"Emmm… jangan salah faham." Bu Fang memandang Xiao Yanyu. Hujung mulutnya menggerenyet sambil tersenyum paksa dan membuatkan dia nampak seperti mahu menangis.
Dia memang datang ke Rumah Sundal Aroma Musim Bunga hanya untuk makan, untuk makanannya saja.
Xiao Yanyu mengangkat kening halusnya dan matanya berkelip-kelip. Dia rasa sangat terperanjat bila bertembung dengan Tauke Bu di Bandar Selatan, sebuah tempat yang sangat jauh dari Bandar Diraja. Bukan sahaja itu, dia ternampak pula Tauke Bu berjalan keluar dari Rumah Sundal Aroma Musim Bunga.
Tidak kiralah betapa dingin dan acuh tak acuh Tauke Bu ini, namun, dia tetap seorang lelaki. Apakah yang seorang lelaki buat dalam rumah pelacuran? Oh tuhan!
Dia tak pernah menyangka Tauke Bu orang sebegini!