Wanita Alam Kubur itu tergamam selepas mendengar kata-kata Si Hitam dan dia berpusing untuk melihat anjing yang berpipi tembam itu. Anjing itu seperti hendak menipu wanita itu dengan suara garaunya. Walau bagaimanapun, ada sedikit kebenaran di dalam kata-katanya itu.
Wanita itu menjilat bibirnya kerana dia agak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh anjing itu.
Walaupun begitu, dia masih ragu-ragu sama ada Bu Fang akan menghidangkan sajian-sajian yang sarat dengan pati roh kepadanya ataupun tidak.
Kalau tubuhnya kekurangan pati roh, dia akan mengalami tindak balas sumpahan itu dan dia akan rasa sakit yang teramat sangat, seolah-olah tubuhnya dikelar dengan beribu-ribu bilah pedang ataupun digigit oleh sepuluh ribu ekor semut.
Tetapi, dia masih ragu-ragu.