Descargar la aplicación
87.97% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 783: Jamuan Makan (10)

Capítulo 783: Jamuan Makan (10)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya tak apa-apa." Jun Wu Xie langsung tidak peduli untuk meneka sebab di sebalik perubahan sikap Lei Yuan. Dia memberikan jawapan secara acuh tak acuh sebelum berpusing dan terus menikmati keindahan taman itu di bawah cahaya bulan yang lembut.

Setelah ditolak oleh Jun Wu Xie, Lei Yuan langsung tidak tersinggung. Sebaliknya dia berjalan ke hadapan dan terus cuba berbual-bual. "Baguslah kalau kamu tak apa-apa. Kami yang anjurkan Kejohanan Pertempuran Roh ni. Kalau kami biarkan peserta mendapat kecederaan sebelum kejohanan bermula, itu dianggap kegagalan di pihak kami."

Jun Wu Xie menjeling Lei Yuan. Perasaan curiga di dalam hatinya semakin memuncak.

Tindakan Lei Chen sebelum ini sudah pun agak membingungkan dia kerana dia tidak fikir Akademi Zephyr yang sedang mengalami kejatuhan itu ada apa-apa yang boleh ditawarkan pada Lei Chen. Tetapi lelaki itu tetap mahu rapat dengan mereka. Itu sudah pun menjijikkan Jun Wu Xie dan dia mengelak daripada Lei Chen. Sekarang ini Lei Yuan pula muncul. Semua putera Negara Yan ini beginikah? Lahir sebagai orang dungu?

Selain ahli keluarga serta rakan-rakannya, Jun Wu Xie tidak suka bercakap dengan orang lain. Lei Yuan membebel tanpa henti lalu Jun Wu XIe mencelah dah berkata dengan kasar, "Nak balik."

Kemudian dia berpusing dan kembali ke jamuan makan itu tanpa berkata apa-apa lagi.

Di bawah sinaran bulan itu wajah Lei Yuan kelihatan tergamam. Dia menyangkakan Jun Wu Xie bersikap dingin terhadap Lei Chen kerana tidak sukakan Lei Chen. Sekarang ini selepas mendapat layanan yang sama, Lei Yuan mula terfikir yang budak itu memang bersikap dingin. Siapa pun yang mendekatinya tidak ada bezanya.

"Putera Kedua?" Pembantu di sisi Lei Yuan bertanya dengan lembut dan berhati-hati setelah terlihat wajah tembam Putera Kedua itu menjadi kaku sewaktu sedang bercakap.

"Balik ke jamuan!" kata Lei Yuan sambil mengetap gigi. Selain Lei Chen, tidak ada sesiapa yang berani menolaknya dengan kasar. Dia hampir mengamuk tetapi apabila teringatkan kembali sinaran cahaya roh hijau yang terpancar dari tubuh Jun Xie tadi, dia menahan kemarahannya dan tidak berani bertindak terburu-buru.

Tak kiralah bagaimana Jun Xie melayan Lei Chen, Lei Yuan memutuskan tidak bijak untuk dia menentang pemuda yang memiliki kuasa luar biasa ini.

Jamuan itu baru sahaja bermula dan Lei Chen sedang berbual mesra dengan Qu Ling Yue yang berada di sisinya. Tiba-tiba dari ekor matanya, dia melihat beberapa orang pelajar Akademi Pembunuh Naga mengekori Jun Xie yang baru meninggalkan majlis. Walaupun niat pelajar Akademi Pembunuh Naga itu jelas di mata Lei Chen, dia tidak berniat untuk melakukan apa-apa demi menghentikan mereka. Melalui dua interaksi pendeknya dengan Jun Xie, dia faham yang budak itu memang tidak mesra. Kalau dia benar-benar mahu menarik Jun Xie ke sisinya, dia perlu menggunakan kaedah yang di luar jangkaan.

Akademi Pembunuh Naga pula tanpa sedar akan "membantunya".

Lei Chen ternanti-nanti "hiburan" apa yang akan pelajar akademi tersebut berikan pada Jun Xie. Hanya apabila budak yang dingin serta tidak mesra itu terseksa sedikit barulah Lei Chen boleh muncul sebagai penyelamat dan mengukuhkan hubungannya dengan Jun Xie.

Tetapi ketika Lei Chen sedang membayangkan beberapa situasi di mana dia boleh menyelamatkan Jun Xie, dia tiba-tiba terlihat para pelajar Akademi Pembunuh Naga berlari masuk dengan wajah yang pucat lesi. Mereka kembali ke tempat duduk masing-masing tanpa berkata apa-apa. Langsung tidak nampak seperti orang yang pulang selepas membalas dendam dengan jayanya.

Kening Lei Chen berkerut. [Kenapa reaksi pelajar akademi tu berbeza dengan apa yang dijangkakan?]

[Bukankah mereka pergi menyerang Jun Xie? Kenapa semuanya seperti baru saja ternampak hantu?]

Lei Chen masih lagi merungut tanpa henti di dalam hati ketika dia terlihat satu susuk tubuh kecil melangkah ke laluan yang disinari cahaya bulan, menuju ke arah jamuan.

Dia tidak dapat lihat sedikit calar atau tanda pun pada Jun Xie. Malah pakaiannya juga masih suci bersih dan tidak renyuk. Wajahnya masih kelihatan tenang, sama seperti sebelum dia berlalu pergi tadi.

[Mungkinkah para pelajar Akademi Pembunuh Naga tu tak dapat cari Jun Xie?]


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C783
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión