App herunterladen
20% The World Of Fantasy: Arynniel / Chapter 2: SEKOLAH

Kapitel 2: SEKOLAH

Tepat jam 4 pagi Niel sedar dari tidurnya, dengan segera Niel mandi serta mengambil wudhuk untuk menunaikan solat tahajud serta solat subuh di kawasan sungai kecil yang tersorok di belakang rumahnya. Tiada siapa pun yang mengetahui kewujudan sungai tersebut selain daripada dirinya. Setelah selesai urusannya dengan Sang Pencipta, Niel masuk ke dalam rumah untuk menyediakan sarapan pagi buat ahli keluarganya serta bekalan makanan buat adik-adiknya ke sekolah.

"Hmm aku nak masak apa untuk pagi ni eh?" Katanya sendirian ketika melihat stok bahan mentah yang sudah hampir habis di dalam peti sejuk. Antara bahan yang masih ada ialah bawang, ayam, telur, nasi lebihan semalam, yogurt, mayonis, roti dan jem, serta beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan.

Apabila menyedari bahawa dirinya sudah lewat untuk ke sekolah tanpa berfikir panjang Niel terus memasak nasi goreng kampung, roti bakar yang disapu dengan jem serta memerah beberapa biji buah oren untuk dijadikan jus oren manakala untuk bekalan adik-adiknya pula dia menyediakan yogurt bersama buah-buahan yang dipotong dadu dan memasak roti telur sebagai hidangan utama.

Apabila semuanya sudah selesai dimasak dan dihidangkan ke dalam pinggan masing-masing walaupun ahli keluarganya belum bangun dari tidur, Niel segera bersiap untuk pergi ke sekolah walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.40 pagi dan sesi persekolahannya bermula jam 8.00 pagi.

Sebelum keluar Niel melihat dirinya di dalam cermin kecil yang dikutipnya. Dengan perlahan dia menyentuh kawasan kulit yang melecur di kepalanya.

"Haihhh.. kalau aku buat ni mesti diorang fikir bukan-bukan lagi tapi takkanlah aku nak keluar macam ni nanti apa cikgu-cikgu cakap pulak. Tak pelah kali ni je lagipun masih berdenyut lagi ni"

"Sçįşťâ mâņdøĺf" Bisiknya dan dengan perlahan dia melihat perubahan kulitnya yang teruk melecur kembali pulih dan rasa sakit juga secara perlahan mula menghilang. Selepas lebih kurang seminit perkara itu berlaku sempat dia melakukan sujud syukur terhadap Ilahi yang telah menyembuhkan dirinya.

Seperti biasa setiap kali Niel ingin ke sekolah dia akan keluar sebelum matahari terbit dan lalu jalan paling jauh di kampungnya untuk menggelakkan dirinya daripada terserempak dengan orang kampung. Bukannya anti-social cuma dia tidak mahu merosakkan moodnya di awal pagi sebegini dengan kata-kata makian, cemuhan, sindiran dan perlian oleh orang kampung yang dilemparkan kepadanya.

Selain itu, sebab lain dia  menggunakan jalan jauh agar dia dapat menghirup udara segar yang masih belum bercampur dengan hembusan nafas orang-orang munafik di atas muka bumi ini.

Sebelum ke sekolah dia juga bergerak menuju ke suatu tempat yang menjadi tempat wajib dituju setiap pagi sebelum ke sekolah iaitu sebuah pondok kecil di dalam hutan yang dijumpainya. Tiba di situ dia memanggil kudanya, Nel yang sedang meragut rumput. Niel hanya melihat kudanya itu menghabiskan makanannya. Apabila Nel selesai makan dengan segera Niel menunggang kudanya dan terus bergerak ke sekolah dengan menggunakan jalan hutan.

"Alright..berhenti sini macam biasa tunggu aku tau Nel petang ni aku lambat sikit ada hal. Terima kasih" katanya sambil mengusap bulu kudanya, Nel apabila sudah tiba di hujung hutan tebal tersebut bermakna Neil sudah hampir tiba di sekolahnya dia hanya perlu berjalan sedikit sahaja lagi. Dalam perjalanannya ke sekolah Niel memakai topeng muka bagi menutup separuh daripada mukanya kerana itu tiada siapa yang pernah melihat wajah Niel selain dari ahli keluarganya.

Tibanya Niel di sekolah pada jam 7.40 pagi dia melihat ramai yang berselisih dengannya memandang sinis terhadapnya. Sejujurnya dia sendiri pun tak faham kenapa manusia-manusia di bumi ini bencikan dirinya sedangkan dirinya langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap mereka walau sebesar zarah sekali pun. Namun Niel hanya menganggap itu sebagai ujian hidup buatnya dan dia sendiri juga sudah terbiasa dengan layanan sebegini dari kecil lagi.

Niel mula memasuki kelasnya namun dia berhenti di hadapan pintu kelasnya buat seketika apabila dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Niel membuat keputusan untuk membuka pintu kelas tersebut dengan menolak pintu menggunakan tangannya dan..

"bushhhhhhh..!!!!"

Tekaannya tepat. Nasib baik dia sempat mengundur 3 langkah ke belakang kalau tidak sudah tentu dia akan di denda oleh guru disiplin kerana datang sekolah dengan baju yang kotor.

Untuk harini cecair yang diletakkan di dalam baldi tersebut ialah sepapan telur mentah yang belum dipecahkan, beberapa biji buah tomato yang sudah dihancurkan, dan beberapa biji batu-batu kecil yang sebenarnya paling banyak diisi antara 3 bahan tersebut.

Niel hanya mampu berdiam diri dan menahan sabar sambil mengambil peralatan mencuci untuk membersihkan lantai kelas tersebut agar dia dan rakan-rakan sekelasnya dapat belajar dalam suasana yang selesa dan guru-guru dapat mengajar dengan tenang. Pantas Niel membersihkan kesemuanya sekali sementara tiada siapa di dalam kelas tersebut.

-To Be Continue


next chapter
Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C2
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen