"Apa, apa? Berita apa?" tanya Ning Xi dengan serta-merta.
"Walaupun saya tak berhubung dengan Tang Ye, saya jumpa dengan Kakak Senior Ketiga dan dia suruh saya ingatkan kamu untuk lebih berhati-hati sekarang ni sebab Feng Jin mungkin akan buat helah yang besar!" kata Tang Lang.
Bulu roma Ning Xi serta-merta meremang sebaik sahaja dia mendengarnya. "Tak guna! Kenapa kamu tak beritahu saya lebih awal yang Kakak Senior Ketiga dah ingatkan kamu!? Kamu akan beritahu saya ke tak kalau saya tak tanya? Janganlah berfikiran sempit dan buat macam tu untuk balas dendam kamu je!"
Tang Lang mencebik kepada Ning Xi. "Balas dendam hotak kamu! Feng Jin tu yang nak bertindak. Kamu rasa berhasil ke kalau kamu berhati-hati pun? Lebih baik kamu teruskan hidup dengan tak ambil peduli dan bebas je. Lagipun, kamu dah ada seseorang untuk lindungi kamu. Jadi, apa yang kamu risaukan ni?!"
Tang Lang katakan bahagian terakhir ayat itu dengan penuh perasaan cemburu.