Descargar la aplicación
6.7% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 64: Nasi Goreng Telur yang Diganding Bersama Sup Tauhu Kepala Ikan

Capítulo 64: Nasi Goreng Telur yang Diganding Bersama Sup Tauhu Kepala Ikan

Editor: EndlessFantasy Translation

Keadaan dalam restoran itu tiba-tiba menjadi tenang. Tekanan yang diberikan oleh maharaja itu menyebabkan Xiao Meng dan Ji Chengxue susah hati.

Maharaja Changfeng mempunyai reputasi tersendiri. Selama bertahun-tahun lamanya, dia berperang dengan sekta-sekta di luar sempadan dan menghancurkan begitu banyak sekta yang dulunya begitu gilang gemilang. Aura menakutkan dan pandangan mautnya begitu terasa.

Namun, wajah Xiao Meng sedikit berkerut sambil dia berbisik di telinga maharaja, "Tuanku… jangan lupa latar belakang restoran ini. Anjing hitam besar yang berbaring di pintu masuk tiu ialah seekor binatang semangat agung. Agak susah untuk musnahkan restoran ini."

Maharaja itu tersenyum lebar sambil matanya melirik ke arah Xiao Meng dan berkata, "Jeneral Besar Xiao, Beta masih ingat apa yang kamu laporkan. Selagi tak ada orang buat hal dalam restoran ini, binatang semangat agung itu tak akan masuk campur. Betul tak?"

Xiao Meng terkesima seketika. Dia tak faham kenapa maharaja bertanya soalan sebegitu. Ada banyak cara menghancurkan restoran ini walaupun agak sukar mengelakkan binatang agung itu masuk campur. Namun, itu tak bermaksud tak ada langsung caranya." Jari telunjuk maharaja mengetuk-ngetuk permukaan meja.

Anak mata Xiao Meng mengecil sedikit sambil dia berfikir, 'Ada cara lain? Boleh ke Tuanku mencari seseorang yang boleh menahan binatang semangat agung dalam bandar diraja ni?'

"Jeneral Xiao, kamu tak peka dengan taktik perniagaan yang pelbagai disebabkan kamu selalu di medan peperangan. Walaupun restoran ini ada binatang semangat agung, ia hanyalah sebuah kedai dan ada peraturan yang perlu dipatuhi. Kalau Beta mengharamkan semua orang daripada datang ke restoran ini, kamu rasa ia masih boleh beroperasi?" Si Maharaja tergelak kecil sambil dia mengingatkan Xiao Meng.

Barulah Xiao Meng sedar sambil wajahnya nampak kagum. Dia berkata dalam hatinya, 'Betul tu. Binatang semangat agung mempunyai harga diri. Selagi tak ada orang buat hal dalam kedai ini, ia tak akan masuk campur. Memang kaedah paling mudah dan berkesan ialah menyasarkan perniagaan ini sendiri.'

"Haha, tak perlulah Jeneral Xiao risau. Beta hanya bercakap tanpa berfikir panjang. Kalau hidangan Tauke Bu memuaskan hati, kenapa perlu Beta masuk campur urusan perniagaannya?" Maharaja tergelak kecil sambil mengusap janggutnya.

"Xiaoyi, tolong hidang makanan ini." Bu Fang memanggilnya. Sambil yang lain-lain berborak di luar, dia berjaya menyiapkan satu lagi hidangan.

"Tauke busuk… Kalau hidangan ni tak memuaskan hati Nenda Maharaja, Baginda akan mengharamkan semua orang datang ke kedai ini." Ouyang Xiaoyi menjengahkan kepala ke dalam dapur dan berbisik kepada Bu Fang sambil dia mengambil makanan.

Bu Fang mengangguk tanpa perasaan dan langsung tak kisah sambil membalas, "Oh."

"Eh? Tauke busuk tak risau ke?" Xiaoyi memuncungkan mulut sambil bertanya. Xiaoyi ikhlas mengingatkan tauke busuk tapi dia membalas acuh tak acuh. Geram betul!

Bu Fang mengusap kepala Xiaoyi sambil berkata dengan senyuman sinis, "Jangan risau. Tak ada siapa pun yang tak akan berpuas hati dengan makanan yang disediakan Tuhan Masakan ini."

Ouyang Xiaoyi tertawan sambil memandang Bu Fang yang penuh keyakinan. Mata Xiaoyi seakan-akan berkelipan sambil dia berfikir, 'Tauke busuk yang begitu yakin ni sangat kacak!'

"Pergi. Jangan biarkan pelanggan menunggu." Kata Bu Fang.

Ouyang Xiaoyi mengangguk dan segera menghantar makanan ke meja Ji Chengxue.

"Paduka Kekanda, ini adalah Ikan Perap Bijian Wain Beras. Selamat menjamu selera." Ouyang Xiaoyi berkata dengan comel sambil meletakkan hidangan itu di hadapan Ji Chengxue.

Ji Chengxue mengangguk. Dia memandang sekilas maharaja dan mendapati yang ayahandanya itu sudah tertawan dengan aroma wain dan ikan yang bercampur dalam hidangan Ikan Perap Bijian Wain itu.

Pandangan mahajara sudah teralih ke arah hidangan itu. Wajahnya yang berkedut agak menggeletar dan dia kelihatan seperti sedang menelan air liur.

"Ayahanda… Mahukah Ayahanda mencuba hidangan ini?" Ji Chengxue bertanya dengan hormat.

Bila maharaja tendengar kata-kata Ji Chengxue, dia mengalihkan pandangan dan berkata, "Tak perlu. Kamu makanlah sendiri. Beta sudah memesan hidangan itu… Tapi, apa namanya?"

"Ikan Perap Bijian Wain." Ji Chengxue membalas dengan hormat.

Maharaja itu mengangguk acuh tak acuh. Dia memejamkan matanya supaya dia tak perlu beri perhatian kepada keadaan sekeliling.

Ji Chengxue mengeluh. Pandangannya terhadap maharaja nampak suram sambil dia berkata dalam hati, 'Kenapalah Ayahanda tak sukakan aku… Aku anaknya juga dan aku turut serta bertarung di barisan hadapan. Kenapa Ayahanda langsung tak risaukan aku?'

Xiao Meng pun tak rasa tak senang. Dia berjalan ke meja Ji Chengxue dan menuang secawan wain. Kedua-dua mereka menyentuhkan cawan bersama dan mula minum.

Sambil bau harum meresap keluar dari dapur, kelopak mata maharaja yang terpejam tadi mula bergetar. Akhirnya dia membuka mata.

Selepas habis hidangannya, Ji Chengxue bangun dan memberi tabik hormat kepada maharaja. "Ayahanda, Anakanda perlu menghadiri majlis kempen peperangan. Jadi, Anakanda minta diri dulu untuk berangkat."

Maharaja mengangguk dan melambai tangannya untuk menyatakan yang dia boleh beredar.

Ji Chengxue memandang penuh makna tubuh maharaja itu dan matanya terpaut seketika. Dia kemudian berpaling dan beredar sambil lengan jubahnya berkibaran seperti ombak yang bergulung.

"Xiaoyi, tolong hidang makanan." Suara Bu Fang kedengaran dari dapur sekali lagi.

Mata Ouyang Xiaoyi bersinar. Dia tahu yang hidangan seterusnya untuk maharaja. Dia ternanti-nanti saat ini untuk melihat maharaja ditewaskan oleh hidangan Bu Fang.

Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi itu sangatlah harum. Cecair telur keemasan dan likat itu menyaluti setiap biji nasi yang bagaikan permata. Hidangan itu nampak seperti bercahaya dan menawan mata.

"Nenda Maharaja, ini adalah Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi." Ouyang Xiaoyi meletakkan hidangan itu di hadapan maharaja dan matanya yang besar memandang penuh harapan.

"Bagus, bagus. Xiaoyi, kenapa kamu bekerja sebagai pelayan di sini? Datuk kamu setuju ke dengan apa yang kamu buat ni?" Kata maharaja dengan lembut sambil dia mengusap kepala Ouyang Xiaoyi dengan senyuman manis.

"Hmph, kalau atuk tak benarkan saya datang sini, saya akan tarik janggut dia!" Ouyang Xiaoyi berkata dengan ceria sambil matanya menjadi sepet.

Maharaja itu tertawa sambil mengalihkan pandangannya ke arah Nasi Goreng Telur itu. Serta merta, pandangannya berubah.

Sebagai seorang maharaja, dia begitu cerewet dengan makanannya. Dalam istana diraja, cef-cef dapur diraja dipilih dengan teliti daripada berpuluh ribu cef di segenap pelusuk Empayar Bayu. Mereka semua golongan elit dalam dunia kulinari.

Dia sudah mencuba pelbagai hidangan dan kebolehannya menilai makanan tak setanding orang biasa.

Selain bau harum Nasi Goreng Telur itu, rupanya juga sudah menawan hatinya. Ia tidak dimasak seperti Nasi Goreng Telur biasa. Telur yang digunakan Bu Fang masak sebanyak lapan puluh peratus dan dituang ke atas nasi seperti sos.

Maharaja menggunakan sudu porselin dan cecair telur itu meleleh sambil dia mencedoknya. Wap panas keluar daripada tempat dia mencedok nasi dan baunya yang harum menusuk ke dalam hidung. Dia terasa seperti disaluti haruman itu dan tenggelam dalam lautan bau yang enak.

Bila dia menyuap nasi itu, cecair telur yang masak lapan puluh peratus itu terus mengeras. Rasanya pejal dan melantun-lantun di antara lidah dan dinding mulutnya.

Gulp!

Selepas habis sesuap, si maharaja tidak dapat menahan diri daripada terus menyuap lagi.

"Harumnya! Enaknya!" Mata maharaja itu bersinar-sinar. Sudah lama dia tak makan hidangan sesedap ini yang berjaya membuatkan seluruh liang roma badannya mengembang.

Sambil maharaja menikmati Nasi Goreng Telur itu, Ouyang Xiaoyi menghantar lagi satu hidangan. Ia adalah Sup Tauhu Kepala Ikan yang dihidang dalam mangkuk porselin berwarna biru putih.

Sup yang seputih susu itu berkocak dalam mangkuk. Tauhu yang seperti jed itu tak kelihatan jelas tapi ia bercahaya. Ikan yang lembut itu pula penuh beraroma.

"Nenda Maharaja, cubalah makan Nasi Goreng Telur bersama-sama Sup Tauhu Kepala Ikan. Sedap sangat. Cubalah sup kegemaran Xiaoyi ni."

Bila Ouyang Xiaoyi nampak ekspresi mabuk maharaja, hatinya berbunga-bunga. Dia meletakkan mangkuk sup itu di hadapan maharaja dan dia mencedoknya ke dalam mangkuk kecil.

Sup seputih susu itu menghasilkan haruman kaya yang sepadan dengan Nasi Goreng Telur. Maharaja semakin berselera sambil perutnya berkeroncong kerana lapar.

Selepas merasa sesuap sup, rasa ikan dan aroma tauhu bermain-main di hujung lidahnya dan menyaluti deria rasanya. Dia tak mampu menahan diri dan berkata, "Sup ikan ini… sangat hebat!"

Dari jauh, Xiao Meng menarik nafas lega sambil berfikir, 'Tuanku, baguslah kerana Tuanku berasa gembira. Asalkan Tuanku senang hati, Tuanku tak akan fikir untuk masuk campur urusan restoran Tauke Bu. Patik juga tak perlu berhadapan binatang semangat agung tu. Semua orang pun gembira.'


Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C64
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión