"Saya tidak terima cabaran dia tidak bermakna saya takut." Yun Luofeng menggeliat malas. "Kamu boleh pulang dahulu, saya mahu mula bertapa."
"Baiklah."
An Zhihao berdiri dengan wajah hampa. "Cik, jom." Perempuan kecil itu kelipkan mata dan memegang tangan An Zhihao sambil berjalan keluar dari bilik itu.
Sebaik sahaja mereka tutup pintu, budak perempuan itu menoleh ke arah An Zhihao. "Abang Zhihao, kamu terlalu banyak cakap. Saya rasa dia ada caranya sendiri dan dia tahu apa yang dia hendak lakukan."
"Cik, orang itu handalan daripada Tahap Langit, Cik rasa Cik Yun boleh lawan orang itu?" An Zhihao mengeluh dan wajah tambah muram seiring dengan rasa bimbangnya.
Budak perempuan ini berpaling ke arah pintu bilik Yun Luofeng yang tertutup itu dan matanya bersinar terang. "Saya yakin dengan dia!" Walaupun budak perempuan itu tidak tahu dari mana datang keyakinannya itu, tapi dia percaya Yun Luofeng tidak akan pernah kalah!
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!