Apabila mereka sampai ke rumah, Ning Xi mengembungkan pipinya dan daripada gaya dia memuncungkan bibir, nampak jelas yang dia tak gembira.
Mata Lu Tingxiao tertumpu kepada kesan yang berbekas pada leher Ning Xi akibat daripada perbuatannya yang hilang kawalan tadi. "Marah?"
Ning Xi serta-merta mengangguk dengan bersungguh-sungguh.
Siapa yang akan cemburu dengan seorang perempuan!?
"Satu hari nanti, kalau kamu nampak saya dengan lelaki lain dalam keadaan macam tu, kamu tak terganggu ke?" kata Lu Tingxiao tanpa berselindung.
"Kamu… kamu dengan lelaki lain dalam situasi yang sama macam saya tadi!?" Ning Xi membayangkan imej itu dalam kepalanya dan hidungnya hampir mula berdarah. "Macam mana saya boleh tak terganggu!?"
Apabila Lu Tingxiao nampak muka Ning Xi yang teruja, jelaslah yang Ning Xi tak terkesan pun dengan perasaan cemburu…
Rasa tak berdaya terpancar di mata Lu Tingxiao. "Kamu…? Tak apalah…"