Descargar la aplicación
67.75% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 603: Tamparan Ketujuh (10)

Capítulo 603: Tamparan Ketujuh (10)

Editor: EndlessFantasy Translation

Fan Jin mengetap rahangnya sambil memandang Fan Qi. Perlahan-lahan dia tunduk tanpa berkata apa-apa.

Kebisuan Fan Jin menjadi persetujuan yang kuat pada soalan Fan Qi!

Minda Fna Qi ibarat dipanah petir pada ketika itu dan badannya terhuyung-hayang. Fan Jin bergegas untuk memapah ayahnya.

"Ning Xin... kenapa kamu buat begitu... kenapa…" Fan Qi merasakan hatinya berkecai sewaktu dia memandang Ning Xin. Mata Fan Qi mula menjadi merah.

Mata Ning Xin terbeliak kerana ketakutan. Dia tidak menyangka keadaan akan jadi begini. Dia tidak terfikir yang Yin Yan, pemuda yang selama ini patuh dengan arahannya, akan berpaling tadah dan menggigitnya pada saat kritikal. Malah Yin yan turut mendedahkan segala rancangan jahat mereka selama ini.

Dalam keadaan sekarang ini, jika Jun Wu Xie melepaskan dia sekalipun, Fan Qi tidak akan membenarkan dia terus berada di sini. Tambahan pula, semua pelajar Akademi Zephyr kini memandangnya dengan perasaan benci dan jijik…

Habislah…

Semua sudah berakhir…

Semua yang telah dia kejar sepanjang hidupnya, berakhir pada saat ini.

Ketika dia merasakan dunianya kian hancur menjadi debu, dia senyap-senyap mencuri pandang ke arah Ning Rui.

Apa yang dilihatnya di mata Ning Rui membuatkan Ning Xin semakin kecewa.

Ayahnya…

Telah memutuskan untuk mengabaikan dia!

Benar. Dia tidak ada jalan keluar lagi. Sebaik Yin Yan mendedahkan segalanya, peluangnya untuk keluar dari masalah ini hidup-hidup telah pun musnah.

Sekali dia tersilap langkah, semuanya yang berlaku selepas itu serba tidak kena…

Kalau dia tidak menggunakan Jun Xie untuk menjatuhkan reputasi Fan Jin, mereka tidak akan begitu dibenci. Jadi, kumpulan Fan Jin sewaktu Perburuan Roh tidak akan kekurangan ahli kerana tidak dapat merekrut pelajar lain untuk menyertai mereka. Kemudian, mereka tidak akan bergabung dengan pakar roh ungu yang tersembunyi di dalam kampus cawangan.

Akhir sekali, mereka tidak akan bertembung dengan insiden sewaktu dia cuba membuatkan askar Tentera Rui Lin terbunuh.

Kalau kumpulan mereka tidak muncul, Tentera Rui Lin pasti akan terbunuh dalam serangan Binatang Roh gred Penjaga itu. Kejadian hari itu pula tidak akan diketahui buat selamanya dan dia akan kekal menjadi Senior Ning yang dipuja dan dihormati pelajar lain….

Ning Xin berputus asa untuk terus bergelut. Dia tersenyum pahit mengenangkan kekalahannya.

"Memandangkan keadaan sudah sampai ke tahap ini, Tuan berdua ada apa-apa lagi nak dikatakan?" Jun Wu Xie mengangkat kepalanya untuk bertanya pada Ning Rui dan Fan Qi.

Fan Qi hanya menutup matanya dan berdiam diri. Dia masih lagi amat sedih dengan pengkhianatan Ning Xin.

Wajah Ning Rui kelihatan marah. Dia tiba-tiba melangkah ke hadapan sambil mengangkat tangannya dengan tinggi lalu menampar muka Ning Xin dengan kuat!

"Jahanam! Sanggup kamu melakukan sesuatu yang keji, tidak berperikemanusiaan, khianat dan derhaka! Saya tidak lagi memiliki anak perempuan yang keji dan tidak tahu malu ini!"

Tamparan Ning Rui itu memang agak kuat. Bibir Ning Xin terkoyak dan darah merah mengalir ke dagunya. Kesan tapak tangan terlihat jelas di wajah Ning Xin. Tamparan itu juga telah menghancurkan sebarang harapan yang dipegangnya.

"Cik Jun. Saya gagal mendidik anak saya dengan baik sehinggakan dia dapat merancang bencana yang besar ke atas orang-orang kamu. Mulai hari ini, Ning Xi bukan lagi anak Ning Rui. Cik Jun boleh hukum dia sesuka hati!" Ning Rui berjalan menuju Jun Wu Xie dan membuat pengumuman ini dengan serius.

Mata Jun Wu Xie mengecil sedikit sewaktu dia memerhatikan tindakan Ning Rui. Perasaan benci terlintas di matanya.

Satu cubaan yang baik untuk mendapatkan manfaat dengan berundur!

Kalau Jun Wu Xie adalah orang lain yang menyaksikan sendiri sikap Ning Rui serta kesengsaraan Ning Xin, mungkin dia akan berlembut hati. Mungkin dia akan memutuskan untuk memarahi Ning Xin dengan tegas dan sekadar memberi peringatan.

Tapi…

Jun Wu Xie tidak pernah suka bertindak mengikut kebiasaan yang normal.

"Memandangkan Tuan Naib Guru Besar sudah berkata begitu, saya akan balas niat baik itu dengan mengikut saja apa yang Tuan katakan." Jun Wu Xie tersenyum jahat.

"Long Qi!"

"Saya!"

"Tahan Ning Xin dan hukum dia mengikut undang-undang ketenteraan!" Jun Wu Xie memberikan arahan. Dengan satu sentakan tangannya, dia mencampakkan Ning Xin yang sedang ketakutan sehingga hilang akal itu, kepada Long Qi.

Long Qi terus mencengkam bahu Ning Xin dan menjawab dengan tegas, "Arahan diterima!"

Hati Ning Rui menjadi kecewa sewaktu mendengar kata-kata Jun Wu Xie. Dia berniat mahu cuba menyelamatkan Ning Xin sekali lagi, tetapi tidak menyangka yang Jun Wu Xie akan mengambil tindakan yang luar biasa.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C603
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión