Descargar la aplicación
65.5% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 583: Menampar Orang Ramai (1)

Capítulo 583: Menampar Orang Ramai (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Abang saya… di mana dia sekarang?" tanya Jun Wu Xie dengan suara yang begitu perlahan sehingga hampir tidak terdengar.

"Saya tak tahu," balas Ye Sha dengan nada yang serius.

Jun Wu Xie menggigit bibirnya lalu berkata, "Kamu boleh pergi."

Ye Sha berdiri. Sebaik dia hampir sampai di pintu, dia berhenti berjalan.

"Walaupun saya tak tahu di mana Tuan Wu Yao berada, tetapi kalau benar tekaan saya, dia mungkin tidak berada di Alam Bawahan pada ketika ini. Barang yang dapat memulihkan roh seseorang hanya boleh ditemui di Alam Pertengahan."

Jun Wu Xie tiba-tiba mengangkat kepalanya.

"Abang saya berasal dari Alam Pertengahan?"

Dia selalu merasakan yang Jun Wu Yao itu amat misteri orangnya. Kuasanya sungguh kuat sehingga mampu menentang Syurga. Kekuatan Jun Wu Yao dengan mudahnya mampu mengalahkan sesiapa sahaja. Sewaktu di Puncak Berawan, Ye Sha sudah membuktikan yang kuasanya sendiri hampir setanding dengan orang-orang dari Istana Dua Belas. Sebagai Tuan kepada Ye Sha, kuasa Jun Wu Yao pastilah tidak lemah berbanding orang suruhannya itu.

Walaupun Jun Wu Xie mempunyai tekaannya sendiri selama ini, hanya pada ketika inilah dia dapat mengesahkan apa yang disyakinya.

Ye Sha tidak berkata apa-apa dan meninggalkan bilik itu dengan senyap.

Jun Wu Xie baring di atas katilnya. Tuan Embek Embek datang terkedek-kedek lalu melompat naik. Badannya yang bulat itu menolak-nolak kucing hitam kecil itu dari sisi Jun Wu Xie. Tuan Embek Embek menghimpit lebih dekat dalam posisi yang selesa sebelum merebahkan badannya.

"Tak berada di Alam Bawahan?" Jun Wu Xie bertanya pada dirinya sendiri sambil meletakkan tapak tangan ke dahinya. Dia juga tidak tahu apa yang tak kena dengan dirinya hari ini.

Kenapa dia tiba-tiba terfikirkan tentang Jun Wu Yao?

Emosi yang memenuhi hatinya amat aneh dan tidak dikenalinya. Dia berasa agak tidak berdaya dan keliru. Ada sesuatu yang menyentap hatinya dan dia tidak dapat menjelaskan masalah sebenar yang dihadapinya.

Sambil baring di atas tilam yang lembut itu, mata Jun Wu Xie perlahan-lahan tertutup dan dia terus tidur nyenyak.

Awal pagi keesokan harinya, para pelajar Akademi Zephyr mula berkumpul. Mereka sepatutnya menghadiri latihan, tetapi mereka tiba-tiba telah diberitahu untuk cepat-cepat berkumpul di dataran perhimpunan Akademi Zephyr.

Dataran itu penuh sesak dengan para pelajar yang mengikut arahan guru masing-masing dan berbaris dengan kemas.

Akademi Zephyr jarang mengumpulkan para pelajar secara formal seperti ini. Suasana di dataran itu riuh dengan perbualan dan perdebatan. Semua orang cuba meneka sebab di sebalik arahan berkumpul yang diberikan pada semua pelajar dan guru ini secara tiba-tiba.

"Pasti ini ada kaitan dengan Jun Xie." Salah seorang pemuda dalam kerumunan itu berbisik dengan kuat dan menarik perhatian para pelajar lain.

"Mana mungkin begitu? Kamu fikir dia mampu membuatkan kita semua berkumpul beramai-ramai begini?"

"Ini maksudnya kamu tu tak tahu apa-apa. Salah seorang rakan asrama saya ialah pelajar fakulti Pemulih Roh. Dia beritahu saya yang Jun Xie tiba-tiba muncul di fakulti tu semalam. Kamu tak ada dengar cerita?" Seorang lagi pemuda berkata dengan bangga.

Semua pelajar di sekeliling mereka tiba-tiba berubah wajah. Mata mereka bersinar terang setelah mendengar gosip hangat ini.

"Benarkah? Apa yang berlaku selepas itu? Cepatlah beritahu kami!"

Apabila mendapati semua mata tertumpu padanya, pemuda itu berasa bangga. Dia sukakan perasaan ini dan dengan angkuhnya menikmati perhatian yang dicurahkan padanya. Kemudian dia bertanya pada pemuda lain, "Beberapa hari lalu, kamu ada dengar tak khabar angin tentang Jun Xie membunuh Li Zi Mu? Masih ingat lagi?"

Kesemua pemuda di sekelilingnya mengangguk bersungguh-sungguh. Hal itu telah menimbulkan kegemparan, mana mungkin ada di antara mereka yang telah terlupa?

"Li Zi Mu adalah pelajar fakulti Pemulih Roh. Dia telah dipilih oleh Gu Li Sheng yang telah memecahkan tradisi dan hanya menerima seorang pelajar sahaja tahun ini. Li Zi Mu sangat disayangi di fakulti Pemulih Roh. Gu Li Sheng telah mencurahkan segala perhatian dan amat mengambil berat tentangnya. Malah Gu Li Sheng sendiri yang mengajarnya. Tetapi pelajar yang disayangi ini telah mati secara mengejut dan penuh misteri di Hutan Roh Pertempuran. Kamu fikir Gu Li Sheng akan berpuas hati? Sebab itulah dia telah mengarahkan siasatan menyeluruh tentang insiden yang berlaku beberapa hari lalu. Hasilnya, dia mendapat tahu yang Jun Xie ada kaitan dengan kematian Li Zi Mu." Pemuda itu berkata dengan kuat. Air liurnya menyembur-nyembur para penonton yang sedang tekun mendengar.

Sewaktu para pelajar lain mendengar perkembangan terbaru ini, mereka yang sebelum ini berpura-pura tidak berminat, terus menyertai kumpulan itu.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C583
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión