Descargar la aplicación
46.91% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 137: Bab 137

Capítulo 137: Bab 137

Editor: EndlessFantasy Translation

Sun Di pun naik berang, "Pasukan Kem Utara itu dah gila ke? Serang rakan seperjuangan mereka sendiri demi seorang puteri negara asing?"

Pemuda itu berlutut di atas lantai dan berkata dengan lantang, "Tuanku, Pasukan Kem Utara tak serang pengawal kerajaan dari ibu kota maharaja, tapi mereka kelilingi gerabak kuda Jeneral Tie You. 30,000 askar dari Kem Utara itu nampak macam sudah naik gila. Menurut pegawai-pegawai Xia, orang yang berada di dalam gerabak kuda itu pemberontak dari Yan Bei yang merupakan dalang di belakang segala kejadian ini. Lebih daripada 20 orang askar di barisan hadapan dah terkorban di tangan askar-askar Xia. Tentera dari Pasukan Kem Utara itu pun dah lebih sukar untuk dikawal apabila mereka melihat pertumpahan darah itu. "

Ekspresi wajah Li Ce serius dan marah dengan matanya yang menipis seperti musang, menjawab tanpa emosi, "Zhao Chun'er mesti tak boleh lakukan semua perkara itu dengan sendirinya. Ada sesuatu yang tak kena ini."

Kabus pagi kian menghilang lantas menyebabkan cahaya matahari muncul semula dan bersinar ke Dataran Mawar. Perisai badan askar berwarna perak berkilat memantulkan cahaya mentari, kelihatan megah. 30,000 tentera dari Pasukan Kem Utara berdiri di atas tangga batu dataran tersebut, semua tenteranya muda dengan wajah yang kelihatan berani yang lahir daripada kejahilan dan kekurangan pengalaman. Askar-askar mulia ini telah membesar di Tang Jing yang aman kini merenung ke arah gerabak kuda yang sedang ditolak ke atas platform, senjata yang dipegang erat tangan mereka berdentang.

Berdiri di atas Dataran Mawar yang tinggi sambil melihat pemandangan Tang Jing yang luar biasa... Tembok yang megah, istana-istana yang mewah, deretan kawasan kediaman dan barisan rumah kedai... Askar yang membawa senjata dan orang awam yang menyaksikan babak tersebut yang sedang berdiri di bawah dataran... Chu Qiao tiba-tiba terasa aman. Angin kencang meniup jubahnya sehingga bahagian bawah pakaiannya berkibar di udara seperti burung yang melebarkan sayapnya. Wanita itu menghulurkan tangannya dan menanggalkan topinya dari kepala lantas mendedahkan wajahnya yang cantik dan sepasang mata yang kelihatan aman!

Pada masa yang sama, sebuah bunyi bising yang kuat tiba-tiba meletus dari semua arah. Sebulan yang lalu, gambar Chu Qiao telah dibawa ke wilayah Tang dari Xia dan ditampal di sepanjang jalan. Para pelajar dari Dewan Shang Wu telah berulang kali mempelajari taktik peperangan wanita ini yang tidak ubah dari seorang ninja. Namun demikian, kini, mereka terkejut apabila melihat wanita muda yang berumur tidak sampai 18 tahun..

Inikah pemberontak dari Yan Bei yang telah menyelinap ke dalam Xia seorang diri untuk menyelamatkan Tentera Garison Utusan Barat Daya?

Adakah ini jeneral terkenal yang telah memimpin 4,000 askar melalui perjalanan yang panjang tanpa sekali pun kalah dalam pertempuran?

Adakah ini pemimpin Yan Bei yang telah melarikan diri dari cengkaman Empayar Xia puluhan kali dalam pengembaraannya yang panjang?

Adakah ini dalang yang telah menyelinap ke dalam Tang secara senyap untuk merancang sebuah rancangan yang hebat?

"Saya pengawal Putera Mahkota, Tie You! Suruh kapten kamu untuk keluar dan berjumpa dengan saya!" Tie You baru sahaja dicederakan namun pemuda itu tetap berdiri tegak di hadapan Chu Qiao seperti gunung yang megah, dengan pandangan matanya yang nekad, sepasang kening tebal, dan sebentuk dada yang bidang. Pemuda itu lalu menghunuskan pedangnya ke arah tentera dari Pasukan Kem Utara tersebut sambil berkata, "Suruh Lu Fangshan keluar dan berjumpa dengan saya!"

Dia langsung tidak menyedari pegawai-pegawai Pasukan Kem Utara yang berjawatan lebih tinggi telah memasuki Istana Jinwu untuk merayu kepada Maharaja supaya memulakan serangan terhadap Yan Bei dan tentera yang ditinggalkan di sini hanyalah beberapa pegawai bawahan sahaja.

Pedangnya tajam dan berat, membawa aura yang mendahagakan darah. Sekumpulan askar dalang lingkungan sepuluh orang cuba untuk meluru ke arah pemuda itu, memakai pakaian seragam dari Pasukan Kem Utara namun gaya mereka menyerupai askar Xia, namun segala-galanya sudah terlambat. Tie You berteriak dengan marah, "Kamu semua ini cuba untuk memulakan rusuhan ke dengan berkumpul di sini?"

200 tentera melindungi Chu Qiao, namun kebanyakan mereka telah tercedera, dengan salah seorang daripada mereka yang mempunyai sebatang anak panah yang menembusi dadanya, tetapi pemuda itu masih berdiri. Dia memegang lembing dan berdiri tegak, menggunakan badannya untuk melindungi Chu Qiao dari anak panah.

"Putera Mahkota dah ditipu oleh orang jahat ini yang menyebabkan dia melindungi Yan Bei. Kita ini askar Tang, pasukan perjuangan negara! Kita tidak boleh duduk dan lihat saja negara kita terima penghinaan sebegitu dan biarkan lelaki tak guna itu berjalan bebas! "

Suara yang tidak diketahui kedengaran dari orang ramai. Para askar yang telah mula bertenang sedikit kini kembali teruja lagi, lantas ereka menjerit, "Betul itu, kita tak boleh biarkan dia pergi begitu saja!"

"Putera itu pun gatal. Mesti dia dah ditipu oleh betina jahanam ini!"

"Pemberontak Yan Bei! Kau dah berani nak hina Empayar Tang! Kau layak mati!"

"Bunuh dia!"

Apabila angin bertiup, pandangan anak mata khalayak ramai terus bertukar kejam dan berbaur membunuh. Chu Qiao sedar pada masa ini, apa sahaja yang dikatakannya tidak akan berguna lagi. Kemarahan para askar itu cukup untuk membinasakan segala-galanya, wanita ini sendiri telah melihatnya dalam pertempuran barat laut dan di Bandar Zhen Huang tidak lama dahulu, lantas dia pun menyeru kepada Tie You dengan lantang, namun pemuda itu sekali pun tidak menoleh. Suaranya yang lantang itu kedengaran lemah di sebalik suara-suara lebih lantang dari orang ramai.

"Pergi! Cari Li Ce, hanya dia saja yang boleh membetulkan keadaan ini!" Tie You langsung tidak menoleh, namun keazaman seorang askar amat ketara dalam suaranya. Pada masa ini, dia bukan lagi seorang bapa muda yang tersenyum apabila mengingati anak perempuannya, dia kini seorang askar yang berazam kental. Dia pun menjawab sepatah demi sepatah, "Putera Mahkota perintahkan saya supaya melindungi Cik."

"Kalian, serang! Kita ini bukan pemberontak! Kita hanya nak melindungi kehormatan negara kita! Kita akan melakar sejarah! Keturunan kita akan menghakimi kita dengan adil. Tindakan kita hari ini amat bersejarah! Kami akan tumpahkan darah kami untuk membuktikan kesetiaan kami sebagai seorang askar!"

Bunyi swoosh tajam tiba-tiba bergema bersama dengan jeritan yang kedengaran lantang di udara. Anak rambut Tie You berdiri tegak, dan dia pun mengeluarkan sebuah jeritan seperti seekor singa! Dia menikam pedangnya yang lantas menjadi seakan-akan sebuah bayangan hitam dengan gerakan pantasnya dan dalam sekejap mata sahaja dia mampu melompat ke arah askar dari Pasukan Kem Utara itu dan mula menikam, menyebabkan darah memercik dan membentuk separuh bulatan. Tie You bagaikan seekor binatang yang melolong dalam hujan lebat, memegang pedangnya dengan sebelah tangan manakala tangan sebelah lagi mengangkat seorang askar muda dari Pasukan Kem Utara ke atas kepalanya!

"Kalau kau nak bercakap, kenapa tak cakap terang-terang saja? Kenapa kau kena bersembunyi di sebalik orang lain?"

Tie You lantas melemparkan pemuda itu ke tanah yang menyebabkan debu berterbangan di sekeliling mereka, dan dia pun mengambil beberapa langkah ke hadapan dan menatap mata pemuda di atas tanah itu dengan tajam dan bertanya. "Siapa kau? Kau seorang askar dari Pasukan Kem Utara ke? Aku pun dari Pasukan Kem Utara, kenapa aku tak pernah nampak kau sebelum ini?"

Pemuda itu pun berundur dalam ketakutan dan berkata dengan tergesa-gesa, "Komander, apa yang awak cuba lakukan ini? Awak boleh lupakan saya, tapi awak tak boleh lupakan dunia awak."

"Aku tanya, kau ini siapa?"

"Haha," Pemuda itu tiba-tiba tertawa. "Komander, awak seorang askar dari Tang. Kenapa awak tak tangkap pemberontak yang sedang menentang kami? Kenapa asyik bertanya tentang siapa saya? Awak tak tahu mengenai keutamaan awak ke? Saya seorang askar biasa, saya tidak ada apa-apa kelebihan ataupun kemahiran hebat seperti Komander, atau status awak! Walau bagaimanapun, saya ada ciri-ciri seorang askar dengan hati patriotik! "

Tie You merangkul kolar lelaki dengan marah. "Kamu bukan dari Tang, kamu dari Xia, kan! Apa motif kau? Sengaja nak mencetuskan peperangan?"

"Jeneral Tie You!" Lelaki itu bermata merah, meninggikan suaranya dan berkata, "Awak pernah menjadi kebanggaan di Kem Utara dulu, awak pernah menjadi idola kita! Apa yang telah berlaku kepada awak sekarang ini? Awak ikutkan sangat kata Putera Mahkota itu, buta terhadap segala kesalahan dia dan dah benarkan Tuan Putera untuk mengabaikan kepentingan negara sekaligus menghina seluruh empayar Tang! Mana hati seorang askar seperti awak? Hati nurani awak dah dimakan anjing, ya?"

Angin bertiup dengan kuat yang menyebabkan matahari seakan menjadi sejuk. Orang ramai mula membuat bising dengan banyak jeritan dan bunyi yang bergema di kawasan sekeliling. Mata Tie You mula memerah dengan kemarahan, lantas dia pun berisytihar, "Aku akan bunuh kau kalau kau terus bercakapi!"

"Bunuhlah!" Lelaki itu langsung tidak mengendahkan kata-kata pemuda itu, lantas mengangkat tangannya ke arah tentera-tentera Pasukan Kem Utara sambil berkata, "Kalau dengan membunuh saya bermakna ia dapat menyemarakkan semangat rakyat-rakyat Tang, saya akan mati tanpa sebarang penyesalan! Para nenek-moyang, Maharaja Wu, Wali Xuan, Jeneral Gao Lie, Raja Ling, mereka semua sedang memandang kami! Daulat Tuanku! " Menamatkan kata-kata terakhirnya, lelaki itu pun terus membunuh dirinya dengan pedang Tie You!

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus terkejut apabila pedang sejuk milik Tie You itu yang terus membelah tekak lelaki tersebut dan lantas darah mula terpercik keluar ke tanah. Tie You terkejut, mengambil beberapa langkah ke belakang dan membiarkan jenazah terkulai layu ke lantai Dataran Mawar.

Tubuh lelaki itu tidak dapat menyentuh lantai apabila tubuhnya masih tergantung disokong sarung pedang, tidak dapat bercakap walaupun telah mencuba sedaya upayanya. Darah pun terpercik keluar dari mulutnya lantas mencemari perisai badan peraknya di hadapan dadanya dan bunga mawar perak mekar yang diukir pada perisai tersebut terasa seolah-olah ia mampu memberikan sebuah aura yang mengerikan.

Di belakang khalayak ramai, Chu Qiao menutup matanya dengan perlahan, sedar semuanya sudah terlambat.

"Bunuh dia!" Suara yang tidak dikenali tiba-tiba bergema kuat. Kemarahan orang ramai dirasakan bagaikan air yang mengalir dari empangan yang runtuh, lantas sedang meluru ke arahnya!

"Tie You! Pergi! Cari Li Ce!"

Tie You memegang pedangnya dengan tegak dan meludah keluar darah. Dia berkata dengan suara yang rendah, "Putera Mahkota dah perintahkan saya untuk melindungi Cik."

Chu Qiao mengeluarkan pedang dari salah seorangpengawal empayar yang telah mati dan merenung ke arah askar yang menghampirinya dengan dingin. Dengan perlahan, dia berkata, "Baiklah, mari kita bertarung bersama-sama!"

"Haha! Bertarung bersama jeneral terkenal Xia, saya memang takkan menyesal walaupun saya mati!"

Jejak langkah mereka memekakkan telinga apabila askar-askar muda mengeluarkan laungan peperangan yang amat kuat. Walaupun kekuatan musuh bertentangan dengan mereka hanya lebih kurang dua ratus sahaja, namun mereka bertindak seolah-olah mereka berada di medan perang di barat laut, atau di Liaodong. Perisai badan perak mereka menyelubungi seluruh Dataran Mawar apabila mereka meraih pedang mereka serta meluru ke hadapan lantas menjadikan tanah bergegar di bawah kaki mereka. Tentera itu seperti gunung yang tinggi, menelan segala-gala yang berada dalam laluannya.

Tie You berbadan tegap dan berdiri tegak. Dia telah menyertai tentera pada usia empat belas tahun dan mengambil bahagian dalam pertempuran untuk mempertahankan Liaodong dan membasmi pemberontak di Nanqiu. Dia juga telah bertindak sebagai askar peninjauan yang terlibat dalam perjalanan beribu-ribu batu untuk menyampai berita tentang peperangan tentera, dikenali sebagai idola dan contoh yang baik kepada tentara Tang. Saat ini, dia berdiri di sana sendirian menyerupai sebilah pisau yang tajam, semua orang percaya bahawa apa-apa yang berdepan dengannya akan dimusnahkan!

"Demi kemuliaan empayar maharaja!" Pasukan Kem Utara menyeru dan lantas para askar menyerang ke depan seperti air yang deras!

Tiba-tiba, percikan darah boleh dilihat terpercik berterbangan di udara! Dengan ayunan lengannya, tiga kepala terbang melayang ke udara dan akhirnya jatuh ke tanah seperti tiga bigi kubis, dan terlenyak di bawah tapak kaki askar yang menyerang! Kedua-dua pasukan tentera tersebut bertembung, menyerupai dua tsunami yang bertemu antara satu sama lain. Gelombang darah terus terlempar di udara dengan bunyi senjata yang memekakkan yang juga bergema di udara. 200 pengawal peribadi berdiri tegak dalam sebarisan dalam posisi pertahanan mereka.

Walaupun Pasukan Kem Utara mempunyai lebih orang askar, namun mereka sedang berdiri di atas tangga batu dan kurang dari sepuluh peratus daripada mereka yang berada di tapak dataran yang terletak tinggi. Mereka berlari ke arah platform itu tetapi langsung tidak berkuasa untuk menghentikan tentera yang diketuai oleh Tie You itu.

Barisan pertama, barisan kedua, barisan ketiga, barisan keempat... Kesemua barisan tentera tersebut jatuh dengan berturut-turut. Mata muda mereka masih lagi terus bersemangat dan dipenuhi dengan darah mereka. Tentera Tie You yang sedang berhadapan dengan rakan seperjuangan mereka sendiri terus mula merasa sedih. Ada sesetengah daripada mereka yang tidak mahu membunuh lagi, ada juga yang teragak-agak, dan yang lain berteriak, "Jangan naik, jangan naik!" Walau bagaimanapun, dalam saat mereka teragak-agak, pedang telah ditikam ke dalam kerongkong pihak musuh, dan kepala mereka dipenggal oleh rakan-rakan mereka sendiri.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C137
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión