Tiada langsung bayang-bayang manusia yang dapat dilihat di dalam dewan utama yang indah dan megah di istana Bandar Diraja. Semua orang, termasuk sida-sida dan pembantu istana telah dihalau oleh Ji Chengxue.
Dia duduk di atas takhtanya berseorangan sambil memejamkan matanya. Dia tidak tidur, sebaliknya dia sedang bertafakur. Sekarang, keadaan yang huru-hara di Bandar Diraja itu berada di luar kawalannya. Walaupun dia seorang maharaja, tetapi dia rasa tidak berdaya dan tidak berkuasa.
Xiao Meng telah menghantar seorang perisik baru. Daripada maklumat yang telah diberikan oleh perisik itu, dia mendapat tahu banyak perkara yang berlaku di sekitar Bandar Diraja. Bandar Diraja pada masa kini bukan berada di bawah kawalannya lagi. Bukan itu sahaja, bilangan Tuhan Pertempuran kelas kelapan pun semakin bertambah. Mereka merupakan golongan yang sungguh berkuasa di Bandar Diraja dan ini bermakna yang Empayar Bayu sendiri tidak boleh menewaskan mereka dengan mudah.