"Saya bagitau sebab saya masih anggap kamu kawan saya. Ni adalah peringatan terakhir dari saya. Tak kisahlah kamu atau ayah kamu, tolong hentikan apa yang sepatutnya kamu tak buat. Kalau tak, saya akan tunjukkan maksud sebenar kekejaman. Tu je yang saya nak cakap." Lu Tingxiao berlalu pergi.
Guan Ziyao merasakan kakinya menjadi lemah dan dia berasa sangat penat. Dia terduduk di atas tanah, peluh membasahi bajunya.
Ya, dia tahu! Macam mana dia boleh tak sedar!? Dia cuma tak mahu percaya atau terima sehinggalah Lu Tingxiao sendiri yang menunjukkan perkara yang sebenar kepadanya.
"Lu Tingxiao… Lu Tingxiao… sampai hati kamu buat saya macam ni!?" Guan Ziyao menangis teresak-esak.