Descargar la aplicación
49.65% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 145: Bab 145

Capítulo 145: Bab 145

Editor: EndlessFantasy Translation

"Hah? Ya ke? Siapa yang berani sangat untuk rampas sesuatu daripada awak? Teruk betul orang itu!" Chu Qiao berpura-pura marah.

"Haha, awak pun rasa begitu juga," Yan Xun tertawa dan mengangguk. "Ya, teruk betul orang itu. Dah lebih sepuluh tahun saya duduk bersama pokok itu dan kini pokok itu dah bercambah mekar, bagaimana mungkin saya nak membenarkan seseorang untuk memijaknya? Mana boleh! Walaupun bunganya taklah sebegitu cantik atau mempesonakan, tapi dia dah lama ikut saya. Mangkuk tandas yang dah lama digunakan pun pasti ada nilai sentimentalnya sendiri. Saya pula seorang yang menghargai kesetiaan seseorang itu pada saya. Awak tak rasa yang mereka itu sudah melampau ke?"

Wajah Chu Qiao terus berubah merah, lantas dia pun menjerit, "Hei! Yan Xun, awak ini melampaulah! Berani betul awak bandingkan saya dengan mangkuk tandas!"

"Haha!" Yan Xun menghulurkan tangannya sebelum mengangkat Chu Qiao ke atas tempat duduk hadapan kudanya, kemudian lelaki ini memeluk pinggang wanita itu dan tersenyum sambil berkata, "Saya akan menentang sesiapa saja yang berani ambil apa-apa daripada saya." Suaranya kedengaran sungguh halus tatkala nafasnya terkena bahagian leher Chu Qiao yang lantas membuatkan wanita itu meremang.

"Jangan risaulah, tiada sesiapa yang akan mengambil apa-apa daripada awak. Bunga awak tahu di mana nak mekar."

Bendera emas pasukan tentera itu berkibar di atas kepala kedua-dua remaja ini semasa angin bertiup kencang, segala kerisauan yang menyelubungi Chu Qiao tidak lama tadi kini terus hilang apabila dia terbenam ke dalam dakapan Yan Xun. Betul kata Li Ce, setiap manusia hanya akan dikurniakan dengan sepasang kaki. Oleh sebab wanita itu yang telah memilih untuk menuju ke barat, dia tidak mengambil peduli tentang pemandangan dan cuaca di sebelah utara.

Chu Qiao berasa gembira. Apabila mereka bersatu semula, dia telah menyaksikan Yan Xun yang jauh berbeza daripada putera murung di Bandar Zhen Huang ataupun seorang banduan yang sering diselubungi kebencian, dan bukanlah juga seorang gila yang mengamuk untuk keluar dari Bandar Zhen Huang. Dia kini seorang yang mesra dan tampak tenang, menyerupai seorang pemuda yang ceria dan petah berkata-kata yang duduk di tepi tasik beberapa tahun dahulu. Setelah melarikan diri dari penjara Zhen Huang, diri mereka kini bukanlah seperti diri mereka yang dahulu.

Cahaya matahari memancar dengan begitu terang yang sekaligus mewarnai suasana dengan warna kekuningannya, bersama dua ekor yang helang yang bersayap gergasi milik kumpulan iringan ini yang sedang menari-nari di udara.

"Cepat gerak!" Kuda pertempuran milik Yan Xun terus meraih kedua telapuk kaki hadapannya di saat pemuda itu melibas tali kekangannya dan terus kuda itu meluru ke hadapan, meninggalkan debuan pasir di belakang.

"Ah Chu!"

Angin yang bertiup dengan begitu kencang itu menyukarkan perbualan mereka kerana mereka perlu menjerit dengan sesama sendiri walaupun jarak mereka agak rapat.

Chu Qiao bergelut untuk menoleh dan menjerit kembali, "Awak cakap apa?"

"Saya akan bawa awak pulang!" Pemuda yang sedang memegang cemeti itu mengangkat tangannya sebelum menuding jarinya ke arah ufuk barat laut. Dengan renungan yang tajam dia berkata, "Balik ke negara kita!"

Langit di udara berwarna biru lazuardi yang dihiasi dengan angin yang bertiup bebas dan sekawanan burung helang putih yang juga sedang berlegar-legar di ruangan udara. Pokok Artemisia yang meliputi seluruh kawasan itu kini sudah dapat dilihat dari jauh, angin dingin yang bertiup ke arah mereka itu sekaligus melayang-layangkan mantel para askar itu, baju zirah mereka yang berat pula berkeletak-keletuk dengan sarung pedang mereka lalu menghasilkan bunyi lentang-lentung. Sempadan Beishuo iaitu benteng pertahanan pertama yang penting bagi Yan Bei sudah kelihatan dari kejauhan. Ini merupakan jalan daratan timur untuk ke Yan Bei. Pintu pagar bandar yang tinggi itu bagaikan seekor naga yang sedang berhibenasi yang terletak di sepanjang ufuk.

Di hadapan Sempadan Beishuo terletaknya Dataran Huolei yang terkenal. Pada masa dahulu, di sinilah tempat di mana si Raja Singa Yan Bei iaitu Yan Shicheng telah bersumpah untuk menentang tentera Xia bersama putera-puteranya lalu terkorban. Bunga Huoyun Merah bercambah mekar di seluruh kawasan ini, terkenal dengan menggunakan daging manusia yang sudah mereput sebagai sumber nutriennya, hanya akan ditemui berdekatan kawasan perkuburan dan tempat pengebumian sahaja. Semakin banyak ia menyerap daging manusia, semakin mekarlah bunga ini bercambah. Selepas pertempuran besar bersejarah bertahun-tahun dahulu, bunga Huoyun di Dataran Huolei ini memekar selama sembilan tahun dan berwarna merah terang pada setiap masa tanpa mengira musim.

Pada saat itu, Chu Qiao terasa seolah-olah dia sedang menyaksikan pertempuran tragik yang berlaku beberapa tahun lalu itu.

Kuda-kuda menderap di sepanjang dataran yang meluas itu, namun awan kini mula berubah kemerahan bersama panji-panji bendera mereka yang megah berkibaran di udara. Para tentera yang lengkap bersenjata dengan teriakan ngeri mereka berada di seluruh kawasan termasuklah di dalam hutan tebal dan juga di kawasan terpencil seperti di puncak gunung bersalji dan padang pasir yang luas, bertempur bermati-matian di setiap penjuru Yan Bei, bersama para wanita yang juga turut menghunuskan senjata mereka demi melindungi negara tercinta. Alunan muzik tragik berkumandang di setiap pelosok negara bersama lagu-lagu rakyat di saat sebuah generasi Yan Bei telah dihapuskan, mata mereka luas terbuka di saat roh disentak keluar dari jasad tubuh dan degupan jantung mereka yang memperjuangk\an hak kebebsaan masih lagi tidak berhenti berdegup. Darah mereka pula masih lagi mengalir membentuk kelopak-kelopak bunga berwarna merah, memekar di setiap inci tanah Yan Bei, sebuah tanda untuk memperingati generasi seterusnya untuk meletakkan segala jiwa dan raga, dan ketaatan mereka kepada negara. Tanah suci ini merupakan bukti nyata tentang kejadian-kejadian lampau!

Ini merupakan sedaratan tanah suci! Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa megahnya tanah ini di mana setiap rumputnya, pokoknya, batunya dan juga pasirnya yang telah menjadi saksi pada kejadian tragik yang telah berlaku di kawasan tersebut. Setiap rakyat jelatanya pasti akan berjuang dengan penuh kecekalan setelah setiap tragedi yang berlaku!

Yan Bei! Yan Bei!

Sepanjang sembilan tahun ini, Chu Qiao mengulangi dua perkataan ini berulang kali. Wanita ini dan Yan Xun telah menerima penghinaan demi penghinaan yang sungguh jahat dan telah terlepas dari genggaman maut berkali-kali hanyalah kerana harapan mereka yang teguh untuk kembali ke Yan Bei suatu hari nanti. Kini, Chu Qiao sudah menjejakkan kakinya di Yan Bei sambil menghirup udaranya yang dingin dan kering, dan wanita ini terus tidak dapat menahan tangisannya setelah melihat sekawanan lembu, kambing biri-biri dan kuda.

Wanita ini kelihatan tabah selama ini tanpa mengira situasi. Namun, pada saat ini, air matanya mengalir deras tanpa dapat dikawal, lalu Chu Qiao terus terduduk di atas kudanya bersama mantel di leher yang berwarna putih sebelum mendongak dan menegakkan posisinya. Wanita ini langsung tidak berasa sedih mahupun kecewa, namun hatinya tetap dihurung pelbagai emosi yang bercampur-baur, gabungan di antara keterujaan kerana akhirnya hajatnya untuk pulang ke Yan Bei sudah tercapai dengan kelesuan yang terpaksa wanita ini tempuhi selama ini. Mulai dari saat ini, dia tahu dia tidak perlu lagi hidup dalam kebimbangan ataupun memikirkan dirinya akan dibunuh, tidak lagi perlu meramal motif di sebalik kata orang lain. Tiada sesiapa yang boleh membunuh atau mengugut mereka lagi, tidak lagi perlu menurut perintah sesiapa. Mereka sudah berjaya mempertahankan diri mereka sendiri!

'Yan Bei, akhirnya saya di sini!'

Kuda tersebut mara ke hadapan bersama pemuda yang menunggangnya sedang memakai mantel berwarna hitam, keningnya yang terangkat seibarat dua bilah pedang yang tajam. Pemuda ini yang diiringi oleh sekumpulan tentera hanya berdiam diri dan mengekori belakang wanita itu, merenung wajahnya yang suram dan badan yang menggeletar sebelum mata wanita bergerlinangan.

Hanya pemuda itu sahaja yang memahami wanita ini. Hanya dia sahaja yang mampu memahami perasaan wanita ini kerana mereka berdua ternyata sama sahaja. Sewaktu pemuda itu melihat Sempadan Beishuo, dia juga tidak dapat mengawal dirinya sendiri namun dia tidak menangis di hadapan rakyat jelata mahupun tentera Yan Bei, tetapi sebaik sahaja pemuda itu kembali ke khemahnya dan menutup tirainya, dia terus teresak-esak dalam diam. Air matanya yang ditahan selama ini terasa hangat tatkala mengalir di wajah nekad pemuda itu. Ia juga merupakan hari pertama pemuda ini telah menenggelamkan dirinya ke dalam lautan alkohol setelah sembilan tahun menahan diri dan dalam keadaan mabuknya, pemuda ini seolah-olah telah terlihat kelibat ayahandanya yang sedang tertawa sambil menepuk-nepuk bahunya dan berkata, "Kamu dah besar pun, nak, malah dah sama tinggi dengan ayahanda pun!"

"Inilah Beishuo," Lelaki itu berkata dengan tenang sambil menuding jarinya ke arah bandaraya di bawah matahari terbenam itu.

Chu Qiao menoleh dan memandang Yan Xun dengan tatapan yang penuh kegembiraan.

Setelah matahari terbenam dan sisa baki cahaya keemasan itu memudar, Yan Xun terduduk di atas kudanya dengan renungan mata yang tenang, begitu juga suaranya. Pemuda yang hanyalah berusia 20 tahun ini hanya sedang memakai sepasang baju zirah berwarna hitam yang ringkas dan menyerupai tentera yang lain, kelihatan muda, kurus, tegap dan kacak, namun mata pemuda ini dipenuhi kemenangan yang tiada penghujungnya.

Usia bukanlah penentu bagi kematangan seseorang itu, hanya pengalaman yang mampu menentukannya.

Chu Qiao yang sedang merenung lelaki itu tiba-tiba teringat akan seorang remaja yang sengaja memanah tidak mengenai sasarannya beberapa tahun dahulu di dataran buruan maharaja. Chu Qiao terfikirkan seorang putera muda yang mesra di jalan Zhen Huang di sebelah air tasik yang berkilau, wajah remaja itu kelihatan terang bersinar apabila dia memandang wanita ini sambil melepaskan ketawa. Chu Qiao kemudiannya teringat akan penjara gelap di ibu negara maharaja bersama emping salji yang memasuki sel mereka, dengan angin kencang utara dan genggaman tangan mereka yang disembunyikan di sebalik tembok tebal itu.

Chu Qiao terus terkenangkan kembali roda kehidupan mereka selama lapan tahun ini setelah melihat wajah Yan Xun pada waktu itu. Seorang pemuda berdiri semula daripada tanah berlumpur yang telah bercampur dengan lopak darah itu terus mengatur langkahnya perlahan-lahan untuk kembali memulih.

Angin utara yang bertiup terasa dingin sahaja dengan apabila mengebarkan bendera yang bersimbolkan seekor helang megah di atas mereka. Tanah tinggi Yan Bei ini menyambut tuan baharu mereka dan degupan jantung Chu Qiao kini terasa membuak-buak, wanita ini mampu meramal suatu zaman sudahpun tamat dan kini suatu generasi baharu yang bakal makmur di sini!

Chu Qiao berasa gembira kerana dia berkesempatan untuk menyaksikan segala perubahan ini. Selama ini, dialah yang berdiri di samping lelaki ini dengan semangat yang berkobar-kobar!

Yan Xun menoleh lantas mengatur langkahnya ke hadapan bersama kudanya, kemudian berkata tenang kepada Chu Qiao, "Ah Chu, selamat pulang."

Bunyi ringkikan helang bergema kuat di udara yang diikuti dengan bunyi telapuk kuda yang kemas pula menderap di hadapan sebelum Pintu Bandar Beishuo perlahan-lahan dibuka. Yan Xun mendongak perlahan-lahan ke langit dan lantas matahari terus memancarkan cahayanya ke arah wajah kacak pemuda ini.

Seseorang menghampiri mereka sebaik sahaja mereka memasuki bandar dan Yan Xun menuding jarinya ke hadapan sambil berkata, "Ah Chu, ini Huanhuan. Dialah orang yang paling tak masuk akal di Yan Bei ini."

Wanita muda itu sedang memakai set pakaian yang kemas untuk menunggang kuda, dengan dagunya yang dilitupi kain yang diperbuat daripada bulu unta. Matanya pula ibarat dua biji anggur yang berkilau. Setelah mendengar nama Chu Qiao, gadis itu berasa terperanjat lalu dia pun meneliti wanita muda tinggi itu dengan matanya sebelum mengujar, "Awak Chu Qiao?"

"Putera Huan, akal terbijak di tanah tinggi Yan Bei. Gembira Chu Qiao dapat bertemu Tuan Puteri."

Angin bertiup melalui pintu lalu menerbangkan rambut wanita muda itu. Huanhuan memerhatikan Chu Qiao dengan lebih dekat dan keningnya menyerupai kening Yan Xun. Wanita muda ini berusia 18 atau 19 tahun dan telah mewarisi ketinggian daripada nenek moyang Yan yang lain denagn kulitnya yang putih dan bentuk wajahnya kelihatan sempurna dan cantik. Dia kemudian tertawa dan berkata, "Awak dah sampai. Patutlah."

Yan Xun berkerut dan mencelah, "Huanhuan, jangan biadab."

"Baiklah, abang," Huanhuan masih lagi tertawa sebelum menepuk bahu Yan Xun dan menambah lagi, "Bandar Zhen Huang itu tempat terkutuk. Mereka dah sesatkan awak. Tak habis-habis dengan peraturan dan etika saja."

"Saya ada dengar pasal awak," Huanhuan menoleh dan menampakkan barisan gigi putihnya itu. Dengan nada yang mesra dia berkata, "Awak teman abang saya selama lapan tahun di ibu negara maharaja dan dah banyak terseksa. Demi menyelamatkan pasukan tentera kita, awak juga bertempur dengan angkatan tentera Xia. Dahsyat betul!"

"Tuan Puteri juga dah ketuai Askar Huoyun untuk menumpaskan penyangak Batuo di Yan Bei. Itu memang dah jadi sebuah legenda," kata Chu Qiao.

"Haha, saya berketurunan keluarga Yan. Kalau saya tak bunuh mereka, mereka yang akan bunuh saya. Awak itu legenda hidup di Yan Bei ini, mana boleh saya bandingkan diri saya dengan awak," Huanhuan tertawa lagi. "Saya dengar abang saya akan bawa balik seorang wanita jadi saya risau juga yang dia akan kecewakan hati awak. Tapi semenjak awaklah orang itu, saya tak perlu risau lagi!" Gadis itu tersenyum sipu-sipu sambil membuat muka kepada Yan Xun sebelum berlari keluar.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C145
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión