"Tak guna, apa kamu cakap?!" Melihat bos mereka dimalukan, beberapa pengikutnya yang berdiri di belakangnya mula menghampiri.
"Hei… tak perlu terlalu teruja. Gadis ini kelakar. Saya suka."
Lelaki botak itu terbiasa dengan mengampu, menipu dan memuji wanita. Wanita muda dan matang seperti Huo Mian tidak termakan kata-katanya, dan itu sesuatu yang baru dan menarik. Dia langsung tidak marahkan Huo Mian.
"Si cantik, macam ini... kamu tak akan dapat balik hari ini tak kira saya minum minuman dalam gelas ini atau tak… kenapa kamu perlu berbalah dengan saya?"
Kata-kata ancaman lelaki botak itu tidak membuatkan Huo Mian takut malah dia tersenyum mendengarnya.
"Saya tak mahu terlibat dalam apa-apa masalah. Saya cuma nak duduk seorang diri dengan minuman saya. Kamu semua patut pergi. Kalau kamu terus ganggu saya, kamu akan terima akibatnya nanti."