Orang pertama yang masuk ke pangkalan pelentingan adalah Ling Lan. Dia menghubungi pegawai JMC yang bertugas di pangkalan pelentingannya dan berkata dengan dingin, "Mecha Nombor Satu Puak Mecha 250 memohon kebenaran untuk berlepas!"
"Ah, baik!" Ling Lan berkerut apabila mendengar suara risau di pihak yang membalas panggilan.
"Helo, saya pegawai JMC yang bertugas untuk pelepasan Tuan. Maaf buat Tuan menunggu. Kami sedang lakukan pemeriksaan akhir. Senjata Mecha Nombor Satu lengkap dan enjinnya normal. Tuan dibenarkan untuk berlepas. Hitung undur bermula sekarang… 3,2,1, berlepas!"
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!