Descargar la aplicación
23.97% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 70: Bab 70

Capítulo 70: Bab 70

Editor: EndlessFantasy Translation

"Awak berani nak menuduh saya, jadi apa keterangan yang saya boleh dapat daripada ini?" Desis Muhe Nayun dan lantas dia membalas sekali lagi dengan perlahan, "Kalau awak nak, awak boleh usulkan perkara ini kepada Maharaja. Dengan kebijaksanaan beliau, pasti beliau boleh menilai dengan adil."

"Tapi saya masih mahukan penjelasan daripada Saudari," Cik Puan Shu berkata.

Memusingkan badannya perlahan, renungan mata Muhe Nayun yang sememangnya tajam itu terus tertumpu kepada Cik Puan Yu yang sedang memancarkan aura elegen dan juga darah kerabatnya, terus membalas dengan sombong, "Kalau saya jadi awak, saya takkan buat perkara itu pada hari ini."

Cik Puan Shu yang sememangnya tidak menjangkakan ayat itu terus terpana akibat terkejut.

Muhe Nayun menyambung untuk berbicara, "Wanita-wanita di istana dinilai pertama sekali dari segi keturunannya, yang kedua dari segi belas kasihan Maharaja, dan yang terakhir sekali dari zuriatnya. Cik Puan Yu, kita berdua memasuki istana dalam tahun yang sama dan bermula dari pangkat orang gaji yang paling rendah sekali pun bersama-sama. Dari segala aspek, awak dengan saya sama saja, tapi kenapa saya boleh menjadi Maharani selama sepuluh tahun ini, dan awak masih lagi jadi gundik sampai sekarang ini? Awak pernah fikir sebabnya?"

Raut wajah Cik Puan Yu membeku tanpa segelumit pun senyuman yang terpancar di mukanya. Muhe Nayun menyambung, "Sebabnya awak itu bodoh. Bergaduh sana-sini mengenai perkara yang kecil, awak ada wawasan yang singkat dan hanyalah sombong sebab nak puaskan ego awak sendiri. Kesudahannya awak tak mampu nak capai apa-apa yang menakjubkan. Awak hanya bernasib baik untuk dilahirkan di dalam keluarga yang baik dengan tuan-tuan terhormat yang berpengaruh."

"Beraninya awak ni!" Seorang gaji milik Cik Puan Yu berkata lantang.

Menengking kembali, "Beraninya aku? Beraninya kau! Puan Maharani sedang bercakap dengan Cik Puan kau. Sejak bila kau orang gaji yang lemah ada hak untuk bersuara?"

"Keluarga Muhe dah pun jatuh. Kalau saya jadi awak, saya takkan berdiri di sini sekarang ini. Awak tak rasa yang orang daripada istana Lan Xuan itu lebih berbahaya daripada saya ke?"

Muhe Nayun tersengih, "Awak rasa yang Maharaja masih lagi akan melayan kerenah puak Wei untuk menjadi pengganti keluarga Muhe yang seterusnya ke? Walaupun keluarga Muhe dah jatuh, tapi saya masih lagi orang yang terbaik untuk mengimbangkan kembali kuasa semua orang di dalam keluarga itu. Awak tak mungkin akan jadi Maharani dalam kehidupan ini sebab tak kiralah betapa berpengaruhnya keluarga Wei di luar istana, awak masih lagi hanya seorang gundik dalam Empayar Xia ini. Saya nasihatkan yang awak pergilah belajar adab dan sopan-santun, belajar bila nak menyerang dan bila nak diam, dan juga belajar tentang asas sistem hierarki. Maharani kepada Empayar Xia hanyalah saya, Muhe Nayun, seorang dan perkara ini akan tetap menjadi benar tak kira apa yang berlaku pada masa dulu, sekarang, dan juga pada masa akan datang. Awak? Jangan haraplah."

Angin menghembus dan lantas menyelak hujung pakaian Muhe Nayun yang mempunyai raut wajah yang penuh dengan kebanggaan dan juga keyakinan, dengan rambut hitamnya yang ikal mayang bagaikan air terjun. Dia kelihatan lebih kurang berumur tiga puluh tahun, dan tingkah lakunya mempunyai setiap bait keelegenan dan juga kemartabatan.

Cik Puan Yu tercegat di atas lantai sementara merenung tajam kelibat Muhe Nayun yang semakin menjauhinya dengan wajah yang suram. Apabila dia ingin memalingkan badannya untuk beredar, dia ternampak hamba yang baru saja bersujud hormat kepada Maharani sebentar tadi. "Bawa dia pergi dan penggal kepalanya."

"Cik Puan! Selamatkan saya!" Terkejut, hamba tersebut terjatuh ke atas tanah sekali lagi dan bersujud sambil berlaung.

Namun Cik Puan Yu meluru keluar dari perkarangan istana tersebut tanpa sekali pun menoleh ke belakang dan koridor tersebut kembali menjadi tenang dan sepi, dengan burung-burung pipit yang sedang mecicit dan juga tasik menghijau yang memantulkan cahaya mentari lembut.

Bilik tersebut menjadi terang-benderang setelah pintu dibuka, Chu Qiao mengecilkan matanya apabila merenung pemuda kurus dan tinggi namun tegap yang berada disebelahnya itu. Pemuda itu sedang memakai pakaian serba merah gelap bersulamkan burung helang berwarna hitam. Renungan matanya tajam dan bibirnya merah menyala, lantas menoleh wajahnya kepada gadis itu.

Angin sejuk menghembusi ruang di antara mereka dan lantas mendinginkan suasana, dengan pandangan mata pemuda itu yang masih tajam tanpa mempamerkan sebarang emosi. Sudah menjadi kebiasaan bagi pemuda itu untuk menampilkan raut wajah yang membatu bagaikan sebuah patung. Chu Qiao berundur dua langkah ke belakang, sambil merenung kosong pemuda itu seolah-olah dia langsung tidak mengingati pemuda tersebut.

Angin musim bunga yang bertiup telah menerbangkan banyak habuk yang terlantar di atas tanah sambil kedua-dua remaja itu mengalihkan pandangan mereka ke arah yang berlainan secara serentak dan lantas merenung ke awanan, langsung tidak menghiraukan sesama sendiri walaupun kedua bahu mereka bersentuhan. Sejak dari dulu lagi mereka tidak pernah melalui perjalanan kehidupan yang sama dengan takdir yang seolah-olah menyindir mereka dengan menemukan kedua-dua orang remaja ini di dalam banyak kejadian, namun pertemuan-pertemuan tersebut semuanya singkat tanpa sebarang penghabisan yang baik. Talian kehidupan mereka akan terus meluru merentasi sesama sendiri tanpa sekalipun bertembung bagaikan komet di angkasa.

Sementara itu, pakaian serba merah gelap terus berkepak-kepak di dalam hutan tebal. "Tuan, segalanya dah siap," Seorang hamba melangkah ke hadapan dan memberitahunya dengan senyap. Zhuge Yue mengerutkan dahinya sedikit namun berasa ragu-ragu untuk berkata. Cuaca di luar tidaklah begitu panas, tetapi hamba tersebut begitu cemas untuk mengharapkan sebarang pengiktirafan yang dia telah didengari tuannya itu, mula untuk berpeluh dengan pesat. Setelah dua minit berlalu, Zhuge Yue mengangguk dan berkata, "Pergilah."

Bau darah yang hanyir memenuhi setiap rongga udara di dalam istana Sheng Jing di dalam angin yang sejuk itu dan ramai yang berkeliaran di sekeliling Chu Qiao semasa gadis itu tiba di dewan hadapan. Dataran tersebut dipenuhi dengan bunga echinasea berwarna ungu, dengan Yan Xun yang sedang berdiri tegak menunggu kehadiran gadis itu dari kejauhan. Chu Qiao mempercepatkan langkahnya apabila melihat Yan Xun yang lantas mengukir sebuah senyuman di wajah setelah melihat gadis itu juga dan melangkah ke arahnya.

"Qiaoqiao!" Li Ce juga berada berdekatan dengan gadis itu. Memakai jubah mandarin berwarna merah terang, dia melambai bersungguh-sungguh ke arah Chu Qiao namun sebelum gadis itu sempat mempamerkan riak wajah menyampah miliknya itu, satu deringan jam berlaung lantang dan setiap kepala yang berada di dataran itu diraih dengan terkejut dan khuatir, merenung ke arah istana Xie Fang.

"Pembunuh upahan! Maharani dah mati!" Suara sida-sida yang lantang berbaur rasa sedih itu berdengung di udara dan lantas wajah semua orang bertukar menjadi pucat lesi dengan beberapa orang gaji berpakaian tentera berwarna hitam yang sedang meluru keluar dari perkarangan istana tersebut bagaikan sebuah tsunami ke arah tempat kejadian. Senyap sepi akibat berita yang mengejutkan itu hanya seketika sebelum bunyi teriakan bergema di sekitar istana Sheng Jin.

"Maharani Muhe Nayun, yang dilahirkan daripada keluarga yang suatu ketika dahulu paling berpengaruh di dalam Empayar ini, Keluarga Muhe, menetap di istana bermula dari umurnya 13 tahun. Dia menaiki takhta Maharani apabila berumur 30 tahun. Sebagai pengawas Setem Phoenix untuk sepuluh tahun, beliau mampu untuk mengawal enam buah istana. Hanya patuh kepada Maharaja, tiada siapa yang mampu menolak perintahnya," Sida-sida itu berkata.

Raut wajah Chu Qiao pucat bagaikan baru sahaja ternampak hantu, dan lantas berpaling untuk melihat raut wajah Yan Xun yang mempamerkan reaksi yang sama sepertinya. Pada ketika ini, istana yang dipersoalkan ialah istana yang baru sahaja dilintasi gadis itu dan jika pembunuhan tersebut berlaku beberapa minit lebih awal, Chu Qiao pasti tidak akan berdiri di sini dengan jantung yang masih berdegup!

Loceng kematian dibunyikan, sekali, dan diikuti dengan sembilan deringan pantas namun ia terasa memakan masa yang lama. Semua yang sedang berjalan mahupun berdiri, tidak kira sama ada tentera mahupun orang gaji, sida-sida mahupun pegawai terhormat, semua orang menoleh ke arah Harem Maharaja dan meniarap, meninggalkan istana dalaman untuk menjadi senyap sepi, sehingga bunyi perbualan dari dewan hadapan pun langsung tidak dapat didengari. Deringan berhenti buat seketika sebelum diteruskan dan kini ia berbunyi lebih kuat dari sebelumnya. Kemudian, seorang, dua orang, sepuluh orang, kemudian seratus orang dan seribu orang melutut ke atas tanah untuk bersujud hormat ke arah istana Xie Fang.

Mulut Chu Qiao dingangakan, namun tiada sepatah kata pun yang mampu terkeluar dari mulutnya. Fikirannya hanya mampu mempamerkan wajah wanita berkuku besi dari keluarga Muhe yang megah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Maharani dan menguasai separuh daripada Empayar Xia selama sepuluh tahun, masih mengingati bait-bait kata yang ditinggalkan wanita tersebut: Maharani kepada Empayar Xia hanyalah saya, Muhe Nayun, seorang dan perkara ini akan tetap menjadi benar tak kira apa yang berlaku pada masa dulu, sekarang, dan juga pada masa akan datang. Ayat ini masih bergaung di telinganya namun tiada sesiapa yang melaungkannya. Kuasa sakti yang berbahaya apakah yang disembunyikan di dalam istana mewah ini?

Bunyi tangisan yang kuat datang daripada luar pintu gerbang Zi Jin dapat didengari hingga mencecah ke langit.

Maharani Empayar Xia telah mangkat pada tahun 773 dalam kalendar Bai Cang, pada 9 Mei. Ratusan pegawai yang menangisi pemergian Maharani tersebut di luar pintu gerbang Zi Jing, bersama puluh ribuan rakyat jelata yang turut berkabung di serata empayar. Perarakan pemakaman diadakan pada 16 Mei yang bermula dari Jalan Tai Qing dengan beberapa buah gerabak yang disusunkan sepanjang jalan untuk beberapa batu. Raja Xi Huai, mengikut adat resam, mengekori keranda tersebut sehingga ke tapak pemakaman maharaja di Pergunungan Jiu En.

Di dalam rekod persejarahan, Muhe Nayun digambarkan hanya dalam beberapa barisan ayat sahaja dan tiada sebarang gelaran tambahan yang dapat disertakan setelah kemangkatannya di sebalik beberapa barisan ayat yang cetek itu. Tiada sebarang penjelasan yang diberikan kepada punca kematiannya selain daripada 'Mangkat' yang secara tidak langsung mempamerkan kebesaran kuasa keluarga Muhe dalam peringkat sejarah. Perjumpaan ketua-ketua terhormat kini hanya mempunyai enam orang ahli dan bukan lagi tujuh orang seperti dahulu, dengan mereka yang ingin menaiki pangkat kini semakin giat menyusun langkah setelah kemangkatan Muhe Nayun.

Pada hari perarakan pemakaman, Chu Qiao berdiri di menara jam di sudut barat daya istana diraja, dan memerhatikan deretan perhiasan putih yang sejauh mata memandang itu. Seluruh perarakan tersebut bagi Chu Qiao terasa seolah-olah sebuah topeng untuk menjadikan upcara ini sebagai sebuah babak mimpi indah. Yan Xun yang berdiri di sebelahnya masih mempamerkan raut wajah yang membatu tanpa menzahirkan sedikit pun emosinya namun Chu Qiao terlihat akan kesan tapak tangan di selusur yang digenggam erat oleh Yan Xun semasa pemuda itu beredar.

Pemuda itu tidak akan melupakan pasukan kuda pertama yang berjaya melangkah ke dalam tanah dataran Yan Bei ialah milik Muhe, dan dia juga tidak akan melupakan pandangan hina yang telah diberikan kepada Yan Hongxiao di ambang kematiannya. Setelah keluarga Muhe jatuh seorang demi seorang, kebencian di antara Yan Bei dan juga keluarga Muhe akhirnya terbayar akibat segala pertumpahan darah ini.

Di dalam perjalanan pulangnya ke istana Ying Ge, Chu Qiao terserempak dengan Putera Maharaja Ketujuh Zhao Che yang sedang memakai pakaian serba hijau muda, dengan hanya lengan dan tali pinggangnya sahaja yang berwarna putih. Warna hijau ini tersangatlah kontra dengan warna putih yang menyelubungi seluruh bandar tersebut.

Raut wajah Zhao Che kekal membatu apabila dia berdiri di tengah-tengah astaka bulat di atas bukit. Rintikan hujan telah memberi laluan kepada kabus untuk menghuni kawasan tersebut dan lantas menyembunyikan ciri-ciri wajah pemuda itu dan Chu Qiao yang sedang memakai payung mendongak untuk melihat wajah pemuda ini dan keputusan itu langsung menempiaskan air rintikan tersebut untuk hinggap ke kasut dan juga hujung gaunnya.

Zhao Che mendongakkan wajahnya untuk merenung ke langit yang tinggi dan ke arah barat. Chu Qiao sedar ia hala tuju ke tanah tinggi legenda, tempat asal nenek-moyang Empayar Xia yang dahulu menunggang kuda dan menghayun-hayunkan pedang mereka sesuka hati. Dengan darah dan juga sedikit kepercayaan, mereka mampu menyatukan semua puak di dataran dan membentuk negara yang hebat ini. Apabila mereka mati, roh mereka akan pulang ke tempat asalnya untuk tenang dengan abadi di dalam tanah merah itu.

Tempat pemakaman maharaja Empayar Xia juga terletak di bawah Pergunungan Jie En. Mengikut buah mulut rakyat jelata, terdapat sebuah kuil yang besar di atas gunung tersebut dengan obor api yang diperbuat daripada lemak ikan paus yang akan menyala pada pagi dan petang setiap hari selama beratus-ratus tahun.

Rintikan hujan menghala ke tepi sedikit dan tepat pada payung. Kelibat gadis muda itu diselindungi oleh belukar pokok bunga dengan hanya hujung gaunnya yang putih itu sahaja yang kelihatan.

Untuk mengelak keluarga Muhe daripada menjadi terlalu berkuasa, Putera Maharaja Ketujuh Zhao Che telah diberikan kepada anak perempuan Cendekiawan Terhormat di Kediaman Wen Hua, gundik Yuan pada hari lahir putera itu. Sebagai salah seorang gundik yang paling dipercayai Maharaja Xia, Cik Puan Yuan ialah seorang yang istimewa. Mengikuti Tuan Cendekiawan daripada Empayar Tang, dia telah mendapat perhatian Maharaja selama tujuh belas tahun walaupun dia tiada sebarang pertalian darah dengan orang-orang berpengaruh. Namun pada hari lahir Zhao Che yang ke-17, Cik Puan Yuan telah membunuh diri sendiri dengan menerjun ke dalam tasik di hadapan ramai orang.

Tiada sesiapa yang mengetahui punca sebenar ke atas kematian Cik Puan Yuan, namun khabar angin ada mengatakan Maharani dalang kepada semua ini yang telah memaksa Cik Puan Yuan untuk membunuh diri, namun Maharaja tidak memberi sebarang reaksi kepada hal ini. Setelah kematian Cik Puan Yuan, Maharaja tetap meneruskan perbicaraan mahkamah hariannya dan juga tugas-tugasnya yang lain sebagai seorang pemerintah yang waras. Tetapi setelah kejadian itu, Maharaja langsung tidak mengambil gundik-gundik yang baru.

Hubungan Zhao Che dengan ibu kandungnya juga renggang disebabkan kematian ibu angkatnya dan akhirnya, disebabkan pandangan politik yang berbeza, dia membeloti keluarganya dan telah dihantar ke sempadan tanpa sebarang bantuan daripada istana. Namun apabila keluarga Muhe dihapuskan, adik lelakinya, Raja Xi Huai dan juga adik perempuannya, Puteri Chun, secara tidak langsung telah dibabitkan dan ia telah menyebabkan mereka kehilangan kuasa dan hanya Zhao Che seorang saja yang bidang kuasanya langsung tidak terjejas, dan mendukung tanggungjawab dan juga kuasa yang besar.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Chu Qiao berpaling dan beredar daripada tuan putera yang telah mencapai banyak perkara walaupun disisihkan oleh keluarganya.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C70
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión