Descargar la aplicación

Capítulo 22: Bab 22

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kakak Yue Er." Xiao Ba yang baru sahaja ingin memanggilnya namun Chu Qiao dengan pantas telah menutupi mulut Xiao Ba.

Anak mata Chu Qiao yang besar dan bersinar itu mengimbas sekelilingnya, dan lantas menghulurkan sekalung beg sulaman yang berada di dalam genggamannya itu dan meletakkan ia ke dalam tangan Xiao Ba sambil berkata perlahan, "Xiao Ba, kita tak mempunyai banyak masa, jadi kakak akan berterus terang saja. Kalau kakak tak jumpa kamu sebelum waktu makan malam esok, kamu kena jauhkan diri dari pintu belakang pondok kuda yang menyimpan semua makanan kuda tu. Kakak akan cari jalan untuk alihkan perhatian pengawal supaya dia akan meninggalkan posisi mengawalnya esok dan pintu tu akan bebas dari pengawal selama dua jam sebelum waktu makan malam. Dalam ni ada duit sikit dan juga sijil identiti palsu. Kamu pegang ni dan tinggalkan bandar ni. Jangan tunggu kakak."

"Kakak Yue Er?" Xiao Ba dengan pantas menggenggam tangan Chu Qiao dan berkata, "Apa yang kakak rancang untuk buat? Kakak akan membalas dendam ke? Xiao Ba nak tolong kakak. Xiao Ba tak boleh tinggalkan bandar seorang diri."

"Dengar cakap kakak dan jadi budak baik." Chu Qiao menepuk-nepuk kepala Xiao Ba sambil berkata, "Kita berdua je yang tinggal daripada keluarga Jing. Kakak lebih tua dari kamu jadi kamu kena dengar cakap kakak. Selagi salah seorang dari kita terselamat, keluarga Jing pun akan terselamat. Kalau sesuatu terjadi pada kakak, kamu masih boleh tolong kakak balas dendam kepada mereka."

"Tapi Kakak Yue Er…"

"Xiao Ba, dengar cakap kakak. Bila kamu keluar dari bandar ni, kamu kena bergerak ke arah utara. Bila kamu sampai bandar San Yi dekat sempadan empayar Xia dengan sempadan empayar Tang, tunggu kakak dekat situ selama tiga hari. Kalau kakak masih tak sampai dalam masa tiga hari, kamu kena pergi seorang diri. Kamu tak perlu risau, ini semua rancangan sandaran. Bila kakak keluar dari sini, kakak mesti akan dapat mengejar kamu."

Dengan mata yang merah, Xiao Ba memuncungkan bibirnya dengan ketat dan secara tiba-tiba dia menghulurkan lengannya dan memeluk erat pinggang Chu Qiao. Dia berkata sambil tersedu-sedan, "Saya tahu kakak Yue Er boleh selesaikan apa-apa masalah. Tiada benda buruk yang akan terjadi pada kakak."

Chu Qiao membalas pelukan Xiao Ba itu, lantas tersenyum dan berkata, "Jangan risau, Kita akan tinggalkan tempat ni tak lama lagi. Pada masa depan, takkan ada sesiapa lagi yang akan cuba mencederakan kita."

Malam yang sejuk bersalji itu dihiasi dengan bulan sabit yang terang. Angin meniupi salji tebal yang sedang menuruni lantas membuatkan suasana menjadi semakin mengerikan.

Pada hari yang kedua, Chu Qiao bangun di awal pagi seperti hari-hari biasa yang dilaluinya dan bergerak ke bilik tidur Zhuge Yue untuk berkhidmat. Namun, pada hari tersebut putera muda itu telah bangun lebih awal dan telah mengembara ke luar.

Chu Qiao berfikir sendirian, Tuhan pun sedang menolong aku. Dia lantas memalingkan badannya dan bergerak ke arah perkarangan istana. Setibanya dia di astaka istana Hijau itu, dia telah dihalang oleh pengawal peribadi Zhuge Yue, Yue Qi. Pengawal tersebut yang berusia kurang dari lima belas tahun merenungnya dengan renungan yang sangat dingin dan berkata sepatah demi sepatah, "Tuan muda dah mengarahkan supaya Xing Er tidak dibenarkan untuk melepasi pintu gerbang."

Chu Qiao terpana dan sangat keliru akan rancangan sebenar Zhuge Yue. Dia mendongakkan wajahnya dan berkata dengan senyuman yang menggamit hati, "Abang, saya tak nak tinggalkan perkarangan istana ni. Saya cuma nak pergi ke dapur untuk periksa sama ada teh yang baru diterima semalam tu masih segar lagi atau tak." Setelah itu, dia terus berpaling dan melangkah ke dapur.

Tidak lama selepas itu, Huang Er keluar daripada dapur. Yue Qi mengerutkan dahinya dan bertanya dengan muka yang bingung, "Mana Xing Er?"

"Memetik teh di dalam dapur dengan yang lain."

Yue Qi mengerutkan dahinya sekali lagi, "Dengan kedudukannya seperti sekarang ni, kenapa dia masih perlu melakukan semua kerja ni?"

"Huh? Awak fikir Xing Er tu bongkak seperti Jin Zhu dengan Jin Cai ke?" Pembantu rumah itu meraihkan keningnya dan memandang Yue Qi dengan hina. Dia dengan lantang melepaskan geramnya, "Awak tu yang bongkak!"

Awan berkepul sedang terapung-apung di udara, hari yang sungguh indah!

Chu Qiao memberi sebuah alasan untuk meninggalkan istana Qing Shan. Dia mengkhuatiri seseorang akan melihatnya jadi dia telah memilih untuk menggunakan laluan yang paling terlindung dari penglihatan sesiapa. Namun, semasa dia melalui kebun plum yang merimbun, seseorang tiba-tiba muncul dari pandangan. Chu Qiao terperanjat untuk melihat bahawa orang tersebut ialah seorang remaja, dengan mata yang terang dan raut wajah yang lembut. Dia kelihatan sangat biasa dilihat.

"Jangan takut. Saya budak suruhan Putera Yan, Feng Mian. Saya dihantar oleh Putera Yan untuk memberi pesanan kepada awak."

"Pesanan?" Chu Qiao mengerutkan keningnya dan merenung Feng Mian dari kepala hingga ke kaki, lalu berkata, "Macam mana kau tahu untuk mencari aku di sini?"

Feng Mian ketawa kecil dan membalas, "Tuan saya cakap kalau saya tak dapat memasuki istana Qing Shan, saya kena bersembunyi dekat laluan yang paling terlindung dan saya pasti akan jumpa awak."

Chu Qiao lantas mengejek, "Jadi, tuan kamu nampaknya macam dia tahu segalanya."

"Ya, dia sangat bijak," Feng Mian menjawab dengan ceria lantas memperlihatkan giginya yang putih itu.

"Pesanan apa yang dia nak sampaikan? Cakap cepat, aku sibuk ni."

Feng Mian terperanjat akibat sergahan Chu Qiao itu dan berfikir sendirian, Budak hamba ni memang ada perangai yang unik. Patutlah kedua-dua Tuanku Maharaja dan juga tuan keempat Zhuge Yue tertarik sangat dengannya. Feng Mian menjawab pantas, "Dia nak bagitahu awak yang dia kena balik ke Yan Bei pada esok pagi dan ingin mengucapkan selamat tinggal kepada awak malam ni. Jadi, dia nak jumpa awak pada malam ni di tempat yang sama seperti malam semalam."

"Balik ke Yan Bei?" Chu Qiao berkata, kekeliruan. "Putera Yan ialah tawanan negara ni. Kenapa dia tiba-tiba akan pulang ke Yan Bei?"

"Saya tak pasti akan sebabnya, tapi Raja Yan Bei telah menghantar seorang pengutus pesanan kepada ibu negara dan minta supaya Putera Yan dihantar balik ke Yan Bei. Mesti ada sesuatu yang mustahak telah berlaku. Majlis Ketua-Ketua Terhormat pun dah meluluskan kepulangan Putera ke Yan Bei esok pagi."

Chu Qiao menganggukkan kepalanya dan berkata, "Bagitahu Putera kamu, seorang hamba seperti aku tak dibenarkan unuk keluar dari istana Qing Shan sesuka hati. Lagipun, sama ada Putera balik ke Yan Bei ataupun tak, ia langsung tiada kena mengena dengan aku. Aku tiada hak pun untuk berkata selamat tinggal kepada Putera Yan."

Feng Mian terus mengukirkan senyumannya, dan berkata, "Tuan saya cakap kalau awak nak pergi, tiada sesiapa yang boleh menghalang awak. Sama ada ini ada kena mengena dengan diri awak ataupun tak, itu saya tak boleh nak boleh beri pendapat. Jadi, disebabkan awak tengah sibuk sekarang ni, saya akan berangkat dulu." Feng Mian terus tersenyum sebelum hilang dari pandangan di sebalik pokok-pokok plum yang merimbun. Minda Chu Qiao tidak dapat berhenti dari berfikir bahawa kawalan sekuriti dalam kediaman Zhuge tersangatlah longgar sehinggakan budak kecil seperti Feng Mian boleh bergerak di dalam kediaman itu sesuka hatinya.

Setelah sejam menghabiskan masanya dengan merayau-rayau dengan penuh waspada, akhirnya Chu Qiao tiba laman sisi di hadapan perkarangan istana. Laman milik Zhu Shun, ketua pengawal keluarga Zhuge, tersergam indah di hadapan mata Chu Qiao, tidak berpengawal. Zhu Sun, pada masa yang sama, sedang memegang sebuah kotak dengan raut wajah muram yang terpancar jelas. Di dalam kotak itu terletaknya satu tangan yang sedang mereput, dan ia kelihatan sangat menjijikkan.

Satu dentuman yang kuat telah didengari pada ketika itu juga, lantas memeranjatkan Zhu Sun. Dia mengeluarkan pisau belati yang tersimpan cermat di pinggangnya dan berlari keluar. Matanya menjegil sebelum dia memekik lantang, "Siapa tu?"

Senyap sepi. Tiada sesiapa yang ingin membalasnya.

Zhu Shun memusingkan badannya dan ternampak akan sebuah sepucuk surat berwarna putih yang diletakkan jelas di atas tanah. Seutas benang didapati tergantung di permukaan surat tersebut, yang telah diikat dengan sebuah batu. Surat tersebut mempunyai sebuah pic yang dilukis di atasnya bersama sebuah aroma yang samar-samar. Setelah membuka surat itu, kedua mata lelaki ini bersinar dengan keinginan yang nakal dan jijik yang tidak dapat berhenti dari bermain di dalam mindanya. Namun, setelah berfikir sejenak, dia lantas melepaskan sebuah keluhan yang dalam, bergerak ke kerusi yang didudukinya sebentar tadi dan tidak berganjak dari situ untuk keluar.

Setelah seketika, sebuah beg lagi telah dicampakkan ke dalam bilik melalui tingkap. Zhu Shun membukanya lantas mendapati bahawa ianya adalah sebuah penjilid buku berwarna merah. Di atas permukaan penjilid buku itu terdapat sebuah gambar yang jelas menunjukkan bahawa seorang lelaki dan wanita yang berbogel sedang memeluk antara satu sama lain dan sekaligus Zhu Shun dapat merasakan yang degupan jantungnya semakin kencang dan darahnya membuak-buak.

Dia melepaskan sebuah ketawa yang besar. Dia menundukkan kepalanya dan lantas menghidu bau aroma yang samar-samar itu, menggenggam gambar itu dan menggumam sendirian, "Dia tak nak tunggu sehingga malam pun! Betina tak guna!" Dia terus beredar dari bilik setelah mengenakan jubahnya itu.

Kediaman Zhuge terletak di bahagian timur bandar Zhen Huang, dengan halaman belakangnya menghadap Pergunungan Chi Song dan berserta Tasik Chi Sui di bahagian kanannya. Perkarangan istana Qing Shan juga mendepani bahagian selatan bandar Zhen Huang dan mengambil ruang yang sangat banyak. Bangunan itu mempunyai tiga pintu gerbang, bahagian tengah istana tersangatlah jauh ke dalam, dengan lapisan demi lapisan kawalan sekuriti, dan mempunyai pengawal-pengawal yang membuat rondaan keselamatan selama dua puluh empat jam. Terdapat empat lagi bangunan di sekeliling istana ini dan juga sebuah parit pelindung yang berapi. Jika berlaku peperangan, istana ini boleh dianggap sebagai sebuah bandar yang kecil dengan sendirinya.

Bahkan ruangan wanita di istana Qing Shan itu pun telah dibina di tempat yang paling selamat, iaitu di dalam pergunungan. Bagi sesiapa yang ingin memasuki wilayah tersebut, selain daripada memasuki melalui pintu-pintu gerbang di perkarangan istana, tiada cara lain yang dapat dijumpai untuk menembusi wilayah itu. Lantas pintu di sisi perkarangan istana itu terbuka kuat, dan seorang pengawal berkata dengan lantang, "Ini Zhu Shun! Kenapa kau datang ke sini?"

"Semalam ada kebocoran yang berlaku di istana Tao Ran yang disebabkan oleh salji yang mula mencair daripada tingkat dua, yang akhirnya membuatkan air untuk menitik jatuh ke dewan di tingkah bawah tanpa henti. Aku harus pergi dan periksa."

Pengawal itu pantas mengukirkan sebuah senyuman dan membalas, "Macam mana saya nak suruh awak buat perkara yang remeh-temeh macam tu? Biar saya saja yang buat."

Zhu Shun tersenyum dan menggelengkan kepalanya sambil berkata, "Aku tiada benda untuk lakukan hari ni. Tuan Muda Pertama ada di dalam istana sekarang?"

"Tuan Muda Pertama dan juga Tuan Muda Keempat dah berada di dalam bilik bacaan untuk berbincang tentang perkara-perkara yang penting sejak pagi tadi lagi. Saya tak rasa mereka akan keluar dari bilik bacaan untuk masa yang lama."

"Oh, baiklah kalau macam tu. Aku akan berangkat sekarang. Tak perlu bagitahu tuan-tuan yang aku singgah ke mari. Sekarang dah tengah hari, tuan-tuan mesti akan mengambil tidur petang mereka sekejap lagi. Jangan ganggu masa rehat mereka." Zhu Shun membalas sambil menganggukkan kepalanya.

"Saya faham."

Masa yang sempurna kerana pada masa yang sama, sebuah tubuh badan yang kecil sedang bersembunyi di sebalik pokok-pokok tebal, matanya bersinar terang dan hujung bibirnya diraihkan sedikit, memperlihatkan sebuah senyuman yang manis.

Cik puan ketujuh Istana Chun Hua Duanmu Huaning sedang mempersiapkan dirinya untuk mengambil tidur petang. Selendangnya terluncur jatuh dari bahu, menampakkan buah dada yang montok dan pinggangnya ramping; berserta pinggul yang mantap dan kaki yang panjang. Kulitnya halus dan bersih, dan kukunya diwarnakan dengan pewarna merah, terpancar jelas keindahan wanita ini. Pembantu rumah milk kediaman itu lantas menyelakkan gebar tebal sutera di atas katil dan dengan cekap menolong cik puannya berbaring untuk mengambil tidur petang sambil berbogel, seperti kebiasaannya.

Pada masa yang sama, tiada sesiapa yang perasan akan jubin di bumbung di dalam bilik itu telah digerakkan dengan senyap, dan sekalung beg yang berisi dengan pelbagai perkara itu diturunkan dengan perlahan-lahan. Beg tersebut menggeliang-geliut, seolah-olah terdapat sesuatu yang hidup di dalamnya.

Bilik tersebut menjadi sangat sepi setelah pembantu rumah itu beredar dari kamar milik cik puan ini, dan hanya pernafasannya sahaja yang kedengaran kini.

Beg itu dengan cekap telah dijatuhkan ke atas bantal cik puan ketujuh, hanya bersebelahan dengan mukanya. Beg tersebut berwarna merah jambu dan terdapat sebuah pic yang telah dilukis di atasnya.

Sementara cik puan ketujuh sedang nyenyak dibuai mimpi indah, dia tiba-tiba merasakan seperti ada sesustu yang sedang menjilat telinga dan tengkuknya yang berbau harum itu. Dia dengan bersahaja menyentuh si penjilat dan lantas dapat merasakan sesuatu yang berbulu, dan menganggap bahawa ianya sebuah mimpi lalu terus memejamkan matanya. Namun, dia serta-merta merasakan kesakitan yang teramat sangat, dan lantas meraba matanya untuk melihat apakah yang sedang menjilatnya itu. Terkejut, dia menjerit sekuat hatinya dan jeritan itu langsung bergema di seluruh taman Chun Hua.

"Cik Puan! Cik Puan!" Seorang pembantu rumah bergegas menuju ke dalam bilik cik puan Duanmu Huaning. Semasa dia ingin memasuki bilik tersebut, dia terperanjat besar untuk mendapati apa yang sedang terjadi; bilik cik puan ketujuh telah dipenuhi dengan tikus-tikus yang bersaiz gergasi. Mereka semuanya berwarna gelap, besar dan gemuk, dan tidak menakuti manusia. Beberapa ekor tikus juga didapati berada di atas katilnya, menggigit jubahnya.

"Ah! Daripada mana tikus-tikus ni datang? Hapuskan mereka!"

Keadaan Istana Chun Hua pada tengah hari itu menjadi hiruk-pikuk dek tikus-tikus gergasi itu dan bagaimana semua hamba cuba untuk menghapuskan mereka.

Cik puan ketujuh itu telah meghirup lebih dari sepuluh cawan teh untuk menenangkan dirinya sendiri, namun dia masih berasa cemas dan seluruh badannya masih menggigil ketakutan.

"Cik Puan, saya jumpa ni di katil cik puan." Seorang pengawal bergerak ke arahnya sambil menghulurkan beg berwarna merah jambu itu.

Cik puan ketujuh itu lantas merentap beg tersebut dari tangan pengawal tersebut untuk merenungnya dengan lebih dekat. Anak matany tiba-tiba menjadi terbeliak sambil dia berdiri dan berkata, "Perempuan sundal! Aku tahu itu kamu! Ikut aku pergi istana Tao Ran. Tengok apa yang aku lakukan pada dia."

Pekerja-pekerja istana Chun Hua telah mengikuti cik puan ketujuh untuk bergerak ke istana Tao Ran, dan tiada sesiapa yang perasan akan seorang anak kecil yang sedang bersembunyi di dalam kabinet yang berada di penjuru.Tidak lama kemudian, keseluruhan kediaman berada dalam situasi yang huru-hara, terutamanya istana Tao Ran. Setelah menyelesaikan tugasannya, Chu Qiao berangkat kembali ke Istana Qing Shan dengan menggunakan laluan yang sama, meninggalkan suasana huru-hara itu di belakangnya.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C22
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión