Descargar la aplicación
41.57% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 370: Tuan Guru Mahu Lebih Banyak? (2)

Capítulo 370: Tuan Guru Mahu Lebih Banyak? (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Mata Yan Bu Gui hampir terjojol keluar dari kepalanya. Dia terkejut bukan kepalang melihatkan jumlah wang yang Jun Wu Xie berikan kepadanya. Matanya meneliti nota-nota bank tersebut dan mengira-ngira jumlahnya di dalam kepalanya. Ada sekurang-kurangnya satu juta tahil di dalam tangannya…..

Yan Bu Gui cepat-cepat memulangkan semuanya kepada Jun Xie, seolah-olah Jun Xie telah memberikan dia arang panas. 

"Saya tak perlukannya. Kamu simpan sajalah." Sewaktu mengeluarkan kata-kata ini, hati Yan Bu Gui seolah-olah ditusuk sehingga berdarah….

Budak bertubuh kecil ini membawa sejumlah wang yang begitu banyak!

Ini membuatkan Yan Bu Gui yang tinggi dan tegap itu merasakan dirinya amat kerdil di hadapan Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie menyimpan semula nota-nota bank berkenaan ke dalam lengan bajunya. Dia tidak sedar tentang keyakinan diri Yan Bu Gui yang sedang berderai serta hatinya yang serba-salah.

Sebaik mereka sampai ke Sayap Timur, Qiao Chu serta rakan-rakan segurunya yang lain sedang menunggu dengan gelisah di halaman. Sewaktu menyedari kepulangan segera Jun Xie dan Yan Bu Gui, mereka bergegas mendapatkan kedua-duanya yang baru saja melangkah masuk ke pintu pagar.

"Macam mana? Guru besar kata apa?" tanya Qiao Chu dengan cemas.

Yan Bu Gui mengeluh panjang dan raut wajahnya kelihatan sayu. Ini membuatkan hati keempat-empat anak muridnya itu menjadi begitu berat.

"Lepas ni…."

Qiao Chu dan yang lain mengangkat kepala mendengarkan nada serius Yan Bu Gui. Mereka semua merenungnya dengan mata yang bergenang air mata.

"Si He Qiu Sheng itu tak akan datang cari pasal dengan kita lagi!" Wajah Yan Bu Gui tiba-tiba tersenyum lebar.

"Apa?" Qiao Chu dan tiga orang rakan seperguruannya itu terpegun memandang Tuan Guru mereka.

Pada ketika itu, mata Qiao Chu terbeliak dengan cemas dan dia berpaling kepada Jun Wu Xie lalu bertanya, "Xie Kecil! Jangan cakap kamu...kamu belasah He Qiu Shing dan guru besar sekali?"

Memikirkan angin Jun Xie, pasti itu yang telah berlaku!

"Tak." Jun Wu Xie membalas.

"Kamu….. Kamu jangan ambil hati sangat ya. Kalau mereka ada buat apa-apa pada kamu, Yan Kecil dan saya akan culik He Qiu Sheng dan balas dendam untuk kamu tanpa memberitahu Tuan Guru." Qiao Chu berjanji dengan bimbang, langsung tidak memikirkan kata-katanya.

Tangan Yan Bu Gui yang besar menampar bahagian belakang kepala Qiao Chu sekali lagi. Dia membuat muka menyampah melihatkan anak muridnya yang dungu ini, "Kamu mesti fikir saya ni dah pekak!"

Jun Wu Xie tergamam melihatkan perangai Qiao Chu. Dia tak faham mengapa hal yang mudah seperti ini menjadi begitu rumit di fikiran mereka.

"Baiklah, baiklah. Semuanya dah selamat sekarang. Kamu semua pergi berlatih, bukannya duduk di sini bermalas-malas saja." Yan Bu Gui menyuruh kumpulan itu bersurai sambil menyembunyikan satu senyuman lebar di sebalik janggutnya yang lebat itu.

Anak muridnya yang baru ini memang melangkaui semua jangkaannya.

Yan Bu Gui tidak bersedia untuk menjelaskan semuanya dengan terperinci, Jun Wu Xie juga begitu. Qiao Chu dan yang lain berlalu dengan berat hati dan meneruskan latihan mereka. Namun begitu, minda mereka masih dipenuhi kerisauan. Mereka bersedia secara mental untuk berhadapan dengan He Qiu Sheng serta guru besar dan melindungi junior mereka itu kalau orang-orang itu datang membuat kacau.

Jun Wu Xie kembali ke biliknya dan duduk sambil terus mendakap kucing hitam kecil itu di dalam pelukannya. Dia memanggil dengan lembut dan Ye Sha tiba-tiba muncul melalui pintu bilik tersebut.

"Apa arahan Cik?" tanya Ye Sha sambil melutut dengan sebelah kakinya.

Jun Wu Xie mengeluarkan segumpal nota bank dan meletakkannya di atas meja. Dia membisikkan sesuatu pada Ye Sha. Beberapa ketika kemudian, Ye Sha menyimpan nota-nota bank berkenaan dengan berhati-hati sebelum menghilang tanpa bunyi.

Jun Wu Xie terus duduk di kerusi dan memandang kucing hitam kecil itu yang sedang tidur.

Kalau kucing hitam ini sudah sedar, pastinya Jun Wu Xie boleh mendapatkan tunjuk ajar tentang bagaimana dia patut mengendalikan situasi ini.

Keesokan paginya, Qiao Chu dan rakan-rakan segurunya yang lain berjalan keluar dari bilik masing-masing dengan lingkaran hitam di mata mereka. Sepanjang malam mereka berkalih-kalih dengan bimbang tanpa dapat melelapkan mata.Namun tiada siapa yang datang pada malam semalamnya. Perasaan ingin tahu mereka tentang apa yang berlaku di bilik bacaan guru besar itu membuak-buak. Apabila terlihat mata masing-masing, mereka semuanya tersenyum malu.

"Nampaknya guru besar itu tak akan datang buat kacau lagi. Tapi macam mana Tuan Guru dan Jun Xie dapat menyelesaikannya?" Qiao Chu menggaru-garu kepalanya dengan keliru.

Kulit Hua Yao yang cerah membuatkan lingkaran hitam pada matanya nampak lebih jelas. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya, turut bingung dengan apa yang terjadi.

"Baguslah mereka tak datang, tak payahlah risau lagi." Fei Yan menggeliat malas. Wajahnya yang manis dan cantik itu masih kelihatan mengantuk.

Rong Ruo hanya menarik-narik bajunya untuk kelihatan kemas. Dia tidak berkata apa-apa.


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C370
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión