Descargar la aplicación
0.06% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 1: Tujuh Bulan Mengandung
Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh

Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh

Autor: Jiong Jiong You Yao

© WebNovel

Capítulo 1: Tujuh Bulan Mengandung

Editor: EndlessFantasy Translation

Suhu badannya terasa panas seperti lava di dalam gunung berapi. Kini, hanya seorang sahaja yang dapat menyelamatkannya, iaitu lelaki yang berdiri di depannya.

Gadis itu menggenggam kulit putihnya yang sejuk. Disebabkan dia terlalu terdesak, dia tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain terpaksa menyerah diri.

Sebaik sahaja kesakitan itu berakhir, dia mula berasa seronok, bagaikan ada bunga api meletup di dalam fikirannya. Dia merasa seolah-olah dirinya di pertengahan lautan api yang membara.

Hanyut tanpa arah, dia tidak dapat melarikan diri.

"Hei, bangunlah… penghawa dingin di sini terlalu sejuk. Jangan pula awak tertidur, kalau tak —"

Keberatan pada bahu Ning Xi mengejutkannya dari tidur. Gadis itu membuka matanya. Dengan penglihatan yang kabur dan tidak fokus, dia ternampak jururawat yang berada di hadapannya. Wajah kecilnya merah akibat rasa malu. Dia tidak mampu mengelak pandangan jururawat itu.

Tidak, hal itu dah lama berlaku. Detik-detik dari malam itu ketika dia mabuk dan berfoya-foya dengan Su Yan sering muncul dalam mimpinya.

Disebabkan dia minum terlalu banyak alkohol, gadis itu langsung tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku pada malam itu. Dia tidak tahu bagaimana dia akan bersemuka dengan Abang Yan nanti.

Apabila jururawat itu perasan bahawa gadis itu sudah bangun dari tidur, dia menghulur sekeping kertas kepada gadis itu sambil berkata, "Puan hampir tertinggal laporan kehamilan puan! Dr. Zhang pasti akan minta puan datang semula minggu depan jika puan tertinggal laporan di sini!"

Dengan senyuman yang manis, Ning Xi mengambil laporan itu dan menyimpannya di dalam dompet dengan cermat.

Su Yan yang selama ini menyambung pelajaran di luar negara akan balik hari ini. Ning Xi tidak dapat menahan perasaan gementar apabila terfikir tentang perjumpaan yang bakal berlaku malam nanti.

Selama ini, Su Yan tinggal di tempat yang jauh. Oleh itu, Ning Xi tidak dapat menghubunginya sehingga usia kandungan anak mereka mencecah tujuh bulan.

Apabila dia teringat akan riak muka Su Yan yang terkejut sebaik sahaja mendapat tahu tentang kehamilannya, Ning Xi menjadi cemas.

Mungkin kehamilannya telah menjadikannya lebih sensitif dan lebih cemas? Ning Xi berasa Su Yan kurang gembira tentang berita kehamilannya.

Doktor-doktor telah meyakinkannya bahawa kebanyakan lelaki memang kelihatan acuh tak acuh ataupun dalam keadaan penafian apabila baru mendapat berita tentang kehamilan anak yang pertama.

Tetapi…tidak mungkin dia yang pertama perlu mengungkit isu perkahwinan apabila berjumpa dengannya bukan?

Apabila Ning Xi meninggalkan hospital, langit masih cerah dan cahaya matahari memancar terik.

Sambil memegang pinggangnya dengan satu tangan, Ning Xi cuba menahan teksi. Tiba-tiba, sebuah kereta sport merah yang mewah memecut laju ke arahnya.

Hati Ning Xi berdebar-debar. Dia berundur ke belakang dengan segera.

Bunyi brek menyakiti gegendang telinganya apabila kereta sport merah itu berhenti sangat dekat dengannya, sehinggakan tersentuh pakaiannya.

Ning Xi berasa amat takut, hinggakan jantungnya hampir berhenti berdegup. Dia tidak mampu berdiri tegak. Apabila pintu kereta dibuka, keluar Ning Xueluo yang berpakaian gaun merah ketat dan menampakkan lurah dadanya.

"Ning Xueluo, kau gila ke?"

Ning Xueluo cuma ketawa apabila melihatnya. Sambil menyilang tangan, dia berjalan ke arah Ning Xi dan berdiri di depannnya. Dengan kasut tumit tingginya, dia memandang ke bawah pada Ning Xi yang berperut besar dengan sinis dan sombong. Dia berkata, "Ha? Kau takut aku langgar kau dan bunuh anak luar nikah dalam perut kau ni?"

Ning Xi terus melindungi perutnya dan dia menjauhkan dirinya. Dia memandang perempuan itu dengan penuh rasa sangsi dan bimbang. "Ning Xueluo, kau jangan melampau!"

Selama ini Ning Xueluo memang melayan dia dengan teruk, tetapi Ning Xi tidak pernah terfikir bahawa gadis itu mampu mengeluarkan kata-kata yang begitu menyakitkan hati dan kejam.

"Aku melampau? Aku rasa kau yang melampau! Kau yang mabuk, lepas itu kau mengandung anak entah siapa! Sekarang kau nak Su Yan jadi Pak Sanggup kepada anak luar nikah ini? Ish… Ning Xi, mana maruah kau?"

Ning Xi tersentap lalu bertanya, "Apa yang kau mengarut ni?"

"Kau pasti ke orang yang tidur dengan kau tu Su Yan?"— Ning Xueluo ketawa mengilai. "Kau selalu cakap kau membesar dengan Su Yan, yang kau berdua ni kekasih dari zaman kecil. Tetapi kau masih tak kenal tubuhnya?"

Muka Ning Xi makin pucat apabila mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Ning Xueluo. Walaupun dia berada di bawah terik mentari, badannya terasa sejuk.

Betul. Lelaki dari malam itu…

Dia terfikir, mungkin disebabkan akil baligh, badannya lebih besar berbanding dari apa yang dia bayangkan..

Apabila terdengar peringatan dari Ning Xueluo, dia baru teringat bahawa selain bentuk badannya, lelaki itu langsung tidak menyerupai Su Yan…


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C1
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión