan Zhuge Yue kelihatan sangat tegap sehinggakan ia mampu menyaingi model-model di dalam TV.

Chu Qiao tersenyum di dalam kegelapan. Sepasang lilin merah perlahan-lahan dibakar. Semasa dia tersenyum dia berfikir, 'Rasanya beginilah kali pertama saya…'

Selepas dipisahkan oleh orang ramai mahupun dengan kejadian ataupun masa, mereka masih mampu berjalan di dalam haluan hidup yang sama walaupun pada mulanya mereka berasal dari dunia yang berbeza dan berlainan negara. Dia bersandar pada bahu lelaki itu sambil membiarkan air matanya mengalir keluar dengan bebas.

Pada tengah malam itu, hujan mula turun dan kedengaran bunyi rintikan hujan yang jatuh ke atas kapal. Ketika kapal itu berlayar di atas sungai, jelas kedengaran bunyi angin yang bercampur dengan kesunyian waktu malam.

Pada malam itu, Chu Qiao terjaga daripada tidurnya dengan rambut yang beruraian di sisinya. Mukanya masih kelihatan merah walaupun dia masih mamai manakala kulitnya putih melepak seperti sehelai kain sutera putih yang tersembunyi di dalam lapisan selimut. Dia segera mencapai tangannya ke sisi untuk merasakan kehadiran lelaki itu namun dia hanya merasakan angin kekosongan. Wanita itu berasa sangat terkejut sehinggakan rasa mengantuknya hilang lalu dia pun terduduk dan melihat seluruh bilik itu kosong. Kemudian, barulah dia tersedar yang hujan sedang menghentam bumi di luar.

Tiba-tiba, wanita itu dapat merasakan ketakutan yang mula terdetik di dalam hatinya, jadi dia turun dari katilnya. Namun, apabila kakinya menyentuh lantai, lututnya menjadi lemah kerana kesakitan di bahagian bawahnya telah mengingatkannya kembali pada malam tadi. Ia bukanlah sebuah mimpi dan segalanya telah berubah.

Chu Qiao menyarung pakaian biru akuamarin bersama dengan mantel berbulu lalu dia mengambil sekaki payung buluh untuk berjalan keluar.

Di luar terasa agak sejuk apabila gerimis yang merembes segera ditiup dek angin. Walaupun dia sedang memegang payung, titisan air hujan telah mendarat ke atas pakaiannya. Dengan tergesa-gesa dia bergegas ke dek kerana keadaan sangat gelap. Dia masih boleh mendengar bunyi kera menangis di atas gunung.

Lelaki itu sedang berdiri di hadapan dek dan dia kelihatan seperti sudah berdiri di situ untuk masa yang agak lama. Dia kelihatan sangat macho dengan baju putihnya namun terdapat sedikit aura kesuraman yang dipancarkan ketika dia berdiri di dalam kegelapan itu. Apabila pemuda itu mendengarkan tapak kaki Chu Qiao, dia segera berpaling dan langsung tidak berasa terkejut malah dia hanya menghulurkan tangannya dan memanggil, "Mari sini."

Chu Qiao berjalan ke arahnya dan mengangkat payung untuk memayunginya juga. Mungkin hujan yang turun hanya renyai-renyai sahaja tetapi pemuda itu masih akan lencun sekiranya dia berdiri di bawah hujan dengan lama. Bajunya sudah basah lencun dan Chu Qiao berkata, "Awak tak tahu ke sekarang tengah hujan?"

Angin yang bertiup ke arah mereka membuatkan lengan baju mereka terselak dan turut melambai bersama angin yang bertiup. Zhuge Yue merangkul tangan Chu Qiao, jari-jemarinya melampai tetapi kuat. Tiba-tiba, dia menarik wanita itu ke dalam pelukannya tanpa berbuat sebarang bunyi, hanya memeluknya dengan penuh erat sahaja. Zhuge Yue langsung tidak menggunakan tenaga yang banyak tetapi terdapat sebuah kuasa misteri yang sering membuatkan Chu Qiao terpaku, lantas menyebabkan dia tidak mahu melakukan sebarang pergerakan.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C244
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión