Descargar la aplicación
64.04% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 187: Bab 187

Capítulo 187: Bab 187

Editor: EndlessFantasy Translation

Zhuge Yue hanya menghirup wainnya tanpa berkata apa-apa sementara angin yang menghembus melintasi jarak di antara mereka terasa seperti ais yang dingin. Chu Qiao yang melihat wajah pemuda itu terus terkenangkan masa lalunya sendiri tatkala wanita muda ini sedang memegang gelas wainnya kerana tidak tahu ingin berkata apa.

"Saya nampak dia."

"Siapa?" Tanya Chu Qiao.

"Lelaki yang mengarahkan saya untuk bunuh tentera dari Garison Utusan Barat Daya itu." Zhuge Yue mendongakkan kepalanya sebelum dan meneruskan kata-katanya, "Nama dia Cheng Yuan. Sekarang ini dia ketua marsyal bagi Pasukan Tentera Pertama Yan Bei selepas mengambil alih kedudukan Wu Daoya dan dia juga salah seorang tokoh yang berkuasa di Yan Bei selain Yan Xun."

Chu Qiao menundukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa. Zhuge Yue lantas memandang gadis ini lalu berfikir seketika sebelum mengangguk dan berkata, "Awak buat keputusan yang betul untuk kembali ke tanah besar Yan Bei. Perebutan kuasa dalam tentera Yan Bei itu rumit sangat, jadi awak tak patut tinggal di situ."

Chu Qiao tersenyum. "Betul itu. Tahun ini merupakan tahun yang baik untuk saya."

"Baguslah kalau begitu." Zhuge Yue tersenyum ikhlas. "Kalau awak mempunyai kedudukan, pasti awak akan ambil tahu tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kedudukan itu. Kesatuan Da Tong itu ada banyak pengaruh yang kuat. Kalau bukan disebabkan ancaman tentera saya, Yan Xun pasti dah disingkirkan. Dengan mempunyai seorang dua yang cerdik dan berpengalaman pun tiada gunanya. Perebutan kuasa memang tak akan dapat dielakkan. Baguslah kalau awak faham sebab di sebaliknya kerana ia akan memanfaatkan awak."

Chu Qiao mengangguk lalu menjawab, "Saya faham. Kita perlu berkorban demi mendapatkan sesuatu. Halangan kecil seperti ini tak mematahkan semangat saya."

Zhuge Yue tersenyum. Mantel yang diperbuat daripada kulit musang itu tersentuh pada kulitnya. Zhuge Yue merupakan seorang yang tampan, serta mempunyai karismanya yang tersendiri. Pada saat ini, dia duduk di hadapan Chu Qiao dan berbual tentang perkara yang hanya difahami oleh mereka berdua sahaja, membuatkan gadis itu tiba-tiba berasa yang pemuda ini sungguh memahaminya dengan sangat mendalam. Ada beberapa perkara mengenai dirinya yang tidak diketahui oleh Yan Xun dan Chu Qiao sendiri pun tidak sanggup menghadapinya. Bagaimanapun, pemuda ini masih dapat meneka apa yang sedang bermain dalam fikiran Chu Qiao melalui pelbagai kiasan yang telah diajukan kepadanya. Misalnya, impian wanita itu, kepercayaannya, harapannya, tidak lupa juga kenangan pahit dan manisnya...

Pemuda ini memang patut digeruni kerana dia mempunyai pengetahuan ketenteraan yang mendalam, kebolehan berlawan yang luar biasa dan juga seorang yang sangat licik. Tambahan pula, dia mempunyai sokongan daripada keluarganya yang berpengaruh. Namun, Chu Qiao tidak dapat membaca apa yang bermain dalam fikirannya. Apa sebenarnya yang dia inginkan selama ini?

Yan Xun ingin membalas dendam dengan menghancurkan Xia dan menakluk dunia, manakala Zhao Che pula menginginkan takhta maharaja, kuasa, dan kekayaan, Li Ce juga menginginkan Xia untuk menuntut kembali tanahnya dan membina semula reputasi Tang. Tapi Zhuge Yue, apakah yang diingininya? Tiada sesiapa pun tahu dan dapat menekanya. Chu Qiao terus hanyut dibuai perasaannya tatkala menatap sepasang mata milik pemuda itu yang berwarna hitam pekat yang persis sebuah pusaran air, kelihatan lembut saja pada luarannya, tetapi di dalamnya terasa hangat seperti api yang sedang marak. Mungkin juga pemuda itu telah menyatakan apa yang dia inginkan. Sewaktu di Tang, Zhuge Yue telah mengetepikan keangkuhan dan amarahnya dengan mendakap Chu Qiao, lantas berkata dengan suara yang rendah, "Saya pun perlukan awak." Bagaimana mungkin seseorang seperti dia untuk bercakap seperti itu? Walau bagaimanapun, kata-kata itu seperti penyeksaan buat Chu Qiao dan menandakan sebuah mimpi ngeri panjang buat dirinya, membuatkan wanita muda itu buntu untuk mencari jawapan kepada kata-katanya itu.

"Zhuge Yue, sebilah pedang tak mempunyai mata di medan perang. Dewan pentadbiran itu pun tak dapat diduga. Jaga diri awak."

Zhuge Yue menghadiahinya sebuah senyuman mesra yang menandakan kemesraannya itu, lantas pemuda itu memandang patung dewi yang tersergam indah di istana tersebut dan berkata dengan perlahan, "Hal itu langsung tak merisaukan saya."

Setiap orang mempunyai kelemahan mereka tersendiri. Bagi Zhuge Yue, kelemahannya akan hilang tidak lama lagi kerana orang yang dicintainya akan berkahwin dengan orang lain.

Zhuge Yue berdiri, lantas membuatkan bayangannya semakin besar apabila dipancarkan dek cahaya bulan, bagaikan batu tunggul yang memancarkan keindahan daripada wajahnya, lalu pemuda ini mendongak perlahan-lahan ke arah patung dewi itu. Wajah jelita patung tersebut sedang mempamerkan semangat juangnya yang menggerunkan ditemani dengan kesan calar yang tergores pada baju zirah berwarna merahnya itu jelas kelihatan seolah-olah darah sedang mengalir lembut pada bajunya itu. Dewi pertempuran tersebut sedang memegang kapak perangnya sambil berdiri membelakangi sebuah lagi patung yang berwajah keibuan. Renungan matanya begitu garang seperti api yang sedang marak.

Zhuge Yue berasa terpegun, tidak dapat menggambarkan perasaannya sewaktu kali pertama dia melihat tugu ini yang telah mengingatkannya kepada seseorang kerana kedua-duanya berpegang teguh kepada kepercayaan dan hasrat murni mereka. Diri pemuda ini yang lalu pasti akan mengabaikan semua ini akibat dirinya yang dia telah dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan telah menjadi saksi kepada banyak rancangan jahat yang dilakukan oleh orang lain sesama sendiri dari kecil lagi. Zaman kanak-kanaknya telah membuatkan pemuda itu percaya setiap hati manusia mempunyai niat jahat, manakala sikap berwaspada dan berkomplot itu satu keperluan untuk meneruskan kehidupan. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya memahami konsep manusia tidak semestinya perlu hidup untuk diri mereka sendiri sahaja dan seseorang itu boleh mempunyai hasrat murni, lantas mempamerkan sisi diri mereka yang paling indah apabila hasrat mereka ditunaikan. Sebelum ini, dia tidak mengetahui apakah yang telah menghalang gadis ini dan mengapa gadis ini begitu berpegang teguh kepada kepercayaannya itu. Zhuge Yue tidak percaya pada takdir, lantas kadang-kadang dia berfikir yang para dewa sentiasa berada di samping gadis ini dan tidak sanggup untuk menghampakannya!

Beberapa perkara yang telah menyebabkan dirinya menjadi seorang yang iri hati dan tidak tahu malu telah ditanam dalam hatinya sejak dari dulu lagi. Dia membenci dirinya disebabkan perasaan takut dan kasihnya ini tetapi dia tidak mampu untuk memadam perasaannya yang muncul secara tiba-tiba itu yang semakin membuak-buak. Ketika itu, mereka masih kecil dan ketinggian gadis ini tidak melebihi kaki kuda pun jadi, bagaimana mungkin dia mempunyai perasaan yang melampau ini terhadap gadis itu pada waktu itu? Namun setelah bertahun-tahun berlalu, dia bermimpi tentang renungan mata wanita muda yang telah pergi meninggalkannya, kelihatan nekad dan degil seolah-olah seekor anak harimau kumbang yang tidak akan mengalah dengan sebatan pemburu sekalipun ia mati. Dengan itu, Zhuge Yue yakin dia telah disihir selama bertahun-tahun oleg gadis ini, disihir dengan kepercayaannya yang teguh, renungannya yang tajam dan ayat terakhir gadis itu sebelum pergi meninggalkannya, "Zhuge Yue, kau tunggu dan lihat saja!"

Lantas dengan itu, dia hanya memerhatikan gadis itu keluar dari kepompongnya dan membesar menjadi seekor rama-rama yang cantik, menyaksikan gadis itu mendaki tangga kejayaan selangkah demi selangkah, merenung penderitaan yang ditanggung wanita muda itu daripada kepenatan yang melampau, menyaksikannya berdiri semula setelah jatuh berkali-kali. Sekalipun wanita itu telah melalui pelbagai kesusahan dan kecederaan, semangatnya tidak akan pernah goyah.

'Dalam dunia seperti ini, siapa yang sanggup berada di samping kamu semasa kamu dilanda kepayahan? Siapa yang sanggup bersama kamu tatkala kamu hanyalah sebatang kara? Siapa yang sanggup abaikan kehidupannya semata-mata demi kamu? Dan yang paling penting, siapa yang sanggup berada di sisi kamu lagi setelah diberikan layanan yang dingin seperti itu? Yan Xun, kamu tak tahu betapa bertuahnya kamu.'

Zhuge Yue tertawa sendirian sebelum berpaling untuk beredar semasa angin kencang mengepak-ngepakkan jubahnya. Pemuda itu sering melepaskan sahaja apa jua perkara yang dia tidak mampu miliki. Perkataan "pinta" tidak wujud dalam kamus hidupnya.

"Zhuge Yue!" Chu Qiao berteriak memanggilnya, membuatkan tubuh pemuda itu tersentak sebelum dia menghentikan langkahnya. Gadis itu berlari ke sisinya dengan kaki yang sudah ditenggelami timbunan salji yang dipijaknya.

Zhuge Yue berpaling dan mengangkat keningnya sedikit. "Ada apa-apa lagi ke?"

Chu Qiao menanggalkan Pedang Pemecah Bulan yang tersemat kemas di pinggangnya, lalu dia menyerahkannya kembali kepada pemilik asal pedang tersebut, berkata dengan raut wajah yang serius, "Hati-hati."

Zhuge Yue hanya memandang pedang di tangan gadis itu tanpa menerimanya. Pemuda itu ternyata langsung tidak berhasrat untuk memulangkan Pedang Canhong yang tergantung kemas di pinggangnya.

Chu Qiao berasa sedikit janggal tetapi tetap berkeras dengan mengangkat pedang itu sambil memandangnya dengan nekad, menyerupai seorang anak kecil yang enggan menjamah makanannya kerana tidak diberikan gula-gula.

"Apa maksud semua ini?"

Chu Qiao mengetap bibirnya dan berfikir sejenak sebelum berkata, "Perang besar antara Yan Bei dan Xia akan tercetus. Kalau begitu, kita akan bertemu di medan perang nanti. Saya tak akan beri muka kepada awak jadi awak pun tak perlu hiraukan saya lagi. Kita..."

Raut wajah Zhuge Yue berubah dingin lalu pemuda itu menundukkan kepalanya dan mengangkat keningnya, menyebabkan Chu Qiao berasa sedikit tidak selesa. Suara gadis itu terdengar amat perlahan.

"Xing'er, jujurlah dengan diri awak sendiri. Kalau kita bertemu di medan perang nanti, awak betul-betul nak pancung kepala saya ke?" Suara Zhuge Yue terdengar seperti bisikan yang menenangkan. Kata-kata pemuda itu seolah-olah terungkap dari hati dan bukan mulutnya, lantas membuatkan tapak tangan Chu Qiao terasa dingin namun peluh masih mengalir keluar daripada tapak tangannya itu. Mulutnya kering tatkala dia menghela nafas panjang dan cuba menahan perasaan tidak selesanya sebelum menjawab dengan perlahan, "Saya tak akan bunuh awak, tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk tewaskan awak."

Zhuge Yue tertawa kecil sebelum menundukkan kepalanya dan menggeleng tanpa sepatah kata. Dia mengambil pedang itu daripada Chu Qiao dan berpaling untuk beredar menjauhi Chu Qiao dengan mengatur langkahnya perlahan-lahan di tanah yang bersalji itu.

"Sayang betul. Saya tak boleh nak lakukannya." Namun, ia bukanlah kerana Zhuge Yue tidak mampu melakukannya, akan tetapi dia tidak sanggup untuk melakukannya kerana dia sudah cukup masak untuk sedar kegagalan itu bersamaan dengan kematian. Lagipun, bagaimana mungkin Zhuge Yue akan merampas satu-satunya cara untuk Chu Qiao meneruskan kehidupanya?

Chu Qiao mengetap bibirnya seolah-olah perasaan yang bercampur-baur sedang berkecamuk di dalam hatinya dan lantas dadanya mula terasa sakit semasa wanita muda ini melihat bayangan Zhuge Yue dan berasa meremang. Dia menundukkan kepalanya dan mengujarkan perkataan demi perkataan, "Hidup ini sama seperti tempat tidur yang berduri. Kalau hati dan fizikal seseorang itu tak bergerak, mereka tak akan terluka. Kalau hati dan fizikal seseorang bergerak, mereka pasti akan mengalami kesakitan yang teramat dan terdedah kepada kesusahan hidup."

Zhuge Yue terhenti dalam langkahnya, masih teringat akan ayat itu dengan sungguh jelas. Pada waktu itu, Zhuge Yue masih lagi seorang anak muda dingin dan murung manakala Chu Qiao pula bukan siapa-siapa. Zhuge Yue telah mengarahkan anak gadis itu membaca ayat tersebut pada sebuah malam yang diterangi dengan cahaya bulan indah.

Tak masuk akal betul! Zhuge Yue tersenyum dingin. Jika seseorang itu tidak bergerak, adakah ia bermaksud yang orang itu tidak akan terluka?

"Saya dah ditusuk oleh duri-duri itu," Suara garau tersebut bergema di puncak gunung namun angin yang bertiup telah menenggelamkan suaranya.

Salji mula turun melaputi bumi kembali. sementara ramai pedagang yang juga berkemungkinan bersama orang-orang bawahan Zhuge Yue telah menubuhkan kem mereka di sebelah timur Pergunungan Minxi. Chu Qiao berdiri di hadapan pintu tokong sambil melihat kelibat pemuda itu lenyap perlahan-lahan di sebalik salji yang semakin menebal. Sekali lagi wanita muda ini berasa meremang, berjalan memasuki tokong sebelum mengambil periuk wain di atas tanah lalu mendongakkan kepalanya untuk meneguk air wain itu. Cecair hangat itu terus mengalir ke dalam kerongkongnya, menghasilkan rasa pedas setelah menelannya. Apabila dia mendongak, dia ternampak tugu pahlawan itu yang sedang memandangnya dengan penuh garang seolah-olah menghamunnya disebabkan kelalaiannya dan mengabaikan peluang yang ada. Walau bagaimanapun, tugu keibuan itu yang kelihatan seperti sedang memandangnya dengan mesra dan lembut seolah-olah tugu tersebut memahami keadaannya dan bersimpati terhadap nasib yang telah menimpa diri wanita muda ini. Chu Qiao perlahan-lahan duduk bertinggung di atas tanah dengan perasaan sedih yang beraja di hatinya sebelum wanita muda ini bersandar pada tiang yang tinggi dan meromok di penjuru sambil meraih lututnya, kelihatan lemah seperti kanak-kanak yang langsung tidak membesar.

Sewaktu wanita itu bersiap sedia untuk berangkat pada keesokan harinya, bunyi telapuk kuda lantas bergema dari belakangnya dan lantas dia mendapati sekumpulan kuda sedang menuju ke arahnya di dataran bersalji yang luas terbentang ini. Seorang wanita muda yang sedang menunggang kuda itu memakai mantel berwarna perak yang diperbuat daripada kulit musang dan mantel itu terlihat sungguh besar pada tubuhnya, lantas menderu dari arah timur dan tidak berhenti sekalipun ternampak pasukan Chu Qiao.

He Xiao mengangkat keningnya dan menunggang ke hadapan. Dengan suara yang rendah dia bertanya, "Siapa kamu? Beritahu kami identiti kamu."

Wanita itu mengangkat keningnya tatkala dia berpaling sebelum melepaskan ketawa dan melibas kudanya sebanyak dua kali dengan lebih kuat untuk meluru ke arah mereka. He Xiao berkerut dan cuba untuk menghentikan wanita itu tetapi pemuda itu hanya melihatnya dengan kening yang terangkat sekali lagi. Dengan suara yang lantang wanita itu menjerit, "Ji Xiang, tendang dia!"

Kuda pertempuran milik wanita itu seolah-olah memahami apa yang dikatakan oleh tuannya dan kuda itu berhenti sebelum mengeluarkan bunyi ringkikan yang panjang. Ketika He Xiao menghampirinya, kuda itu berdiri dengan menggunakan dua telapuk kakinya manakala dua kakinya yang terangkat itu digunakan untuk menendang perut kuda He Xiao yang lantas membuatkan haiwan itu meringkik kesakitan lalu merebah ke tanah.

He Xiao seorang yang tangkas jadi dia mampu berdiri setelah berguling di atas tanah sebanyak sekali. Topi keledarnya telah tercabut daripada kepala dan salji pula mula meliputi setiap anak rambutnya, membuatkan pemuda itu tampak seperti seorang yang menyedihkan.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C187
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión