Descargar la aplicación
64.38% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 188: Bab 188

Capítulo 188: Bab 188

Editor: EndlessFantasy Translation

Terasa dihina, He Xiao menjerit, "Siapa kamu?"

Wanita itu langsung tidak memandangnya bahkan tersenyum pada seorang lagi wanita yang sedang mendekatinya dan bertanya, "Awak Chu Qiao ke?"

Chu Qiao mengangguk, lantas mendapati penceroboh itu adalah seorang wanita dengan sepasang mata yang cantik dan kulitnya yang lembut. Anak matanya terpancar kemesraan diri wanita itu dengan raut ekspresinya juga lembut. Sekali pandang, orang boleh tersalah anggap bahawa kulitnya yang putih gebu itu seperti salji dan matanya yang hitam itu seperti langit malam, raut wajahnya pula kelihatan sedikit kacak semasa dia memandang Chu Qiao. Namun, yang paling menarik perhatian Chu Qiao bukanlah penampilannya tetapi jubah yang dipakainya itu. Jika dia tidak salah, jubah ini telah dipakai oleh Zhuge Yue semalam. Chu Qiao berkerut ketika melihatnya.

"Tuan saya perintahkan saya untuk serahkan ini kepada awak." Ia merupakan Pedang Canhong yang lantas diterima Chu Qiao sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya. "Terima kasih. Boleh saya tahu nama kamu?"

"Nama keluarga saya Meng. Saya percaya yang kita akan berjumpa semula tidak lama lagi. Selamat tinggal." Selepas itu, wanita tersebut terus menunggang kudanya dan berpaling dengan pantas setelah melompat meninggalkan Komander He Xiao yang membuak-buak dengan kemarahan.

"Cik Puan, siapa perempuan itu?"

Semua pengawal Chu Qiao merupakan tentera elit dari Garison Utusan Barat Daya dan juga boleh dipercayai, menyebabkan Chu Qiao lanngsung tidak berselindung dengan mereka dan menjawab dengan tenang, "Saya rasa dia Jeneral Meng Feng yang dah semakin terkenal disebabkan pertempuran-pertempuran baru-baru ini."

"Meng Feng? Cucu Meng Tian?"

Chu Qiao tidak menjawab dan hanya menarik keluar Pedang Chanhong dari karungnya. Wanita muda ini hampir dapat melihat anak matanya pada bilah pedang yang telah diasah dengan sebegitu tajam itu. Sudah dua tahun berlalu semenjak wanita ini melihat mahupun memegang pedang ini dan dia juga sudah terbiasa menggunakan Pedang Pemecah Bulan yang didapatinya dua tahun yang lalu.

Ge Qi bertanya perlahan, "Dia cucu Meng Tian ke? Tetapi wajah mereka tidak sama pun. Secara jujurnya, saya rasa dia lebih kelihatan seperti Cik Puan Baisheng."

"Jangan bagi dia dengar!" He Xiao segera menjelaskan, "Jeneral Meng Tian itu dah ambil dia sebagai anak angkat dan dia diasuh sebagai seorang lelaki sejak dari kecil lagi. Malah, dia juga belajar di Dewan Shang Wu bersama dengan anak-anak lelaki lain dari Keluarga Meng. Selepas Zhuge Yue dinaikkan pangkat menjadi Ketua Komandan, dia ditugaskan untuk menjadi orang bawahan lelaki itu. Setengah tahun yang lepas, cucu Meng Tian itu aktif sungguh dalam barisan hadapan. Tetapi kenapa tiba-tiba dia berada di sini? Cik Puan rasa patut ke kita cuba menyiasatnya? Mungkin ada konspirasi di sini."

Chu Qiao tidak menjawab pertanyaan He Xiao itu, malah terus melihat pedang yang sedang berada di dalam genggamannya itu, hanya menjawab setelah dipanggil berkali-kali oleh He Xiao. Dengan tenang dia mengarahkan, "Lebih baik kalau kita semua berpura-pura macam tiada apa yang berlaku hari ini." Ketika mendengar kata-kata Chu Qiao, semua orang seakan-akan memahami sesuatu dan mereka meneruskan perjalanan mereka.

Pada masa ini, Meng Feng sudahpun kembali di sisi Zhuge Yue dan ahli kumpulannya yang masih berada dalam samaran sebelum dia membuka jubahnya untuk diberikan kepada para pelayan Zhuge Yue. Selepas menukar kepada pakaian biasa, dia berjalan ke arah Zhuge Yue dan memberitahunya, "Barang itu telah diserahkan."

Zhuge Yue berpura-pura seolah-olah dia tidak mendengari wanita itu dan menerusakn perjalanannya, yang membuatkan Meng Feng tersenyum apabila memandang kelibat lelaki itu dan lantas mula menganalisis perkara yang sedang bermain di dalam fikiran pemuda itu. Kebiasaannya, terdapat dua sebab mengapa seseorang beredar pergi sebelum orang lain selesai bercakap. Yang pertama ialah apabila topik yang dibualkan itu tidak menarik minat mereka ataupun yang keduanya ialah apabila mereka berasa takut jika orang lain dapat membaca fikiran mereka. Dengan bersahaja wanita muda ini bersiul teruja sambil memandang rakan sekelasnya dari Dewan Shang Wu itu.

"Pengembaraan ini memang benar-benar berbaloilah," Wanita itu berfikir sendiri dengan ceria.

Selepas tiga hari berlalu, Chu Qiao akhirnya tiba di Kem Yan Bei yang dibina di sepanjang Sungai Xuekui dan matahari telahpun terbenam ketika mereka selesai memunggah rangsum. Selepas makan malam, Chu Qiao berbual dengan rakan-rakan seperjuangannya sebelum kembali ke khemah.

Selepas setahun, Pingan telah membesar dan menjadi seorang budak yang tinggi dan besar, mula menjerang air untuk Chu Qiao sambil tersenyum dan terus berkongsi tentang pengalamannya dengan penuh ramah.

Yan Xun tidak berada dalam pasukan tentera tersebut. Kini, sebuah kubu yang dinamakan sebagai Sempadan Longyin telah dibina di sepanjang Sungai Xuekui, hanya dipisahkan dengan sebatang sungai dari Sempadan Yanming. Sebahagian besar pasukan Yan Bei telah berkumpul di Sempadan Longyin dan Yan Xun telah menyiapkan sebahagian besar kemnya untuk dimasukkan ke dalam kubu tersebut, hanya akan melawat kem-kem yang berdekatan sekali-sekala sahaja.

Chu Qiao sudah lama dia tidak mandi semasa dalam pengembaraannya di dataran salji selama beberapa hari itu yang membuatkan wanita muda ini berasa mengantuk ketika dia berbaring dalam tab mandinya. Malang sekali buat gadis ini, dia masih lagi mempunyai kertas kerja untuk diselesaikan dan hanya mampu mandi secepat mungkin sebelum mengheret badannya yang keletihan itu ke hadapan meja untuk membaca.

Waktu malam terasa seperti sedang merangkak berlalu dengan udaranya yang berbau seperti pasukan tentera biasa. Ciri-ciri wajah wanita muda ini yang kelihatan mulus dan lembut telah dipancarkan oleh cahaya api, membuatkan bayang-bayangnya yang cantik jelita untuk tertera di sisi khemah. Sudah lebih setahun semenjak wanita ini bertemu dengan Yan Xun buat kali terakhir, namun mereka sememangnya jarang bercakap bersama satu sama lain selain dari berkomunikasi mengenai perkara formal sahaja pada tahun lepas. Malah, mereka juga berbalas surat dalam nada yang formal.

Seorang wanita tua tiba-tiba menuju ke Pergunungan Huihui untuk mencari Chu Qiao dan memberikannya pelbagai barang yang telah dikirim oleh Yan Xun sambil terus menerus memuji Chu Qiao tanpa henti dan barulah Chu Qiao memahami situasinya pada waktu itu selepas berbual lama dengan wanita tua itu. Kehadirannya adalah untuk menjadi pakar terapi buat hubungan Chu Qiao dan Yan Xun dan lantas wanita muda ini berasa amat lucu apabila memikirkan pemuda itu telah mendapatkan seseorang untuk bertindak sebagai ahli terapi buat mereka. Selepas hidup bersama dan bergantung kepada satu sama lain, mereka masih memerlukan orang ketiga untuk bertindak sebagai ahli terapi. Hubungan mereka telah mencapai satu tahap di mana mereka memerlukan seorang ahli terapi.

Wanita tua itu datang atas sebab 'jodoh', namun sebenarnya tugasnya hanyalah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Chu Qiao sahaja sementara bilik wanita itu sudah dipenuhi dengan segala bentuk hantaran buat pengantin sehinggakan tiada ruang lagi untuk menyimpan barang-barang tersebut. Chu Qiao akhirnya terpaksa meletakkan sebahagian daripada hantaran yang diberikan pemuda itu di halaman koridor. Segala barangan yang telah diberikan itu semuanya jarang ditemui, bermula daripada beberapa bentuk mutiara yang sebesar penumbuk budak kecil sehinggakan ke terumbu karang yang berketinggian seperti seorang lelaki dewasa, daripada beberapa helai kain sutera yang tersangatlah nipis dan ringan, mampu untuk diterbangkan dengan tiupan lembut sahaja, sehinggalah ke beberapa pasang kasut yang diukir daripada jed yang mahal. Terdapat juga anting-anting rubi, barangan tembikar berwarna pelangi dan juga barangan mewah dari Barat dan sebagainya, sememangnya kelihatan bagaikan segala barangan unik dari seluruh pelosok dunia telah dihidangkan di hadapan mata kepala wanita ini. Tambahan pula, Yan Xun telah memberitahunya dia akan membina sebuah istana di atas Pergunungan Luori sebagai istana kediaman buat Chu Qiao dan menamakannya Istana "Nada" yang bermaksud "cinta sejati."

Dengan segala kemewahan yang telah diberikan kepada Chu Qiao, dia sepatutnya berasa terharu ataupun menangis kegembiaraan dan kesyukuran, namun wanita muda ini langsung tidak berasa gembira walaupun sedikit. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil diiringi dengan kedinginan di hujung jari-jemarinya yang sudah mula memucat. Kalau semua ini terjadi setahun yang lalu, mungkin Chu Qiao akan melompat kegembiraan namun kini dia hanya merasakan segala hadiah yang telah diberikan ini cara untuk Yan Xun berdamai dan berbaik dengannya.

Yan Xun telah mengalami perubahan yang sungguh besar sehinggakan Chu Qiao tidak lagi mengenali pemuda itu. Wanita ini juga sudah banyak kali bertanyakan alasan di sebalik pertolongannya buat pemuda itu kerana Chu Qiao sedar yang walaupun jika Yan Xun memenangi peperangan ini, ia bermaksud sebuah peralihan kuasa yang biasa dari Keluarga Zhao oleh Keluarga Yan sahaja yang akan berlaku, sama seperti dinasti-dinasti di negara lain. Impiannya yang telah dipegang teguh oleh wanita ini kini tidak lagi berlaku seperti yang diharapkan, namun dia terus lagi meyakinkan para rakyat jelata yang baik hati supaya menyertai tentera, menggalakkan mereka untuk membina semula rumah mereka dan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berlawan dengan berani. Mereka memberikan segala upaya mereka sehingga ramai yang telah terkorban kerana berjuang di medan perang dengan kepercayaan mereka akan membina sebuah era yang lebih baik untuk keturunan mereka. Tetapi, akhirnya kematian mereka hanyalah sia-sia sahaja. Para rakyat jelata langsung tidak menyedari mereka kini sedang bertempur di medan pertempuran yang langsung tiada kena mengena dengan kehidupan mereka. Setiap kali Chu Qiao terfikirkan hal ini, dia pasti akan berasa dirinya sangat tidak berguna, dia juga telah menjadi seorang pembohong.

Wanita muda ini lantas meletakkan dahinya di atas buku sambil bersandar di atas meja, sememangnya berasa sedikit letih sementara cahaya lilin yang berkedipan dalam kegelapan itu kadangkala menyala dengan terang sebelum kembali malap. Suasana di dalam bilik tersebut terasa sungguh sunyi sehinggakan dia hampir tertidur.

Yan Xun berdiri lama di hadapan khemah Chu Qiao. Apabila mengetahui Chu Qiao akan tiba, dia telah bergegas menunggang kudanya bersama 20 orang pengawal untuk menuju ke tapak perkhemahan utama itu, menyedari tindakannya itu terlalu melulu apatah lagi dengan situasi pemuda ini yang sedang diburu oleh banyak pihak, termasuklah Empayar Xia, rakyat Quan Rong dan juga beberapa rakyat Yan Bei yang berpura-pura setia kepadanya. Namun, keinginannya untuk bertemu dengan Chu Qiao terlalu kuat, begitu kuat sehinggakan dia mengabaikan segala kerisauannya dan melemparkannya pada langit yang kosong, tetapi sebaik sahaja dia sampai di hadapan pintu bilik Chu Qiao, pemuda itu tiba-tiba berasa tidak berani untuk masuk.

Raja Yan Bei ini telah mengejutkan seluruh dunia dengan memimpin seluruh pasukan tentera elitnya menyusup ke dalam Empayar Xia ketika Yan Bei sedang mengalami risiko yang tinggi untuk dihapuskan. Namun kini, dia telah berubah menjadi seorang pengecut yang tidak berani masuk ke dalam khemah kecil itu pun.

Menurut Nenek Yin, Ah Chu menangis kegembiraan dan melutut di atas tanah sambil mengucapkan kata-kata terima kasih apabila mendengar tentang berita perkahwinan mereka, namun pemuda ini lebih mengetahui yang Nenek Yin hanya mencuba untuk membuat dia berasa senang hati sahaja. Ah Chu tidak pernah menangis di hadapan orang lain. Ah Chu tidak pernah melutut di atas tanah sambil menangis untuk mengucapkan penghargaannya. Yan Xun boleh membayangkan bagaimana reaksi Ah Chu ketika gadis itu mendengar semua ini, hanya berdiam diri sambil terduduk tanpa mempamerkan secalit emosi sementara wanita tua itu terus bercakap dan hanya akan berkata, "Baiklah," di akhir bicara wanita tua itu.

Besar kemungkinan itu yang berlaku.

Dalam bayangan Yan Xun, ketika Chu Qiao sedang mendengar bebelan wanita tua itu, di tepinya terdapat dokumen yang terbuka dan secawan teh yang telah menjadi sejuk. Wanita itu hanya memakai sehelai baju kapas biasanya dengan rambutnya yang panjang dilepaskan ke sisi dan mungkin mengekalkan ketenangannya seolah-olah perkahwinan yang akan berlaku itu bukanlah urusannya walaupun ia merupakan perkahwinan yang telah diangan-angankan kedua-dua pasangan ini ketika di Zhen Huang dahulu.

Yan Xun tidak tahu di mana silapnya, mungkin dia sedar akan kesilapannya itu namun hanya dia sahaja tidak mahu menghadapinya dan beranggapan dia masih lagi mempercayakan Ah Chu tidak akan mengkhianatinya walaupun semua orang di dalam dunia ini berbuat sedemikian. Oleh sebab itu, pemuda ini tidak mahu Ah Chu teruk berada dalam jabatan ketenteraan dan juga tidak mahu wanita itu terlalu rapat dengan Garison Utusan Barat Daya. Dunia di sekeliling mereka sentiasa berubah dan walaupun seseorang itu langsung tidak berniat untuk melakukan sesuatu, namun pasti akan seseorang mahupun sesuatu perkara yang akan mendorong mereka untuk mengambil jalan tersebut. Yan Xun risau benar jika suatu hari nanti wanita ini akan berdiri di pihak yang bertentangan dengannya, terutama sekali apabila kedua-dua daripada mereka mempunyai sebuah pasukan mereka sendiri yang terus menyokong setiap tindakan yang diambil, maka suatu hari nanti mereka pasti tiada pilihan lain selain berperang antara satu sama lain.

Ah Chu merupakan seorang pakar strategi, namun wanita ini masih mempunyai ruang untuk diperbaiki dalam ilmu politiknya yang membuatkan dia jahil tentang sisi gelap politik. Apa yang diinginkan pemuda ini akan menyebabkan sungai-sungai dipenuhi dengan darah dan juga timbunan mayat yang bagaikan bergunung-ganang namun Yan Xun tidak menyesal dengan tindakannya itu dan hakikatnya, dia melakukannya dengan sukarela. Kebencian dan kemarahan yang telah menguasai dirinya selama bertahun-tahun ini telah meninggalkan lubang di dalam hatinya, manakala segala penghinaan yang ditempuhinya pula sering menghantui tidurnya namun pemuda ini hanya mampu berharap yang Ah Chu tidak akan melihat sisi dirinya yang hodoh ini. Dia berharap yang Ah Chu tidak akan menghakimi dirinya dengan mata kepalanya sendiri yang akan menyebabkan wanita itu akhirnya membenci dirinya. Mungkin wanita itu akan berasa marah sekarang, tetapi masa akan menyembuh segala luka tersebut dan dia juga akan menggunakan seluruh hidupnya untuk berbaik semula dengan Ah Chu supaya dapat menjelaskan segalanya kepada wanita itu.

Yan Xun tersenyum dengan penuh yakin. Ah Chu pasti akan memahami segala yang telah dilakukannya sehingga ke hari ini setelah pemuda ini memiliki seluruh dunia di dalam genggaman tangannya.

Bayang-bayang lesu yang terpapar di sebalik khemah itu kelihatan sangat jelas sehingga Yan Xun dapat meneka mana bahagian mata dan tangannya. Cahaya bulan terang yang menyinari kot hitam di belakang tubuh pemuda itu yang membuatkan dia kelihatan murung dan sepi apatah lagi apabila berlatarbelakangkan warna putih. Di kejauhan terdapat beberapa orang pahlawan Yan Bei yang sedang menyanyikan lagu-lagu rakyat.

Yan Xun lantas menghulurkan tangannya perlahan-lahan masuk ke dalam khemah yang menjadi sebuah bayangan kelabu apabila disinari cahaya bulan menyinari luaran khemah. Tangan Yan Xun segera bergerak mendekati Ah Chu dan akhirnya, bayangan kelabu tersebut menyentuh bayangan hitam itu, menyentuh hidungnya, mukanya dan dahinya. Bayang-bayang itu mempamerkan susuk tubuh badan seorang wanita, dan sepasang tangan milik kekasih hatinya.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C188
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión