Descargar la aplicación
4.33% TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 30: Saya Arahkan Kamu Semua untuk Serang Saya!

Capítulo 30: Saya Arahkan Kamu Semua untuk Serang Saya!

Editor: EndlessFantasy Translation

Kafe itu dihubungkan dengan hanya satu terowong ke sebuah bangunan berwarna putih mutiara yang mengagumkan dan epik. Dindingnya dibina sejauh penglihatan dan kelihatan seperti dinding biasa. Tetapi sebenarnya dinding itu mengandungi pintu elektronik yang tidak terkira jumlahnya dan tersembunyi daripada mata kasar. Pintu utama untuk ke bangunan realiti maya ini dapat diakses melalui terowong ini, dan pintu ini dibuka untuk tentera profesional Persekutuan bagi tujuan latihan dan perlawanan simulasi maya.

Sebaliknya, pintu masuk yang Ling Lan dan kanak-kanak lain gunakan sebenarnya ialah pintu belakang bangunan realiti maya ini. Pintu itu dihubungkan ke akademi pengakap itu dan dari luar, kawasan itu kelihatan sebagai padang biasa. Inilah sebabnya mengapa Ling Lan telah ditipu dengan mudah. Siapa sangka akademi pengakap mempunyai akses pada teknologi maya secanggih ini? Dari keadaan ini, dapat dilihat betapa pihak Persekutuan amat mementingkan proses mencungkil bakat golongan muda.

Sudah tentulah akses yang diberikan kepada akademi pengakap bukanlah semata-mata untuk tujuan menjalankan ujian. Pada masa hadapan, bantuan teknologi maya akan menjadi sangat berharga untuk menaikkan semua statistik kanak-kanak.

Pemeriksa itu berjalan di sepanjang dinding putih itu untuk seketika. Secara jujurnya, tanpa menggunakan isyarat yang telah dia letakkan di dalam peranti komunikasinya, pemeriksa itu sendiri tidak akan tahu di mana terletaknya bilik 72. Pintu elektronik ini tidak akan dapat dilihat sebaik sahaja masuk ke dalam dinding yang tidak berkesudahan ini. Seolah-olah pintu itu telah menjadi sebahagian daripada dinding.

Pemeriksa itu masih meneruskan langkahnya sehingga tiba-tiba, peranti komunikasi pada pergelangan tangannya mula bergetar. Dia segera berhenti dan tersenyum. Nampaknya dia telah menemui bilik itu.

Dia kelihatan seperti sedang meraba-raba sebahagian dinding di hadapannya itu secara rawak. Sebenarnya pergerakan ini dilakukan penuh teliti. Tidak lama kemudian, hujung jarinya dapat merasakan yang dia telah menemui bahagian yang betul dan dia menekan sedikit sebanyak tiga kali.

Dinding itu bergerak dengan cepat, bahagian yang ditekan oleh pemeriksa itu mula menyala, dan skrin sebesar tangan muncul daripada dinding itu. Skrin itu memaparkan halaman kata laluan, dengan input papan kekunci yang terdiri daripada sepuluh angka Arab, 0 hingga 9.

Pemeriksa itu tersenyum sambil menaip pada papan kekunci itu. Kelajuannya sangat menakjubkan. Jari-jarinya bergerak dengan begitu cepat sehingga pergerakannya hampir tidak dapat dilihat. Mustahil orang lain boleh nampak nombor yang dia sedang tekan. Kemudian, kedengaran bunyi klik yang kuat, seperti bunyi kunci pintu dibuka. Dengan sekelip mata, pintu bilik 72 telah muncul di sebelah kiri pemeriksa itu.

Pemeriksa itu berjalan masuk, dan pintu itu ditutup dan menjadi sebahagian daripada dinding putih itu sekali lagi.

Sebaik sahaja pemeriksa itu memasuki bilik 72, dia nampak trek maya yang luas itu. Di belakangnya, tidak ada pintu mahupun dinding lagi, hanya trek sahaja yang tinggal. Ilusi itu sangat realistik sehingga sukar untuk mempercayai ada pintu dan dinding di situ beberapa saat yang lalu.

Pemeriksa itu menunggu seketika sehingga dia nampak sepuluh orang kanak-kanak dari jauh. Ada yang berlari sementara ada yang sedang ditarik, ada yang membebankan dan ada yang menyokong orang lain... tetapi mereka masih berusaha bersungguh-sungguh untuk meneruskan larian. Bukan berlari, berjalan lebih tepat. Nampaknya sepuluh orang kanak-kanak itu hampir kehabisan tenaga. Dalam ujian sebelum ini, biasanya mereka akan muncul satu persatu, tidak seperti kumpulan ini yang masih teratur dan berjaya sampai ke garisan penamat tanpa kehilangan seorang ahli sekalipun.

Pemeriksa itu agak kagum dengan mereka. Mungkin inilah yang cuba disampaikan oleh pegawai pemantau itu kepadanya. Mereka memang kanak-kanak yang sangat hebat.

Apabila kanak-kanak itu nampak dia, mereka tiba-tiba menjadi gembira. Kemudian, seolah-olah mereka telah disuntik dengan perangsang, mereka meluru dan menyerbu pemeriksa itu seperti harimau yang ganas.

Pemeriksa itu tersenyum. Petanda yang baik apabila keinginan untuk menang menyebabkan reaksi sedemikian daripada kanak-kanak ini. Memang betul, mereka mempunyai potensi. Pemeriksa itu sangat gembira dan tanggapannya terhadap kumpulan Ling Lan bertambah baik.

"Saya nampak pemeriksa..." Qi Long yang sangat penat ternampak pemeriksa itu semasa dia mengangkat kepalanya dan ini menyebabkan dia bersuara dengan kegembiraan. Kata-kata Qi Long membuatkan ahlinya yang lain bersatu, mata mereka berubah warna merah, penampilan mereka seperti serigala gila...

Awoooo! Secara serentak, sepuluh orang kanak-kanak itu menyalak. Kemudian seolah-olah mereka telah nampak hidangan gourmet memasuki kawasan mereka, mereka tiba-tiba menjadi penuh bertenaga dan bergegas menuju pemeriksa yang berdiri jauh daripada mereka.

Mereka melepasi garisan penamat tetapi tidak memperlahankan larian sama sekali. Sebaliknya, mereka berlari lebih laju dan menerkam pemeriksa itu.

Terkaman sepuluh kanak-kanak itu begitu agresif sehingga pemeriksa itu terkejut, tetapi mereka fikir dia siapa? Pemeriksa itu ialah seorang anggota tentera profesional yang telah melalui pertempuran galaksi yang besar. Dia dengan pantas kembali tenang.

"Budak-budak nakal!" Serangan mengejut ini membuatkan pemeriksa itu terkedu. Ekspresi wajahnya menjadi tegas, dan tanpa mengambil satu langkah sekalipun, dia memusingkan badannya ke tepi sedikit. Begitulah cara dia mengelak serangan terdesak kanak-kanak itu dengan jayanya.

"Jahanam, kita terlepas!" Qi Long tersandung lalu jatuh ke depan dan menumbuk tanah dengan kekecewaan.

Luo Lang, yang tidak jauh daripada Qi Long, juga rebah ke tanah dengan muka tidak puas hati. Sebenarnya, sewaktu mereka hampir menyerah kalah, Qi Long telah memberikan cadangan yang telah mendorong mereka...

Qi Long mencadangkan yang mereka patut membalas dendam pada pemeriksa itu dengan menjadikannya sebagai bantal mereka. Betul, mereka akan menolaknya ke tanah dan menindihnya. Ini akan menunjukkan pada pemeriksa itu yang mereka tidak mudah dibuli!

Baiklah, jadi plot ini telah menyemarakkan kebencian dalam sepuluh kanak-kanak itu hingga ke tahap maksima dan berjaya mengeluarkan limpahan tenaga dari dalam badan mereka. Keadaan ini yang membolehkan mereka terus berlari sampai penghujungnya.

Kebencian sememangnya daya pendorong yang hebat.

Bagi Ling Lan, dia bukan memberikan kerjasama akibat rasa benci. Sebaliknya, fikirannya telah melayang ke tempat yang aneh. Dia memikirkan sekumpulan kanak-kanak yang nakal menolak pemeriksa yang matang dan kacak... Bukankah ini seperti kisah romantis di antara sekumpulan pelajar dan guru mereka? Bukankah begitu? Bukankah?

Baiklah, jadi pemikiran Ling Lan telah tercemar. Ini semua salah kehidupan masa silamnya di mana dia telah membaca pelbagai novel berkualiti rendah.

Pemeriksa itu memerhati mereka sambil menyilangkan tangannya. Dengan senyuman dingin, dia berkata, "Ha, nampaknya kamu masih mempunyai tenaga. Boleh tahan." Ekspresi mukanya sangat dingin, sedingin ais, tetapi sebenarnya hatinya berasa gembira. Kumpulan ini terlalu menyerupai pasukan tentera baru yang dilatih olehnya. Mereka mempunyai semangat, mereka mempunyai keberanian, dan mereka boleh berfikir untuk diri sendiri. Namun mereka hanya berumur enam tahun... sangat luar biasa. Pemeriksa itu ingin sahaja mengambil sepuluh orang kanak-kanak ini terus masuk latihan ketenteraannya untuk latihan khas. Mereka pasti akan menjadi tentera yang hebat suatu hari nanti.

Qi Long mengangkat tangannya untuk menyerah diri. "Tuan, kami betul-betul penat."

Pemeriksa itu mengejek, "Jika kamu semua mahu lulus, bangun." Aduh, masih boleh bercakap dengan suara yang kuat walaupun kehabisan tenaga? Kamu fikir kamu sedang menipu siapa?

"Ïsh." Qi Long merengek, tetapi perlahan-lahan bangun juga. Semua orang telah bekerja keras untuk menyelesaikan ujian ini. Jika mereka gagal hanya kerana mereka tidak dapat berdiri pada akhirnya, pastinya amat memalukan. Qi Long sangat dipengaruhi oleh bapanya yang percaya seorang lelaki itu harus menghadapi kematian dengan bangga.

Qi Long yang pertama berdiri, dan Luo Lang yang kedua. Walaupun tangan dan kaki Luo Lang kejang akibat keletihan, dia masih tidak mahu kalah dengan Qi Long. Apabila dia nampak Qi Long berdiri, dia menolak badannya untuk turut berdiri, atas keinginan tidak mahu kalah.

Kemudian Ling Lan pula berdiri, diikuti oleh Han Jijyun, Luo Shaoyun, Li Jinghong, dan He Chaoyang. Mereka berdiri seorang demi seorang, mengikut turutan, sehinggalah yang terakhir, dua orang budak perempuan itu, Han Xuya dan Luo Chao.

Walaupun mereka tersandung dan jatuh beberapa kali, mereka semua masih mampu berdiri tegak akhirnya. Mata mereka menunjukkan kegigihan untuk berjaya.

Pemeriksa itu gembira. "Bagus, kamu memang bersemangat. Sekarang, saya mengarahkan kamu semua untuk menyerang saya. "

Semua kanak-kanak itu terkejut dengan pengumuman yang secara tiba-tiba ini.

Han Jijyun paling pantas bertindak balas. CPU otaknya memproses pada kelajuan yang tinggi, menganalisis niat di sebalik kata-kata pemeriksa itu. Mukanya serius ketika dia bertanya, "Kenapa?"


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C30
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión