"Saya hargai kerjasama kamu." Ujar Tang Ye sebelum melangkah keluar dari bar itu dengan diiringi oleh lelaki-lelaki yang memakai sut hitam itu.
Darah Augustine mendidih. Pada masa yang sama, ketakutannya masih belum lenyap. Dia pasti akan membalas dendam suatu hari nanti!
"Dasar orang Asia tak guna! Aku akan hantar kamu semua ke neraka suatu hari nanti!"
Saat dia selesai berkata-kata, ekor matanya dapat menangkap sedikit pergerakan daripada Tang Ye. Lelaki itu mengeluarkan pisaunya dan menggerakkannya dengan sepantas kilat.
"Ah!" Augustine masih tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dia hanya sedar yang telinga kirinya turut terpotong selepas dia meletakkan tangannya di situ.
"Encik Augustine, nampaknya telinga hanyalah sepasang aksesori untuk kamu." Ujar Tang Ye sambil berjalan keluar daripada bar itu dengan puas hati, meninggalkan Augustine yang sedang menjerit dan timbunan mayat yang tinggi di situ.
...