Di jalan-jalan Bandar Diraja, di satu lorong sunyi.
Satu pancaran cahaya malap kelihatan dalam lorong yang gelap itu. Di pintu masuk Restoran Fang Fang, Si Hitam berbaring senyap dan bernafas perlahan sambil tidur nyenyak.
Bidai-bidai restoran itu tertutup rapat. Dari dalam restoran itu, bunyi merdu pisau berlanggaran dengan papan pemotong kedengaran.
Jari-jemari runcing Bu Fang basah dengan percikan air. Dengan pisau di tangannya, dia memotong dadu lobak putih dengan irama sekata. Pisau itu bergerak pada kelajuan yang mengagumkan dan hampir mempesonakan mata. Bu Fang meneruskan aksinya dengan teratur. Jelas daripada gayanya pergerakan itu tidak cukup laju buatnya.
Akhirnya, bahagian terakhir lobak putih itu siap dipotong dadu. Kemudian, Bu Fang memutarkan pisau di tangannya. Pisau itu mula berputar seperti kincir angin.
Selepas itu, Bu Fang mencampakkan pisau itu terus ke dalam bekas pemegang pisau.
Donburi ialah sejenis makanan Jepun berupa nasi dalam mangkuk yang dihidang bersama lauk daging, ikan atau sayur.