Descargar la aplicación
26.17% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 233: Tamparan Keempat (1)

Capítulo 233: Tamparan Keempat (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Tekaan Qin Yu Yan ialah, pemuda ini mungkin merupakan bantuan daripada kuasa luar yang diupah oleh Jun Wu Xie.

Tapi Jun Wu Xie hanya sekadar Cik Muda daripada Istana Lin yang miskin, apa yang dia ada untuk ditawarkan kepada kuasa luar ini? Apa sahaja yang Jun Wu Xie boleh berikan, Kumpulan Qing Yun boleh menggandakan tawaran itu dengan mudah.

Ikatan perjanjian yang tidak goyah sebenarnya tidak wujud. Apabila ada orang yang bersikap setia dan berpegang pada janji, itu cuma bermakna tawaran yang diberikan pihak lain tidak cukup menggoda.

Qin Yu Yan benar-benar yakin, jika diberi pilihan di antara Istana Lin dan Kumpulan Qing Yun, orang dungu sekalipun akan memilih pilihan yang kedua.

Teratai Mabuk memberikan pandangan menghina sambil berpusing untuk menghadap wanita yang bersikap berpura-pura ini. Dia berasa meluat.

"Dah habis merepek? Kalau dah, duduk dan tutup mulut kau. Tunggu saja saat kematian kau! Kumpulan Qing Yun? Kau tak layak untuk pegang kasut aku sekalipun!" Menggunakan puak manusia untuk menggoda roh berkontrak? Dia ni dah hilang akalkah?

Wajah Qin Yu Yan menjadi kaku dan dia kelihatan terkejut. Tak ada siapa yang pernah menolak untuk terhutang budi dengan Kumpulan Qing Yun yang kuat ini. Hal ini langsung tak pernah terjadi. Qin Yu Yan menjadi geram dan hampir tergagap-gagap. Tetapi dia tidak mampu mengatakan apa-apa kerana terlalu marah.

Kumpulan Qing Yun. Tiga patah perkataan ini tidak pernah gagal untuk membuatkan orang kagum sebelum ini. Inilah pertama kali mereka ditolak dengan kasar dan keadaan dirasakan seperti satu tamparan di mukanya!

"Teratai Mabuk." Jun Wu Xie memanggilnya.

"Saya!"

"Cukuplah bercakap. Bunuh." Wajah Jun Wu Xie berkerut. Dia langsung tidak berminat mahupun mempunyai kesabaran untuk terus berbual dengan Kumpulan Qing Yun. Apabila mereka bertindak menentang Keluarga Jun, nasib mereka sudah ditentukan. Maut ialah takdir mereka.

Kenapa dia perlu mendengar bebelan dan kata-kata merepek orang yang sudah mati?

"Baik, Cik!" Teratai Mabuk tersenyum apabila mendengar arahan Jun Wu Xie. Niat membunuh di matanya menjadi tidak terkawal dan susuk tubuh yang berlumuran darah itu meluru dengan pantas ke arah Jiang Chen Qing.

"Hitam Kecil."

"MEOW… ROARRR!!"

"Ambil dia." Jun Wu Xie mengarahkan dengan tenang.

Minda binatang hitam itu dihubungkan dengan minda tuannya, jadi sudah tentulah Hitam Kecil faham apa yang Jun Wu Xie maksudkan. Tak lain tak bukan, dia merujuk kepada Mo Qian Yuan yang sedang nazak!

Binatang hitam itu bergerak pantas menuju ke tengah dewan itu dan pergi ke arah Mo Qian Yuan.

Qin Yu Yan hanya mampu memandang sambil terpegun melihatkan keadaan tidak lagi berpihak kepadanya. Dia tidak menyangka pemuda yang begitu kuat itu akan tunduk dan menurut arahan Jun Wu Xie dengan begitu teruja. Dia bertambah terkejut apabila Jun Wu Xie tidak cuba berunding dan terus mahu membunuh!

Perlakuannya itu langsung tidak menunjukkan walau sedikit perasaan hormat terhadap nama Kumpulan Qing Yun!

"Berani kau begitu biadab! Jun Wu Xie! Jangan terlalu angkuh! Kau berani mencemuh Kumpulan Qing Yun! Dengar sini semua! Ini tawaran saya. Sesiapa yang berjaya memenggal kepala Jun Wu Xie dan Teratai Mabuk akan membuatkan Kumpulan Qing Yun terhutang budi dengannya dan kami akan memenuhi satu permintaan kamu di masa hadapan. Saya mengesahkan perjanjian sekarang ini bagi pihak ayah saya!" Qin Yu Yan begitu meradang dan dipenuhi kemarahan sehingga dia melemparkan tawaran yang menarik dan sukar ditolak ini!

Hanya ada beberapa orang pengikut Kumpulan Qing Yun yang berada di situ. Lebih daripada sepuluh orang yang lain pula ialah pakar yang dijemput ke situ oleh Kumpulan Qing Yun. Mereka menerima undangan tersebut kerana memerlukan bantuan Kumpulan Qing Yun. Setelah mendengar komitmen dan janji Qin Yu Yan, mereka tidak teragak-agak untuk menyertai pertempuran!

Dalam sekelip mata, kesemua pakar yang dijemput itu, yang selama ini hanya duduk sahaja, mula bertindak. Mereka semua kebanyakannya memiliki sekurang-kurangnya roh tahap biru kecuali seorang sahaja. Dia sama seperti Wen Xin Han yang berjaya mencapai roh tahap indigo!

Qin Yu Yan terus merenung Jun Wu Xie sambil mengetap giginya. Sewaktu dia menyuarakan tawarannya tadi, dia sengaja mengecualikan lelaki tampan yang berdiri di belakang Jun Wu Xie itu.

Lelaki itu diam sahaja selama ini, dan Qin Yu Yan tak tahu siapa dia sebenarnya. Kalau dia sedar apa yang baik untuk dirinya, Qin Yu Yan akan membawanya pulang ke Kumpulan Qing Yun selepas Jun Wu Xie dihapuskan. Tetapi kalau lelaki ini tidak sedar betapa beruntungnya dia...

Mata Qin Yu Yan berkilau dingin. Dia ada banyak bekas berubat di halaman belakangnya yang menanti lelaki ini!


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C233
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión