"Kamu masih harapkan ada orang datang dan selamatkan kamu ke?" ejek lelaki itu sambil memandang Ning Xi dengan senyuman sinis.
"Lebih baik kamu mengalah je sekarang. Seluruh Philadelphia ni di bawah kawalan kami. Harapan kamu tu hanya akan buat kamu rasa lebih kecewa je nanti," Lelaki itu memberitahu Ning Xi sambil tersenyum mengejek.
Memandangkan harapan Ning Xi untuk hidup dah tipis, lebih senang untuk dia mati.
Ada berpucuk-pucuk pistol diacukan ke arahnya. Ning Xi membayangkan dengan rasa ngeri lubang yang akan memenuhi badannya sebaik sahaja lelaki itu beri isyarat.
Lelaki itu kelihatan tenang seperti seekor kucing yang telah menangkap seekor tikus. Pada pendapat lelaki itu, Ning Xi hanyalah mangsa mudah yang dia akan makan selepas bosan bermain dengannya.
"Gadis kecil, tenang ya. Kami takkan bunuh kamu cepat sangat. Kami hanya akan mula seksa kamu sampai mati lepas selesai berseronok. Sekarang, permainan kami ni baru je mula."