Descargar la aplicación
29.45% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 86: Bab 86

Capítulo 86: Bab 86

Editor: EndlessFantasy Translation

Penasihat ketenteraan yang arif itu mengeluh perlahan. "Memori Tuanku sememangnya manis belaka, tapi Yan Bei sekarang bukanlah seperti yang ada dalam memori Tuanku."

"Betul itu, ramai orang yang dikenali sekarang ini sudah tiada." Anak mata Yan Xun merenung tajam ke dalam kegelapan malam, rambutnya yang panjang itu dibiar lepas untuk dihembus angin malam.

"Saya masih ingat dengan jelas ketika saya meninggalkan bandar ini semasa saya sembilan tahun. Pada masa itu, ibu negara maharaja telah memerintahkan supaya semua keluarga berpengaruh untuk menghantar seorang anak lelaki mereka untuk ke Ibu Negara sebagai tanda taat setia kepada Maharaja. Tetapi keluarga maharaja langsung tak menerima khabar berita daripada sesiapa dan Tuan Jing dengan terbukanya membantah perintah tersebut. Suatu hari, maharaja menghantar surat kepada ayahanda dan selepas membaca surat itu, ayahanda terdiam buat masa yang sangat lama dan akhirnya bertanya saya dan abang-abang saya, 'Siapa yang mahu ke ibu negara maharaja? Setahun pun dah cukup dan selepas itu kamu akan pulang ke Yan Bei, dan siapa yang pergi akan menjadi waris kepada takhta Yan Bei.' Tiada siapa yang mahu pergi, tiada siapa yang mengendahkan takhta Yan Bei itu. Pada masa itu, abang sulung dah matang sikit, jadi dia bertanya kepada ayahanda, 'Ayahanda, bukan ke ayah adik-beradik dengan Maharaja? Kenapa Maharaja nak berasa sangsi terhadap ayahanda?' Ayahanda terdiam sekali lagi, sebelum melihat ke dalam anak mata kami semua dan berkata dengan penuh kesungguhan, 'Sebab kita adik beradiklah ayahanda kena ikut kata-katanya sebab kalau ayahanda tak menolongnya dan tak dengar perintahnya, siapa lagi yang akan ikut?' Dan pada hari itu, saya mengambil keputusan untuk menuju ke ibu negara maharaja. Dia ayahanda saya, kalau saya tak menolongnya, siapa lagi yang akan melakukannya?"

Yan Xun tersenyum kelat, namun anak matanya dipenuhi dengan kelembutan yang berbaur dengan perasaan rindu. Riak wajah sebegitu hanya boleh dilihat dari wajah orang-orang tua yang telah mengharungi banyak kesusahan hidup.

"Perjalanan ke ibu negara maharaja sememangnya penuh dengan kebimbangan, dan abang sulung dan abang ketiga telah menawarkan diri mereka juga kerana mahu menolong ayahanda, namun memandangkan mereka sudah mempunyai tanggungjawab dalam pentadbiran negara, ayahanda hanya menghantar saya seorang saja. Pada hari dimana saya berlepas, mereka terus mengekori belakang gerabak kuda saya, sehinggalah ke Permatang Zhui Ma, Daerah Liuhe, Xi Ma Liang, dan akhirnya ke Cenuram Bie Ya ini. Ayahanda, abang sulung, kakak kedua, dan abang ketiga semuanya berdiri di sini bersama tentera besar milik Yan Bei dengan bendera singa keemasan milik ayahanda berkibar megah di angkasa dan apabila saya menoleh ke belakang, saya masih boleh melihat kakak kedua mengelap mukanya dengan senyap, dan abang ketiga yang sedang terjerit-jerit menasihati saya untuk berhati-hati. Abang pertama mengatakan ibu negara maharaja akan menjadi lebih sejuk daripada Yan Bei, jadi dia sendiri telah membina sepasang pemanas tangan untuk saya. Saya guna pemanas tangan itu selama lima tahun, sehinggalah ia berderai disebabkan oleh seorang pegawai dari ibu negara pada hari berita buruk itu sampai kepada saya." Yan Xun tersengih dan menyambung dengan suara tanpa emosinya itu, "Cenuram inilah yang menandakan hari di mana takdir kita menyimpang jauh buat selamanya." Yan Xun beralih, dan berkata sambil berdekah perlahan, "Encik, awak dah dihantar ke sini sebab risau saya akan menyeksa Garison Utusan Barat Daya, kan?"

Wu Daoya terkejut akibat pertukaran topik yang berlaku dengan serta-merta itu dan mengukir senyuman di wajah sambil menggelengkan kepalanya, "Tak adalah, itu mesti imaginasi tuan saja itu."

"Haha, awak ini betul-betul tak jujur." Ketawa Yan Xun. "Mesti itu yang awak fikirkan. Tapi selepas awak datang ke sini, awak terdengar daripada saya yang Ah Chu sedang mengetuai garison tersebut jadi awak langsung tidak berasa risau lagi dan mengambil keputusan untuk tidak mengungkit hal itu langsung, betul?"

Sebelum Wu Daoya dapat membalas, Yan Xun telah memotongnya, "Memang saya nak bunuh mereka semua itu. Pada ketika itu saya dah tinggalkan ibu negara dan mengharapkan dua perkara, iaitu mereka akan melengahkan pihak musuh dan juga mereka akan mati dimakan bumi juga. Tapi, Ah Chu dah selamatkan mereka, mereka patut berasa bernasib baik."

Setelah mendengar itu, Wu Daoya tersenyum lebar dan membalas, "Tuan muda ini baik hati sangat dan sungguh matang. Memang Yan Bei bernasib baik kerana mempunyai raja seperti tuan."

"Cukuplah dengan puji-pujian itu, saya tahu awak tak berasa sebegitu. Awak pun tahu kebencian saya terhadap Garison Utusan Barat Daya ini, dan saya hanya mampu bertolak ansur kerana saya dah tak dapat berbuat apa-apa. Kalau Ah Chu tahu yang saya bunuh pasukan yang diselamatkan olehnya dengan bersusah-payah, dia pasti akan bunuh saya."

Wu Daoya tidak mampu bertahan dari mengukir sebuah senyuman apabila terdengar nama gadis yang kecil namun degil itu, dan dia menyambung, "Berdasarkan personaliti diri gadis itu, saya tak terkejut kalau itu yang akan dilakukannya."

"Tapi kalau begitu, mereka yang mati di Yan Bei takkan dapat bersemadi dengan tenang," Kata Yan Xun.

Nada suaranya kedengaran sungguh bersahaja, seolah-olah dia sedang menceritakan tentang cuaca yang baik pada malam itu namun apabila Wu Daoya mendengar apa yang diujarkan Yan Xun, dia terus terpaku. Ayat yang sungguh bersahaja ini berbaur dengan kebencian yang tidak terhingga oleh Yan Xun, terus Wu Daoya memberi alasan, "Tuan muda, walaupun dulu ada keraguan yang Garison Barat Daya telah berpaling tadah, tapi sekarang pegawai-pegawai itu semuanya dah tak berkhidmat lagi dalam pasukan, jadi…"

"Menyertai pasukan sebegitu pun dah dikira mengkhianati Yan Bei!" Ujar Raja Muda tersebut, "Bertahun-tahun dulu, Garison Utusan Barat Daya berpaling tadah betul-betul sebelum pertempuran berlaku, yang menyebabkan kekalahan teruk yang menimpa ayahanda. Walaupun orang-orang yang bertanggungjawab itu dah mati dibunuh oleh Kesatuan Da Tong, tapi sekarang ini masih ramai yang menyertai pasukan tentera yang hina itu jadi itu pun dah dikira sebagai penghinaan kepada Yan Bei dan juga pengkhianatan kepada Keluarga Yan!"

Angin mula menjadi lebih kencang dan bendera helang hitam itu pun berkibaran di langit malam di bawah cahaya bulan, wajah Yan Xun masih kelihatan dingin membeku, lantas berkata suram, "Pengkhianatan itu kesalahan yang paling besar, dan takkan boleh dapat dimaafkan! Mungkin ada sesetengah langkah yang diambil kerana mereka telah dipaksa oleh pentadbiran kejam Empayar Xia, tapi saya masih harus menerangkan kepada rakyat Yan Bei dengan jelas! Apa-apa pun sebab awak, pengkhianatan harus dibayar dengan hukuman mati. Kalau saya mengampunkan Garison Utusan Barat Daya hari ini, esok akan ada sebuah kumpulan tentera lagi, dan sebuah lagi, dan seribu kumpulan lagi! Kalau itu berlaku, Yan Bei terpaksa mengharungi takdir yang sama seperti dulu! Sekarang, walaupun mereka mampu terlepas daripada perangkap kematian yang saya dah siapkan untuk mereka, mereka masih harus menerima padahnya! Arahkan mereka untuk ke sempadan Barat Laut dan letakkan mereka dalam barisan hadapan kumpulan tentera sebaik saja mereka pulang ke sini."

Wu Daoya telah memakai kerutan yang panjang apabila Yan Xun menghabiskan perintahnya. Barisan hadapan di sempadan barat laut boleh dikira sebarang hukuman bunuh dalam samaran. Oleh kerana populasi Yan Bei yang kecil, ia sering diserang oleh bala tentera milik Quan Rong, dan ramai rakyat yang ditangkap melakukan kesalahan besar telah dihantar ke pasukan barisan hadapan untuk bertempur dengan tentera Quan Rong tanpa sebarang penambahan bekalan mahupun sebarang bantuan, dan kadangkala tanpa sebarang senjata pun. Kematian sahaja haluan terakhir buat mereka.

"Xiaoqiao takkan bersetuju dengan keputusan itu."

"Dia takkan dapat tahu," Raja Yan Bei itu berkata, "Ah Chu itu nampak saja seperti keras kepala, namun hatinya sangat lembut. Dia tak suka membunuh orang dengan sewenang-wenangnya, walaupun sedang bertempur dengan musuh jadi saya tak mahu dia tahu mengenai perkara-perkara sebegini. Saya pasti mereka yang lain yang mengetahui perihal ini pun akan membiarkan Ah Chu keseorangan."

Wu Daoya pasti ayat Yan Xun ini penuh berbaur dengan amaran supaya dia tidak berkata apa-apa kepada Chu Qiao, dan lantas lelaki itu mengeluh, sudah berputus asa untuk memujuk raja itu. Tiba-tiba, tapak kaki kedengaran semakin mendekati mereka dan Ah Jing muncul dan berkata setelah menunduk hormat, "Tuanku, dah masa untuk makan ubat."

Yan Xun mengambil mangkuk dari dulang yang ditatah Ah Jing dan menelan terus ubat cecair yang berada di dalam mangkuk tersebut, dengan sedikit ubat cecair berwarna hitam itu yang mengalir keluar dari hujung bibirnya namun dilap pantas oleh Yan Xun dengan menggunakan sehelai sapu tangan, menyambung katanya dengan suram, "Encik Wu, jangan selalu fikir cara untuk memuaskan hati rakyat jelata. Kalau nak dibandingkan reputasi, sepuluh Empayar Xia pun takkan mampu nak menandingi reputasi Kesatuan Da Tong di dalam hati rakyat jelata tapi walaupun Da Tong dah wujud dalam benua Meng Barat ini selama beratus-ratus tahun, tapi ia masih lagi sebuah organisasi dan bukannya negara yang memerintah dan sebab mengapa Empayar Xia mampu menguasai negara ini bukanlah sebab rakyatnya, tetapi sebab pedang di tangan mereka."

"Saya faham."

Yan Xun tersengih, "Betul ke awak faham?"

Wu Daoya tidak terasa seperti mahu memanjangkan cerita jadi dia memutuskan untuk menukar topik perbualan, "Tuan, malam dah semakin lewat ini. Kalau Chu Qiao masih belum sampai, kita akan…"

"Saya akan menuju ke Daerah Liuhe untuk mengubati kecederaan saya. Awak dah ulang perkara itu seratus tahun." Yan Xun berkerut dengan rasa jengkel, dan lantas berpusing sebelum merenung laluan yang tidak berpenghuni di hadapannya. "Dia pasti akan datang!"

Seperti yang disangka Yan Xun, Garison Utusan Barat Daya berada dalam lingkungan seratus batu daripada Xi Ma Liang. Pahlawan garison itu melibas cemeti kuda mereka semasa merentasi kawasan yang gelap gelita itu!

Pasukan tentera itu berehat di kaki pergunungan Bai Shi lebih kurang pada waktu tengah malam apabila langit mula menghitam. Chu Qiao yang masih berada dalam keadaan peka dan berjaga-jaga itu telah menghantar 30 orang peninjau untuk memeriksa Xi Ma Liang untuk mencari kesan tentera Yan Bei ataupun pihak musuh. Pasukan tentera yang mempunyai lebih daripada 4000 orang askar itu terduduk di atas tanah, menubuhkan unggun api, dan mengunyah rangsum kering sambil menunggu kepulangan peninjau-peninjau tersebut.

Hujan telah membasahi bumi selama beberapa hari yang lepas, jadi rumput masih lagi lembap dan berlumpur. He Xiao membawa sehelai karpet kecil dan tergesa-gesa memberikannya kepada Chu Qiao. "Cik, sila duduk di atas ini, tanah ini basah dan sejuk."

"Terima kasih," Chu Qiao membalas sambil tersenyum kepadanya. "Jeneral He, awak dah makan ke?"

He Xiao melabuhkan punggungnya di atas tanah, dan membalas sugul, "Tak selera saya nak makan, Cik."

Wanita muda itu meraih keningnya dan bertanya, "Apa terjadi? Apa yang bermain dalam fikiran awak?"

He Xiao berfikir sejenak, mengumpul segala keberanian dalam diri untuk mengutarakan kebimbangannya, "Cik, betul ke Tuanku akan ampunkan kita? Betul ke Yan Bei akan memberi kebenaran kepada Garison Utusan Barat Daya untuk terus hidup?"

"Jeneral He, awak tak percayakan saya ke?"

He Xiao menggeleng kepalanya dengan janggal. "Seluruh pasukan kami amat berterima kasih kepada Cik. Tanpa Cik, saya pasti kami semua dah lama mati. Manalah saya boleh meragui Cik."

"Jadi, tolonglah percaya pada saya. Saya berjanji yang saya akan pastikan keselamatan semua askar dalam Garison Utusan Barat Daya, dan saya akan pastikan itu terjamin. Saya pasti Yan Xun takkan mengulangi kesilapan lalu, dan mengampunkan kesalahan-kesalahan lama." Wanita muda itu membalas dengan bersungguh-sungguh, dan menyambung, "Yan Bei sekarang ini dalam mara bahaya yang sangat besar. Kita hanya akan dapat berjaya kalau kita bersatu hati saja."

"Cik…"

"Jeneral He, semua orang ada perkara yang gila dan juga degil yang bermain dalam minda mereka, dan kadang-kadang perkara gila itu akan direalisasikan. Selepas Garison Utusan Barat Daya berpaling tadah terhadap Yan Bei, awak semua dipaksa untuk masuk ke dalam pasukan mereka dan bertempur di bawah bendera yang sama selama bertahun-tahun, dan itulah kejatuhan awak. Dulu, semua salah faham yang berlaku itu berpunca daripada kelemahan awak yang tak dapat meraih penghormatan daripada orang ramai. Tapi sekarang perkara dah berubah. Awak semua dapat melarikan diri dari pengepungan di Bandar Zhen Huang, dan dapat berkeliaran di seluruh benua Barat Laut dengan senang hati tanpa ada sesiapa yang berani untuk menghalang awak. Awak dah menyumbang darah, tenaga, dan nyawa demi kemerdekaan Yan Bei. Jeneral He, sebagai manusia, pertama sekali awak kena hormati diri awak sendiri sebelum orang lain boleh menghormati awak. Tak kira apa pun yang dikata pegawai di Yan Bei atau jeneral di Da Tong, atau apa yang Yan Xun cakap sekalipun, pertama sekali awak kena percaya akan masa depan awak! Awak ketua pasukan tentera ini dan hanya apabila awak dapat mempertahankan diri awak atas apa yang mereka kata, barulah orang-orang bawahan awak dapat ikut!"

Wajah He Xiao sudah kemerahan dek malu. Setelah Chu Qiao menghabiskan ayatnya, He Xiao melutut dan memaklumkan, "Cik, kami semua dah berbincang! Kami hanya akan pulang ke Yan Bei tanpa sebarang rasa bimbang kalau Cik jadi ketua kami!"

Terpaku, Chu Qiao berdiri dengan segera. "Apa yang awak buat ini? Bangunlah, cepat!"

"Cik, tolong jadi ketua kami!" Dengan itu, ramai yang mengulangi ayat He Xiao berkali-kali. Meraih kepalanya, Chu Qiao melihat ramai askar di hadapannya itu sudah berdiri. Mereka semua yang amat tenang berhadapan dengan pihak musuh yang terhebat ini kini tiba-tiba berasa tegang apabila berbincang mengenai kepulangan mereka ke tanah air. Dengan wajah yang sugul, baju yang berdarah, dan sambil memegang pedang, mereka merenung wanita muda yang kecil molek di hadapan mereka ini dengan pandangan yang penuh dengan harapan dan juga kepercayaan.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C86
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión