TintaHitamTanpaAra

TintaHitamTanpaAra

female LV 2

Dikenali sebagai Penulis Typo yang amatur. Main channel penghasilan karya adalah Wattpad dibawah id : TintaHitamTanpaArah. Under management Aplikasi NOVELPLUS.

2018-07-26 Beigetreten Malaysia
Aktivität
Originelle Werke
Abzeichen 5

Moments 5
TintaHitamTanpaAra
TintaHitamTanpaAra
5 months ago
Posted

Terima kasih sebab sudi singgah baca novel karya Amatur dari TintaHitamTanpaArah

TintaHitamTanpaAra
TintaHitamTanpaAra
11 months ago
Replied to bAby_tOmey

Hahah...dah tukar tajuk awak...Love The Way You Lie tu adalah tajuk baru buku Si Nerd Dan Si Loser

TintaHitamTanpaAra
TintaHitamTanpaAra
12 months ago
Replied to bAby_tOmey

i see you ..nampak notifuication masuk.

TintaHitamTanpaAra
TintaHitamTanpaAra
3 years ago
Replied to waheedah_hans

kalau nak citer yg lagi best. lawat wattpadd tinta. dkt situ ada lebih dri 30 novel yg lain. try la install Wattpadd. cari nama TintaHitamTanpaArah. Make sure setting language preferences dulu dkt bahagian setting ya.

TintaHitamTanpaAra
TintaHitamTanpaAra
3 years ago
Commented

kalau nak baca cerita yang lain boleh lawat wattpadd saya. main channel sy publish novel. ada banyak buku yg sy dh publish. Keyword search TintaHitamTanpaArah

  • Kiss Me Liar original

    Kiss Me Liar

    History

    Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban ayahnya yang teringinkan anak lelaki dan beranggapan mempunyai anak perempuan itu membawa malang, Darra Emerson di ajar berpakaian seperti lelaki sejak lahir lagi. Malah semua orang tahu keluarga Emerson ini hanya ada anak lelaki. Nak tak nak terpaksalah Darra hidup dalam penyamaran semata itu. Suatu hari keluarga Darra menerima tawaran untuk sambung belajar di Akademi Latihan Muda yang mana merupakan tempat anak-anak bangsawan di ajar untuk persediaan menjadi pegawai diraja. Mengejutkan, akademi itu khas untuk lelaki sahaja. Dan setiap ahli keluarga berdaftar wajib hantar anak mereka. Jika ada yang ingkar maka raja bakal menyita semua harta bangsawan itu sehingga muflis. Satu lagi masalah, Darra yang berdaftar atas nama lelaki terikut sama kena belajar dalam akademi itu. Rasanyalah kan, apa yang berlaku pada Darra sepanjang masa dia dalam Akademi Latihan Muda tu ya? Dapat ke Darra simpan identiti dia tu sehingga dia selamat tamat belajar selama tiga tahun dekat situ? Nak tahu? Marilah baca, buku gender bender pertama dari TintaHitamTanpaArah! Julai 2023

    120 Chs 0 Sammlungen

  • Princess Luana original

    Princess Luana

    Fantasy

    Luana Finley, Puteri Mahkota Kerajaan Marlowe. Seperti gelaran yang diberikan kepadanya, sebegitu jugala beratnya tanggungjawab yang disandarkan kepada dia. Kenapa? Pertama sebab ayahandanya telah mangkat, bondanya turut meninggal dunia ketika melahirkan dirinya. Luana pula anak tunggal, waris takhta dirajanya. Oleh kerana dia anak perempuan, maka tugas sebagai raja telah diturunkan kepada dia. Masalahnya sekarang dia baru berusia 19 tahun, masih mentah dalam dunia politik atau pengurusan diraja. Kerana itu, Raja Issak iaitu adik kepada ayahada Puteri Luana di lantik menjadi penyandang taktah sehingga la Puteri Luana temui lelaki yang boleh menjadi suaminya dan kukuhkan kedudukannya sebagai pewaris sah Kerajaan Marlowe. Berita mengenai pencarian suami buat Puteri Luana pun tersebar ke seluruh daerah dan negeri tidak lama kemudian. Maka berbondong-bondong la lelaki datang menghadap. Mahu melamar Puteri Luana untuk menjadi isteri mereka. Puteri Luana menjadi gadis seusianya, sama sekali tidak berminat dengan semua itu telah timbulkan masalah dan kacau bilau kan pertemuannya dengan setiap calon suami yang hadir ke situ. Sampaikan ramai dayang wanita di istana menjadi Fake Princesss Luana. Agaknya, dapat ke antara ramai-ramai calon suami yang hadir ke situ menjadi suami Princess Mischievious ini? 25/12/2020-5/1/2021 Januari 2021

    52 Chs 4 Sammlungen

  • That's Not My Problem original

    That's Not My Problem

    Teen

    "That not my problem!" Pfft! Yalah! Elok niat dia tak nak menyibuk urusan dan masalah orang lain, balik-balik masalah sendiri yang mahukan dia! Pergi mampus dengan istilah tu! Rasa macam nak maki je semua orang dekat dunia ni sekarang! Apa isu mereka dengan dirinya?Tak boleh ke mereka jauhkan diri dari dia dan tidak libatkan sebarang masalah berkaitan dengan dia? Macam sh*t je! Hera Xiana, gadis remaja yang sering terlibat dengan masalah. Sama ada dia yang cetuskan sendiri atau orang yang libatkan diri dia dengan masalah tu. Dia tidak mahu menyibuk. Tapi dirinya ikut terpalit. Dia di tuduh, dipersalahkan, di aniaya oleh keluarga sendiri. Tapi dia tidak balas. Sebab apa?Sebab dia tahu sekiranya dia melawan, orang lain bakal menjadi pajakan untuk masalahnya nanti. Mahu tak mahu Hera terpaksa mengalah dan akur. Dia terima semua tuduhan tu. Sudi di persalahkan. Sehingga la suatu masa dia dibuang oleh ibubapanya untuk tinggal Bersama maksu dia yang merupakan dekan sebuah institute Pendidikan. Dari situ la dia bertemu dengan Kayden Daniel. Si jejaka muda tampan yang dua kali lima saja perangainya dengan Hera. Mr Bully bertemu dengan Ms Gangster. Buku bertemu ruas. Siapa yang mengalah dulu? Mula 21/3/2021-13/4 April 2021

    95 Chs 6 Sammlungen

  • Oh My Crush original

    Oh My Crush

    Urban ACTION ROMANCE ADVENTURE SYSTEM COMEDY

    Abgeschlossen

    Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

    57 Chs 88 Sammlungen

  • Damon Revenge original

    Damon Revenge

    Urban ACTION ROMANCE ADVENTURE R18 SYSTEM

    Abgeschlossen

    Every life is a story, thank you for being part of my story.

    82 Chs 48 Sammlungen

  • Cinta Pada Cara Kau Menipu original

    Cinta Pada Cara Kau Menipu

    Teen ROMANCE

    Abgeschlossen

    Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

    78 Chs 102 Sammlungen

  • Beautiful And Bittersweet original

    Beautiful And Bittersweet

    Teen ACTION ROMANCE R18 COMEDY

    Zehra Ivory. Seorang nerd? Mungkin. Pemalu. Kekok. Sudah tentu. Dia ada rahsia yang tiada siapa tahu. Lebam.luka yang tiada siapa pernah nampak dan jeritan yang tiada siapa pernah dengar. At least la itu yang dia fikirkan. Bahawa kewujudan dia ni tiada siapa yang sedar. Lalu muncullah, seorang pensyarah baru yang menggantikan pensyarah lain di kelas kuliah sama Zehra hadiri. Sir Neel Adam, seorang lelaki berpewatakan ceria yang easy going. Menarik minat ramai pelajar. Namun ramai-ramai di situ, dia dapati Zehra tidak seperti gadis yang lain. Perasaan ingin tahu menguasai Neel. Yang membawa dia kepada pendedahan sisi gelap Zehra Ivory. Apa yang akan berlaku? Berjayakah Sir Neel meruntuhkan tembok yang selama ini Zehra cuba pertahankan?

    0 Chs 33 Sammlungen

  • Penipuan Terindah original

    Penipuan Terindah

    Urban ACTION ROMANCE SYSTEM

    Abgeschlossen

    Adira Hester sama sekali tidak menduga lipatan takdirnya akan menjadi sebegini rupa. Namun dia pasrah. Jika inilah dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak tertanding nilai harganya. Yang menjadi pajakan dari pengorbanannya itu adalah masa depan dan harga dirinya. Namun pilihan apa yang dia ada? "Dasar anak memalukan!Aku susah payah hantar kau belajar!Yang kau bawa bukannya sijil tapi anak luar nikah kau!Mulai saat ni aku tak mengaku kau anak aku. Berhambus dari sini dengan anak haram kau!" Akur dengan kata-kata itulah, Adira akhirnya rela mempertaruhkan nasib bersama Alfie Hans. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat dinding putih. Tapi demi Jade, dia tetap mencuba sedaya upaya yang mampu. Walaupun Adira tahu bila kebenaran terbongkar dia yang akan tenggelam sendiri. "Betul ke tu anak dia?Anak kawan baik saya sendiri!?Sanggup awak rahsiakan hal ni dari saya Adira!Dasar perempuan tak guna!" Lantas hati kecil Adira terdetik. "Inilah balasan atas pengorbanan yang telah aku lakukan bertahun-tahun ni?" Dapatkah Adira pertahankan Jade dan perasaannya? Atau tidak? Pilihan apakah yang bakal Adira ambil nanti? Nak tahu baca la sendiri!

    0 Chs 58 Sammlungen

  • He's Sweet But Psycho original

    He's Sweet But Psycho

    Urban

    Abgeschlossen

    Pertemuan yang bermula dari blind date, tetapi berakhir kepada perkahwinan. Siapa sangka Caelan Ambrose,29 tahun yang terkenal dengan sikap misteri dan cerewetnya itu nekad mengahwini pasangan date dia selang sehari selepas pertemuan mereka iaitu Azariella Leilina. 25 tahun. Entah macam mana dua orang ini boleh bersama sedangkan tiada secalit pun perasaan suka atau cinta di hati masing-masing. Bagaimana la hidup mereka sebagai suami isteri kelak? Dapat ke mereka harungi ranjau rumah tangga yang ada masanya naik turun pasang surut tenang ribut itu? Ke mana hubungan mereka ini akan berakhir? Mula 20/6/2021 Tamat 10/7/2021 Julai 2021

    0 Chs 53 Sammlungen

  • My Petty Ex-wife original

    My Petty Ex-wife

    Urban

    PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS "You disgust me Grey Lawson!" "How is it when you sleep with my husband in the night our anniversary?" ********* Khalida Esmeray tiga puluh satu tahun tidak menyangka hubungan bersama suaminya selama 14 tahun bercinta lima tahun berkahwin akan diakhiri dengan berita sadis di malam ulang tahun perkahwinannya bersama pasangan tercinta dia Grey Lawson. Mungkin kerana perkahwinan mereka selama lima tahun ini tidak dikurniakan dengan anak dan Wanita bekerjaya, suami dia ambil keputusan untuk curang bersama sahabat baik dua puluh tahunya, Sara Marcella. Apa yang Khalida bakal lakukan selepas mengetahui kecurangan suami dan sahabat baiknya itu? Menangis? Meratap? Atau meroyan dengan menyerang pasangan tu? Segelap nama yang diberi, sesadis itu juga Khalida. Dia malah membiarkan penipuan mereka itu berlangsung untuk seketika bagi mengumpul bukti untuk penceraiannya nanti. Dengan cara itu Khalida boleh menuntut alimony diatas kecurangan Grey Lawson dan menyaman si penyondol Sara Marcella. Tunggu, cerita ini tidak berhenti setakat di situ aje. Nak tahu apa yang Petty Ex Wife ni bakal lakukan, ayuh! Sertai perjalanan karya TintaHitamTanpa Arah~!

    0 Chs 2 Sammlungen

  • Cinta Untuk Dijual original

    Cinta Untuk Dijual

    Urban

    PAID VERSION DAPATKAN DI NOVELPLUS Sabrina Pearl 28 tahun, sejak dibuang oleh ayahnya selepas lelaki itu berkahwin buat kali kedua, ibu kandung Sabrina ditinggalkan dalam keadaan gantung tidak bertali sehingga tidak sedarkan diri kerana sakit. Sabrina bekerja keras demi kelangsungan hidup, Sabrina memutuskan pertalian hubungan dengan ayah kandungnya selama 12 tahun sejak dia berusia 14 tahun. Sabrina tidak lagi ambil kisah lagi soal hidup ayahnya itu. Suatu hari, Sabrina didatangi oleh ayahnya sewaktu Sabrina terdesak memerlukan wang untuk pembiayaan ibunya. Dan ayah Sabrina datang bukan dengan niat hendak melawat. Lelaki itu hanya datang memegang gelaran seorang ayah di atas kertas dan membawa satu perjanjian. Perjanjian yang membuatkan Sabrina terpikat terpenjara. Seperti Rapunzel yang dikurung dalam menara, menunggu Prince Charming datang menyelamatkannya, dapat ke Sabrina bebaskan diri dari kekangan ayahnya yang menggunakan ibu Sabrina sebagai cagaran untuk permainan lelaki itu. Tanpa diduga Mr. Arrogant yang dia temui gara-gara kemalangan kereta yang tidak disengajakan itu,adalah klien yang Sabrina perlu kendalikan. "Awak tahu, mata tu digunakan untuk pandang bukan sebagai perhiasan dekat muka cantik awak tu je. Sebab tu mata dicipta dekat muka bukan dekat kaki..."beritahu Arden. "Dan awak tahu otak tu diberi untuk berfikir bukan untuk disimpan. Sebab itu ada pepatah kata, fikir dulu sebelum bercakap?"sabar Sabrina menipis bila lama-lama menghadap Mr. Arrogant depannya itu. Ibarat air dan minyak, bagaimana pengakhiran kisah Sabrina bersama Arden nanti? Nak tahu lebih lanjut mari la baca Love For Sale!

    0 Chs 5 Sammlungen

  • Ex Boyfriend Itu Suamiku original

    Ex Boyfriend Itu Suamiku

    Urban

    Sejak 15 tahun lagi mereka telah bersama. Seperti belangkas. Sukar berpisah dan sentiasa ada di samping antara satu sama lain tidak kira susah dan senang. Walaupun mereka tahu mereka tidak boleh bercinta di usia muda, mereka tetap pilih untuk bersama. Sehingga la masing-masing menginjak dewasa. Hubungan cinta rahsia mereka ini tidak ketahuan oleh keluarga masing-masing. 6 tahun berlalu. Anak muda yang kecil sekarang sudah menginjak usia 21 tahun! Apabila Kian Ambrose mula berfikiran mahu memutuskan hubungan, Edira Rosaline tak dapat nak terima keputusan cinta hatinya itu kerana dia terlalu sayang akan Kian. Separuh mati dia mahu bersama Kian. Tapi keputusan nekad Kian buatkan rasa sayang itu bertukar menjadi benci sepenuh hati Adiera. ****************************** "Apa ayah kata?Kahwin?" "Ya...umur kamu sendiri sudah mencecah 26 tahun. Lagipula kamu satu-satunya anak perempuan tunggal kami. Abang-abang kamu sudahpun berkahwin. Untuk itu giliran kamu pula la..." "Tapi Dira tak berminat lagi nak berkahwin...tak boleh ke ayah dengan mama bagi Dira masa lagi?" "Jangan risau sayang. Kami janji selepas kamu berkahwin kamu masih lakukan apa saja yang kamu mahukan." "Memangnya siapa orang yang mama jodohkan dengan Dira ni?Elok tidak orangnya?" "Calon suami kamu merupakan anak lelaki kenalan lama ayah kamu. Mereka sendiri sudah mengenali antara satu sama lain sejak 4 tahun yang lalu. Kebetulan anak lelaki dia sendiri baru sahaja di lantik menjadi CEO syarikat induk mereka. Disebabkan keluarga calon suami kamu risau dengan sikap workaholic anak lelaki mereka, mereka cadangkan perkahwinan ini pada kami." "Siapa nama dia?" "Kian Ambrose. Seusia dengan kamu rasanya..." Seperti ditampar berkali-kali depan muka, mata Dira terbutang kaku mendengar nama itu. "Siapa?"soalnya dengan nada tak percaya. Kalau ingatan dia masih betul, rasanya itu nama bekas teman lelaki dia 5 tahun yang lalu kan? OKTOBER 2022 Mula : 15/10/2022

    0 Chs 9 Sammlungen