Descargar la aplicación
81.91% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 729: Tamparan Kelapan (10)

Capítulo 729: Tamparan Kelapan (10)

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Rui tidak mampu membantah kata-kata Fan Jin.

Benar, Ning Rui dapat meletakkan kesalahan pembunuhan itu pada Fan Jin berdasarkan dua syarat. Satu ialah kedudukan Fan Jin sebagai anak angkat dan kedua, Fan Jin sudah hilang akal dan tidak mampu menepis segala tuduhannya.

Tapi kini, kedua-dua syarat yang menjadi asas pada tuduhan Ning Rui sudah lenyap. Kalau Ning Rui berkeras mahu menggunakan alasan-alasan ini untuk menuduh Fan Jin, dia hanya akan membuatkan orang lain tertawa.

Suara Fan Jin bergema seperti loceng dan semua pelajar serta guru Akademi Zephyr dapat mendengarnya dengan jelas. Nada suaranya dipenuhi kemarahan dan sedikit mencemuh. Seolah-olah Fan Jin terdengar jenaka yang lucu.

Tetapi mesej di sebalik kata-katanya menghentam mereka seperti panahan petir. Tiba-tiba mereka semua menyedari kebenarannya.

Ya, kalau Fan Jin benar-benar ialah anak kandung Fan Qi, tak ada sebab yang baik untuk dia membunuh ayahnya bagi mendapatkan jawatan Guru Besar.

Lagipun pada hari Fan Jin dikatakan telah membunuh Fan Qi, dia terus ditangkap oleh Gongcheng Lei di tempat kejadian dan Fan Jin juga tidak dapat berkata apa-apa untuk membantah tuduhannya. Tempat kejadian yang berlumuran darah serta pernyataan Ning Rui dan orang-orangnya telah meyakinkan para pelajar dan guru yang terkejut ketika itu. Mereka terus percaya bahawa Fan Jin adalah pembunuhnya.

Tapi hari ini, kata-kata Fan Jin telah mendedahkan keraguan di sebalik keputusan Ning Rui.

Demi mendapatkan kedudukan yang memang menjadi hak warisannya, dia telah dituduh membunuh ayahnya sendiri. Dia tidak membuat rancangan untuk melarikan diri dan terus ditangkap di tempat kejadian. Selepas ditangkap, kebetulan pula dia hilang akal dan tidak mampu berkata apa-apa untuk membela diri. Kalau semua fakta ini digabungkan, kejadian ini tidak kelihatan seperti perbuatan seorang anak yang tamak dan berhati hitam dalam merancang perbuatan terkutuk!

Setelah segala kejadian tidak masuk akal ini disatukan, tuduhan ke atas Fan Jin semakin mencurigakan!

"Ning Rui, semua usaha kamu ini jelas sekali hanya untuk menyingkirkan ketiga-tiga ahli Keluarga Fan! Kamu suruh Gu Ying bunuh ayah saya dan pukul saya dengan kuat sehingga hilang akal. Saya tak mampu bercakap untuk membela diri sendiri dan kamu dengan mudahnya menuduh saya telah bertindak kejam dengan membunuh ayah saya sendiri. Kamu arahkan Gongcheng Lei untuk meracuni makanan Fan Zhuo selama bertahun-tahun sehingga menyebabkan dia terseksa akibat penyakitnya! Orang yang mahu merampas kedudukan Guru Besar bukan saya, tetapi kamu, Ning Rui!"

"Kamu arahkan Ning Xin membuat rancangan untuk mencederakan saya di Hutan Pertempuran Roh, tetapi rancangan itu gagal. Kemudian Ning Xin berani berkomplot menentang orang-orang dari Tentera Rui Lin dan Puncak Menjejak Awan. Demi melindungi Ning Xin, kamu merayu pada Ayah untuk menyembunyikan kebenaran, kemudian menyingkirkan Lu Wei Xie serta pelajar lain untuk meredakan kemarahan Tentera Rui Lin dan Pucak Menjejak Awan. Ayah saya bersetuju disebabkan hubungannya dengan kamu sebagai rakan seguru. Dia sanggup mencemarkan namanya sendiri untuk melindungi Ning Xin. Tapi akhirnya, kamu sebagai ayah Ning Xin telah memilih untuk menyelamatkan diri sendiri. Kamu membenarkan anak perempuan kamu dibunuh perlahan-lahan di depan mata kamu dan mati dalam keadaan terseksa. Selepas itu kamu menyalahkan kami dan benci pada kami bertiga! Ning Rui! Kamu ni dah tak ada hati nuranikah!?" Fan Jin menjadi semakin marah ketika dia bercakap. Matanya merah menyala!

Dia merenung Ning Rui seperti syaitan yang berang. Fan Jin seolah-olah mahu menerkam Ning Rui pada bila-bila masa sahaja dan menelannya hidup-hidup.

"Bila masanya ayah saya pernah berbuat apa-apa terhadap kamu? Dia tidak pernah sekali pun sangsi pada kamu dan tidak mencurigai apa saja yang kamu lakukan. Dia makan dan minum dengan kamu di meja yang sama tetapi tidak pernah terfikir yang adik segurunya ini yang akan bertanggungjawab menghantarnya ke alam kematian. Orang yang sama juga mahu menghapuskan keturunannya!"

Kata-kata Fan Jin ibarat batu besar yang menghentam Ning Rui. Wajah Ning Rui semakin pucat dan fikirannya tiba-tiba kosong. Ketika Fan Jin muncul kembali dan kelihatan sudah sembuh, jauh di sudut hatinya Ning Rui permainannya sudah tamat. Kini setelah Fan Jin tanpa teragak-agak mendedahkan segalanya yang telah berlaku di hadapan semua pelajar Akademi Zephyr, Ning Rui sedar semuanya sudah berakhir!

Pembunuhan Fan Qi dan tuduhan ke atas Fan Jin tidak dirancang dengan baik. Setelah Fan Jin tiba-tiba sembuh, hanya sedikit penjelasan diperlukan untuk mendedahkan kebenaran!


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C729
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión