Descargar la aplicación
59.24% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 173: Bab 173

Capítulo 173: Bab 173

Editor: EndlessFantasy Translation

 Wajah Chu Qiao berubah merah menyala. Setelah melihat para pembantu kediaman di tepi tertawa dalam diam sesama mereka sendiri, wanita muda itu terus memuncungkan bibirnya dan berkata, "Apa yang awak katakan?"

"Jangan ketawa! Awak tak nampak ke yang Jeneral Chu ini tengah rasa malu?" Yan Xun berpaling dan berpura-pura menegur mereka, tetapi para pembantu tersebut malah tertawa lebih kuat. Dia menoleh semula ke arah Chu Qiao dan mengangkat bahunya sambil menghulurkan tangannya. "Habislah. Mereka semua dah tak dengar cakap saya lagi."

"Mengarutlah. Saya tak nak bercakap dengan awak lagi." Chu Qiao menoleh untuk kembali ke biliknya sendiri, jadi Yan Xun terus melepaskan ketawa terbahak-bahak lalu mengendong wanita ini dari belakang. "Bukan ke saya dah cakap yang saya akan teman awak. Awak layak dihukum sebab dah menentang perintah ketenteraan!"

Bilik itu beransur tenang selepas pemergian Yan Xun. Chu Qiao yang sedang terduduk di dalam biliknya sendiri itu kini tidak lagi berasa letih. Setelah memikirkan tentang segala kejadian yang telah berlaku sebentar tadi, mukanya mula memerah. Dia terus berkalih sahaja di atas katil kerana dia tidak boleh melelapkan matanya, tidak mempunyai pilihan lain selain duduk dan bersandar pada meja dengan rasa bingung. Semuanya kelihatan berbeza selepas Yan Xun kembali kerana bukan sahaja hubungan mereka telah menjadi lebih intim, tetapi perkara lain juga turut berubah.

Setelah memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Yan Xun tadi, Chu Qiao mula tersenyum. Mungkin dia terlalu paranoid. Memang semua lelaki seperti itu. Mereka tidak suka seorang wanita terutamanya wanita terpenting dalam hidup mereka berada di medan perang dan berjuang di barisan hadapan. Kini pemuda itu sudah mempunyai pengaruh kuasa, sudah semestinya dia ingin melindungi wanita ini sebaik mungkin dan gadis ini sepatutnya lebih memahami pemuda itu dan hasratnya yang menginginkan Chu Qiao menjalani kehidupan yang lebih tenang, seperti kehidupan seorang wanita biasa. Pemuda itu menginginkan wanita ini menghirup teh sambil mengagumi bunga-bungaan, memakai gaun sutera dan satin sambil dilayan oleh para pembantu rumah, menginginkan Chu Qiao menjalani kehidupan yang mewah sebagai balasan atas segala kesusahan yang ditempuhinya selama ini. Walaupun gadis ini langsung tidak mengingini kehidupan seperti itu, namun dia masih berasa bertanggungjawab untuk menunaikan hajat Yan Xun kerana Chu Qiao memahami sebab-sebab di sebalik segala perlakuan pemuda itu. Pemuda itu bukannya sengaja hendak mengecualikannya, tetapi dia hanya mahu melindungi Chu Qiao.

Chu Qiao mula berasa lega selepas memikirkannya dari perspektif ini, namun ewaktu dia hampir-hampir memejamkan matanya, dia terdengar bunyi tapak kaki di luar pintu. Wanita muda ini membuka tingkapnya yang lantas menyebabkan udara sejuk masuk ke dalam untuk melihat beberapa barisan lampu kini sedang menghala ke arah pintu bilik Yan Xun, jelas sekali situasi di sana amat tegang.

"Lü Liu!" Panggil Chu Qiao dan pembantu kediaman itu terus berlari ke arahnya dengan wajah yang masih lagi kelihatan mengantuk. "Ada apa, Cik Puan?"

"Apa yang berlaku di luar? Dah lewat ini. Kenapa ada ramai sangat orang di luar?"

"Oh, Cik tak tahu lagi ke? Tuanku akan membuat perbincangan tentang hal-ehwal ketenteraan dengan para jeneral semalaman ini. Saya rasa mereka akan berbincang tentang strategi untuk perang di timur. Jeneral-jeneral itu dah lama menunggu di luar."

Chu Qiao terus berasa terkejut apabila mendengar kata-kata pembantu rumah itu. Angin di luar bertiup kencang lantas mengepak-ngepakkan pakaiannya di bahagian bahu serta rambutnya.

"Aduhai, Cik Puan! Cik baru saja pulih! Janganlah terdedah kepada angin." Pembantu kediaman itu terus berlari untuk menutup tingkap sambil berleter. "Cik Puan? Cik Puan?"

"Hah?" Chu Qiao akhirnya tersedar dari lamunannya dan menjawab, "Oh, tak ada apa. Awak boleh pergi."

Lü Liu menatap gadis ini dengan penuh curiga lalu berkata, "Cik Puan, Cik betul-betul okey ke?"

"Saya baik-baik saja. Pergilah tidur."

"Oh." Lu Liu menurut dan menambah, "Cik Puan pun tidurlah awal."

Bilik Yan Xun kelihatan terang. Chu Qiao memandang ke sana seketika sebelum membaluti dirinya dengan selimut untuk tidur namun dia tidak dapat menahan dirinya daripada berfikir sendirian, 'Yan Xun suruh aku balik ke bilik malam ini sebab dia hendak bincangkan hal-hal ketenteraan itu ke?' Wanita muda ini terus memutuskan lebih baik jika dia beristirahat di dalam biliknya sendiri sewaktu dia memikirkan persoalan tersebut kerana suasana di sana sudah pasti terlalu bising sehingga dia tidak tidak akan dapat tidur.

Namun, wanita ini tiba-tiba berasa panik dan takut yang tidak dapat dijelaskan sesaat dia ingin melelapkan matanya dan jantungnya berasa tidak stabil bagaikan sebuah sampan terapung yang digegarkan dek pukulan ombak. Walau bagaimanapun, perasaan itu beransur berkurangan setelah beberapa ketika.

Chu Qiao bangun awal pada keesokan paginya disebabkan sebuah perasaan yang tidak enak jadi dia langsung tidak dapat tidur lagi. Dalam masa tiga hari sahaja lagi Yan Xun bakal berangkat namun wanita muda ini berasa tidak sedap hati di dalam dirinya. Lalu, dia terus berlari ke bilik Yan Xun tanpa mempedulikan untuk membersihkan dirinya dahulu walau bagaimanapun sesampainya dia ke kamar pemuda itu, dia telah diberitahu oleh para pembantu kediaman Yan Xun sudah berangkat ke Kem Luori pada malam tadi dan masih belum pulang lagi.

Yan Xun masih lagi tidak kembali setelah Chu Qiao selesai menjamah makanannya dan gadis ini sudah bermati akal untuk berbuat sesuatu, jadi dia hanya terduduk di hadapan meja belajarnya dan termenung sahaja. Tidak lama kemudian fikirannya mula mengenangkan tentang pembahagian ketenteraan Empayar Xia setelah konflik utara pertama berlaku serta perbezaan antara kebijaksanaan, logistik dan senjata di antara kedua-dua pihak, maka peta ketenteraan khayalan mula muncul di kepalanya.

Sewaktu dia sedang mengelamun, Lü Liu dan Feng Zhi berjalan memasuki bilik tersebut sambil mengekeh senyap. Di genggaman Lu Liu terdapat sebuah batu bersurat dan pemuda itu tertawa kecil semasa melihat Chu Qiao dan berkata, "Cik Puan, Cik rasa ini apa?"

Chu Qiao yang baru tersedar dari lamunannya itu terus mendongak dengan terpana. Ia merupakan sebuah batu bersurat panjang umur di mana namanya dan juga pangkat ketenteraannya telah terpahat pada batu bersurat tersebut. Di bahagian bawahnya telah terukir sebuah ucapan tahniah.

"Batu bersurat panjang umur untuk saya?" Chu Qiao tertawa dan meneruskan kata-katanya, "Siapa di antara kamu berdua yang buat ini? Kamu semata-mata nak buat saya gembira ke?"

Lü Liu berkata dengan gembira, "Cik Puan cakap apa ini? Feng Zhi yang beli batu bersurat ini."

"Beli? Kenapa ada orang jual benda ini pula?"

"Saya dah teka yang Cik Puan mesti tak tahu pasal ini," Kata Feng Zhi. Dia merupakan budak kundang yang telah diambil oleh Yan Xun setelah peninggalan Feng Mian. Pemuda itu berkata sambil tertawa, "Cik Puan, Cik Puanlah penyelamat Bandar Beishuo ini. Rakyat jelata memandang tinggi pada Cik Puan sehingga mereka beli batu bersurat untuk Cik Puan dan diletakkan di mazbah dalam rumah mereka. Mereka menyanjung Cik Puan siang dan malam. Selepas Dewan Kesetiaan di bahagian selatan itu runtuh, sebuah keluarga kaya dah menawarkan untuk menanggung pembiayaan pembinaannya semula. Mereka mendirikan tugu Cik Puan bersama semasa pembinaan itu di sebelah tugu Pembesar Tuan Yan Lama. Ini merupakan kali pertama seseorang yang masih lagi hidup dilantik ke dalam Dewan Kesetiaan. Pekedai-pekedai dan ahli perniagaan terus melihat peluang ini sebagai satu keuntungan, jadi mereka mula menghasilkan batu bersurat panjang umur untuk Cik Puan dan rantai jed untuk keamanan. Memang sungguh laku dijual di luar kalau Cik nak tahu. Malah ada juga beberapa orang tentera yang membeli rantai jed itu untuk dibawa bersama mereka!"

Chu Qiao sunggut terkejut setelah mendengar kata-kata Feng Zhi namun begitu, wanita muda ini tidak berasa segembira yang telah diharapkan Feng Zhi dan Lü Liu. Sebaliknya, Chu Qiao mula berkerut dan dia bertanya dengan suara yang rendah setelah beberapa ketika berdiam, "Selain dari batu bersurat saya, mereka ada jual orang lain punya tak?"

Feng Zhi yang melihat raut wajah tegas milik Chu Qiao mula berasa panik dan berbisik, "Ya. Tapi, mereka ada menjual tokoh tanah liat Lu Zhi, Jeneral dari Pasukan Tentera Kedua itu. Rakyat membelinya semata-mata untuk membakarnya atau membuangnya ke dalam lubang tandas."

"Cik Puan okey ke?" Lu Liu bertanya dengan lembut.

Chu Qiao menggeleng kepalanya. "Saya baik-baik saja. Kalian pergi dulu. Bakar atau buang saja benda itu. Jangan letak di dalam rumah."

"Mmm..." Kedua-dua mereka patuh dengan cemas lalu beredar.

Chu Qiao berasa tidak sedap hati. Yan Xun telah mengapit dan mengepung musuh secara mengejut dan menghindari krisis di Beishuo sewaktu pertempuran di sana namun tiada seorang rakyat pun yang mengetahui rancangan awal Yan Xun untuk meninggalkan Yan Bei itu. Jadi, rakyat jelata sepatutnya bersyukur ke atas Yan Xun. Akan tetapi, mengapakah mereka tidak menghargai usaha pemuda itu? Pasti ada sesuatu yang tidak kena dan perlu disiasat.

Chu Qiao berkerut. Reputasinya kini telah melonjak naik dengan sungguh tinggi. Yan Xun mungkin tidak akan berasa khuatir akan hal ini namun bukan semua orang berasa sebegitu. Nampaknya, wanita ini perlu melakukan lebih banyak perkara lagi buat Yan Xun dan keputusannya untuk tidak masuk campur dalam hal-hal ketenteraan kelihatan tepat. Lebih dalam Chu Qiao memikirkannya, lebih meremang pula bulu romanya. Adakah Yan Xun mengetahui tentang semua ini? Sekiranya benar dia tahu, adakah dia akan berfikir dua kali untuk menjauhkan Chu Qiao daripada hal ehwal ketenteraan? Bagaimanapun, apabila fikirannya melayang jauh, dia cuba untuk menghapuskan pemikirannya itu dengan menggelengkan kepalanya sambil tertawa sendiri. Mustahillah. Ini merupakan idea gila.

Wanita muda itu membuka tingkapnya untuk melihat salji di luar sudah pun berhenti. Istana Qingyuan yang tinggi dan kosong ini diperbuat daripada kayu Phoebe Zhennan yang bermutu tingg dan terletak di atas tasik teratai yang sangat luas, dengan air tasik jernih dan bersih yang mengalir dari keempat-empat arah berbeza. Tirai buluh yang bersambung sudah separuh terbuka dan kelihatan bersih. Tiada lagi bunga teratai pada musim ini namun para pembantu istana yang mahir telah menggunakan potongan kain yang berwarna hijau kebiruan untuk dijadikan sebagai replika bunga tersebut, kemudian replika bunga tersebut telah diletakkan ke atas permukaan tasik supaya ia boleh terapung-apung di sekeliling kolam tersebut, memang kelihatan seperti bunga yang asli bersama angin yang telah menggoncangkan pokok-pokok di kejauhan. Istana Maharaja Song kelihatan indah, bahkan lebih indah daripada Istana Jinwu di Tang.

Oleh disebabkan Istana Qinyuan masih lagi sedang dinaiktaraf, Nalan Hongye telah mengalihkan seluruh dewan mahkamah ke Istana Qingyuan dan dia pun menyelak tirai kediaman istana selepas persidangan sesi pagi selesai sebelum melangkah keluar. Nalan Hongyu sedang bersandar tegak di atas takhta emasnya, namun sealiran air liur sedang mengalir ke dagunya sambil berdengkur, jelas sekali pemuda itu sudah lama tertidur di situ.

Puteri Pertama Song mula berkerut setelah memikirkan wajah para pegawai yang baru sahaja beredar. Sida-sida kecil yang melihat raut wajah puteri tersebut terus mencuit bahu Nalan Hongyu dengan lembut sambil memanggil namanya dengan perlahan, "Tuanku Maharaja? Tuanku Maharaja?"

Maharaja muda itu terjaga dalam kebingungan, lantas berkerut seolah-olah pemuda itu ingin memarahinya, namun tiba-tiba dia ternampak adindanya di hadapan. Kemarahannya serta-merta berubah menjadi ketakutan apabila dia berdiri sambil menggosok-gosok matanya dan berbisik, "Kakak."

Tiada seorang pun pekerja istana yang berada di situ, hanya Nalan Hongye bersama adiknya dan seorang sida-sida peribadi untuk melayan mereka. Nalan Hongye berkerut sebelum berkata dengan tenang tetapi tegas, "Bukan ke sebelum ini kakak pesan jangan tidur dalam dewan persidangan sebelum ini?"

Maharaja itu menundukkan kepalanya seperti seorang kanak-kanak yang telah ditangkap kerana melakukan kesalahan. Dia menggumam, "Y-ya."

"Sudah itu, kenapa buat juga?"

Maharaja muda itu menundukkan kepalanya dan mengakui kesilapannya itu. "Kakak, saya tahu saya salah."

Nalan Hongye mengangkat keningnya. "Bukan ke kakak dah ajar kamu bagaimana untuk membahasakan diri kamu?"

"Um?" Nalan Hongyu terkejut dan tidak dapat memahami kata-kata kakaknya itu.

Si sida-sida kecil itu berbisik sesuatu di telinga maharaja tersebut lalu dia mengangguk dan menjawab, "Kakak, saya... bukan... Tuanku Maharaja salah. Tuanku Maharaja dah lakukan kesalahan."

"Oleh sebab kamu sedar kesalahan kamu, pergi balik dan salin 'Rekod Moral' sepuluh kali. Jangan makan selagi kamu tak selesai."

"Ah?" Wajah maharaja itu mula bertukar menjadi suram namun Nalan Hongye langsung tidak mempedulikannya dan terus beredar yang lantas membuatkan istana tersebut terasa kosong sahaja. Cahaya matahari bersinar terang manakala angin bertiup kencang dari seluruh arah tirai buluh itu sehingga memberus loceng keemasan lalu menyebabkannya berdering. Nalan Hongye sedang memakai pakaian seragam biru gelap khas untuk sesi persidangan, meleret di atas jubin tebal istana tersebut lalu mendedahkan pelbagai corak burung yang telah disulamkan pada pakaiannya. Corak itu berkilau dengan warna keemasan lalu mempamerkan reka bentuknya yang indah, sememangnya gaya yang bersesuaian dengan status puteri maharajanya.

"Tuan Puteri." Makcik Yun sudah menunggunya di luar. Setelah melihat puteri muda itu melangkah keluar, wanita tua itu terus berlari ke sisinya untuk meletakkan sehelai jubah ringan di atas bahu Nalan Hongye. Bulan ini merupakan bulan ke-11. Walaupun iklim di Song kelihatan panas, angin yang bertiup berasa cukup dingin. "Tuan Puteri dah nak kembali ke istana ke?"

Nalan Hongye menggeleng kepalanya. Raja-raja Changling dan Pujiang begitu berhati-hati dalam kata-kata mereka lantas dapat mengelak daripada mengeluarkan topik tentang bencana di lautan timur. Puteri tersebut menjawab dengan nada yang rendah, "Panggil Xuan Mo ke dalam istana. Saya ada perkara penting nak berbincang dengannya."

"Ya," Makcik Yun menurut perintah dan terus bertanya, "Tuan Puteri nak berjumpa dengannya di Istana Qingyuan ke? Mengenai hal itu, maharaja masih lagi..." Makcik Yun terhenti dalam kata-katanya. Nalan Hongye lantas berpaling setelah mendengar kata-kata mak cik tersebut. Istana besar itu kelihatan sunyi dan sepi dengan papan kayu hitamnya itu hanya membuatkan kediaman tersebut bertambah kelam.

Maharaja muda itu terduduk di tangga bersendirian sambil menggaru kepalanya. Mutiara pada mahkotanya condong di kedua belah sisi dan memantulkan cahaya matahari yang terang, menambahkan lagi keagungannya. Pantulan cahaya tersebut telah mempamerkan debu-debu yang berterbangan di udara dengan jelas. Jubah kuningnya itu hanya menggambarkan kesedihannya, seperti seorang kanak-kanak yang telah diabaikan.

Walau bagaimanapun, kesedihannya itu semata-mata adalah disebabkan kerana dia terpaksa menyalin "Rekod Moral" sebanyak sepuluh kali dan bukanlah disebabkan banjir yang berlaku di Qiubei ataupun disebabkan penyamun di lautan timur mahupun aduan yang difailkan oleh ketua pendakwa tidakpun konflik dalaman yang berlaku di mahkamah. Baginya, setelah dia selesai menyalin buku itu sebanyak sepuluh kali, dia akan bebas dari segala bebanan yang lain dan kemudian bolehlah makan, tidur dan bermain dengan aman, meneruskan kehidupannya dengan tenang tanpa perlu berasa bimbang, walaupun dialah sepatutnya yang menggalas tanggungjawab untuk memimpin seluruh negaraya.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C173
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión