Descargar la aplicación
88.08% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 784: Jamuan Makan (11)

Capítulo 784: Jamuan Makan (11)

Editor: EndlessFantasy Translation

Lei Chen berasa agak keliru. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku dan keadaan nampak berbeza dengan apa yang dia bayangkannya.

Lei Yuan senyap-senyap kembali ke tempat duduknya. Kali ini, pandangan yang dilemparkan pada JunXie tidak lagi kelihatan ada tanda cemuhan atau kebencian.

Jamuan itu sudah pun bermula dan para penari masuk sambil diiringi sorakan yang riuh. Pinggul mereka yang ramping digoyangkan perlahan dengan lemah gemalai. Bibir mereka mengukir senyuman lembut. Adegan seindah bunga-bungaan ini amat mempesonakan anak-anak muda yang masih belum matang. Mereka menikmati hidangan yang disediakan, begitu tertawan dan mabuk dengan kemewahan dan temasya berlebih-lebihan di Kediaman Putera Mahkota. Ramai di antara mereka yang menginginkan lebih lagi saat-saat penuh kelekaan sebegini. Jamuan yang Lei Chen anjurkan kali ini telah menggoda hati ramai pelajar, membuatkan mereka dipenuhi ketamakan dan keinginan.

Setelah merasai sebahagian kecil kemewahan Putera Mahkota Negara Yan, mereka tidak dapat menahan diri daripada membandingkannya dengan kehidupan mereka sekarang. Ini mengukuhkan lagi nafsu dan kemahuan mereka.

Qiao Chu dan rakan-rakannya tidak begitu sukakan wain. Hidangan lazat di jamuan itu juga tidak membangkitkan selera mereka, malah membuatkan mereka semakin teringin dengan masakan Ye Mei.

Lei Chen asyik tersenyum. Dia berpuas hati dengan pandangan penuh keinginan dan iri hati daripada pemuda-pemuda di situ. Inilah hasil yang mahu dilihatnya. Tidak kiralah sama ada mata-mata itu milik orang-orang yang dia ingin dapatkan atau tidak, dia mahu menunjukkan pada setiap orang di situ bahawa inilah kekayaan seorang Putera Mahkota. Lei Chen sedar yang pemuda-pemuda di usia begitu amat lemah dengan tarikan kemewahan begini.

Tanpa sedar, dia berpaling untuk memandang Jun Xie. Namun dia tidak melihat apa yang dia jangkakan di wajah anak muda itu. Jun Xia hanya duduk diam di kerusinya sambil menundukkan pandangannya, seolah-olah tidak ambil peduli dengan temasya yang berlangsung di sekelilingnya. Matanya tetap jernih dan dingin. Dia kelihatan terasing dengan yang lain, seperti tidak dapat menyesuaikan diri dengan keriuhan yang sedang berlaku di Kediaman Putera Mahkota pada ketika itu.

Tidak seperti yang Lei Chen harapkan, para pelajar Akademi Pembunuh Naga tidak mencari gaduh dengan Akademi Zephyr. Ini membuatkan dia kehilangan peluang untuk meneruskan lakonannya. Jamuan yang dirancang dengan begitu susah payah ini mendapat sorakan daripada semua orang. Namun agak mengecewakan kerana satu-satunya orang yang paling dia inginkan iaitu Jun Xie, tidak memberi reaksi yang sama.

Teknik Pemulihan Roh Gu Li Sheng telah menggemparkan dunia. Sebelum ini, Lei Chen ada menghantar orang untuk mendekati Gu Li Sheng dan menjemputnya ke Negara Yan untuk berkhidmat dengannya. Namun begitu, Gu Li Sheng telah menolak pelawaan ini. Teknik Pemulihan Roh itu juga sudah menjadi senjata Gu Li Sheng dan Lei Chen sendiri pun tidak berani memaksa Gu Li Sheng untuk tunduk padanya. Sebab itulah dia kini menyasarkan Jun Xie.

Tapi...

Nampaknya tak ada apa pun yang menarik minat budak ini. Walaupun budak itu tidak memalukan Lei Chen… dia juga tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

Inilah kali pertama Lei Chen berasa tidak berdaya dan tidak pasti apa tindakan yang perlu dibuat untuk mendapatkan sasarannya. Dia berasa kecewa kerana tidak dapat memenangi hati Jun Xie sehinggakan wain yang diminumnya itu juga sudah tidak terasa lazat, hanya hambar dan tawar.

Jamuan itu semakin kecoh. Putera Ketiga dan Keempat yang sepatutnya datang ke situ masih belum tiba. Malah ketika jamuan itu berakhir pun kedua-duanya tidak muncul-muncul.

Sepanjang jamuan itu, Lei Chen cuba berbual dengan Jun Xie, tetapi dia langsung tidak mendapat peluang. Jun Xie tidak mengangkat kepalanya walau sekali dan tidak bercakap sepatah pun. Lei Chen tidak ada pilihan selain berputus-asa dan sebaliknya berbual mesra dengan Qu Ling Yue.

Malam semakin lewat. Di Kediaman Putera Mahkota yang bercahaya terang itu, jamuan makan semakin berakhir. Ramai anak-anak muda yang masih belum puas bersuka-ria, berasa berat hati berjalan keluar dari Kediaman Putera Mahkota yang telah menyediakan hiburan itu. Wajah mereka kemerah-merahan akibat arak yang memabukkan. Setiap beberapa langkah, kebanyakan daripada mereka berpaling memandang rumah agam megah yang mereka tinggalkan itu dengan penuh keinginan.

Sebaliknya, anak-anak muda dari Akademi Zephyr berlalu tanpa berpaling walau sekali. Di dalam kekecohan kerumunan pelajar yang pulang dengan berat hati, tidak ada siapa yang menyedari seekor kucing hitam kecil tiba-tiba melompat ke dalam dakapan Jun Wu Xie.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C784
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión