"Kalau kamu nak buat masalah, kamu kena tanggung akibatnya." Bu Fang berkata dengan tenang sambil bersendawa.
Dia menyandarkan bahu ke pintu sambil memegang cawan porselin dengan dua jari. Wajahnya merah kerana alkohol itu dan matanya tertutup separuh disebabkan dia mabuk. Dia nampak seperti menggoda.
Wajah Tian Xuzi berkerut bila dia terhidu bau sendawa itu. Dia mengambil beberapa langkah ke belakang dan menjeling ke arah Bu Fang.
Kemudian, satu senyuman dingin muncul di bibirnya sambil rambut dan janggutnya menggerbang dan tenaga pedang muncul di belakangnya.
"Habis tu kenapa kalau aku nak buat masalah? Kalau aku tak dapat minum wain itu malam ni, aku akan hancurkan kedai kau!" Tian Xuzi berkata. Sambil dia membentuk gerak isyarat dengan tangannya. Pedang panjang di belakangnya memancarkan getaran merdu dan melonjak keluar dari sarungnya. Pedang itu terbang beberapa ketika di udara sebelum berhenti di atas kepalanya.