App herunterladen
80% The Neighbor Next Door, is My Fiancé / Chapter 8: Meninggalkannya dengan tunangannya

Kapitel 8: Meninggalkannya dengan tunangannya

"Runi?"

Panggilan yang tidak disahut biarpun beberapa kali membuat Syarisya tertanya apa yang sedang difikirkan Runi sehingga tidak mendengar namanya dipanggil.

"Runi?"

Runi melihat dari bekangnya ternyata ia adalah Syarisya,ia ingat tunangnya tadi kerana ia sangat gementaran dengan mesejnya tadi.

"Mari kita tunggu diluar sebentar,nanti akan ada yang mengambil kita dari rumah"

Runi mengikuti Syarisya yang sedang menuju ke gazebo luar rumah mereka.

Runi tertanya siapa yang akan mengambil mereka,apa ia adalah teman Syarisya kerana ia terlihat gembira sekali.

Dari kebiasaannya.

Adrien yang berlari dari rumah ke gazebo,ia bernafas terengah buat seketika.

"Haah..."

"Kak kenapa kamu tidak menungguku di dalam rumah,puas aku cari"

Syarisya dan Runi memandangnya seperti berkata,siapa suruh lambat tadi.

Adrien menyengetkan kepalanya ketepi sedikit sebelum ia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Maaflah,aku tidak sengaja lambat datang tadi."

Ia hanya ketawa kecil sementara Syarisya terlihat sedikit kalut.

Matanya mencari sesuatu di laman rumah mereka.

Sebuah kereta muncul dari samar-samar pohon besar,sebenarnya jalan disitu memang condong,bawah keatas.

Jadi ia boleh jadi tempat persembunyian yang paling top.

Sebuah kereta Porsche Panamera putih muncul dari pohon dan berhenti tepat di hadapan pintu masuk.

"Mari kita pergi"

Syarisya berjalan pantas menuju ke kereta itu sementara Runi dan Adrien hanya berjalan santai.

Adrien sudah dapat teka siapa yang akan bersama dengan mereka yang akan membawa mereka sendiri.

Ia adalah tunangan Syarisya,Rakksya.

Lelaki setinggi 177 cm itu berdiri di sebelah kenderaannya.

"Sayang kamu sudah bersiap untuk pergi?" ucapnya pandangannya pada Syarisya terlihat tulus tapi tidak pada Runi.

Runi merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan pada lelaki itu.

Mata mereka saling bertembung.Runi dapat melihat senyuman sinis darinya walaupun satu kilas.

Aku sudah agak dia bermasalah.

Lelaki itu pun tolong Syarisya membuka pintu dan menutupnya,ia tida bertingkah sebegitu pada mereka berdua.

"Runi kau nak tahu hari inikan hari yang paling aku malas nak keluar kalau lelaki ini ada." bisik Adrien.

Pandangan Adrien berubah pada saat kedua mereka tidak memandangnya.

"Sebulan yang lalu aku nampak lelaki ini, menipu Syarisya tentang ia ada presentation dengan senior kelasnya tapi apa yang aku jumpa tak terbayangkan,ia berjalan berpegangan tangan dengan seorang lelaki, pandangannya seperti orang mabuk cinta kamu tahu"sambungnya lagi.

Ada juga homoseksual disini.

"Sejak dari itu,bila dia muncul aku terasa ingin menumbuk dimuka tampannya itu"

Kau sudah nampak sangat seperti ingin menarik rambut dia sebab tangan kau nampak gatal sangat dengan rambut buatannya tu.

Runi mengeluarkan sesuatu sebelum menunjukkan pada Adrien.

𝙰𝚙𝚊 𝚔𝚊𝚞 𝚊𝚍𝚊 𝚛𝚊𝚗𝚌𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚎𝚍𝚊𝚑𝚔𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚕 𝚒𝚗𝚒 𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚊𝚔𝚊𝚔 𝚔𝚊𝚖𝚞?

Adrien hanya terdiam dengan pertanyaan Runi.

"Aku berfikir untuk berdiam dulu"

"Selagi dia tidak menyakiti hati akak aku, aku mampu berbaik dengannya"

Huh kau sudah nampak seperti ingin mematahkan tulang sendinya.

Kalau dibayangkan boleh tahan juga,wajah tampan tu kalau merengis kesakitan lawa juga.

Hehe....

Kedua mereka hanya ketawa sendiri dipikiran mereka masing-masing.

"Runi,Adrien kita sudah tiba.Jom turun...."

Eh,kamu berdua sudah kenapa?!

Syarisya terkejut melihat kedua mereka sepertinya baru kebayangan sesuatu yang bagus kerana senyuman yang dibuat oleh mereka.

"Sudah tiba?"tanya Adrien kemudian kepanya dihulurkan ketingkap melihat keadaan diluar sebelum ia menarik Runi bersamanya.

"Baiklah,kami berdua pergi dulu.Akak pergilah berseronok dulu 2 jam kemudian kita berjumpa semula"

Setelah itu mereka berdua pun menghilangkan diri di depannya dalam kerumunan orang ramai.

"Mana adik dan saudara kamu?"tanya Rakksya pada Syarisya.

"Mereka sudah pergi"Syarisya menyelitkan rambutnya ditelinganya kerana malu dirinya cuma berduaan dengan Rakksya.

Wow hebatnya Syarisya menggoda Rakksya fikir Runi yang melihat dari dinding tiang mall itu bersama Adrien.

"Akak aku memang cantik"gumam Adrien.

Runi sudah dapat data dari keluarga yang ditinggal bersamanya,terima kasih kepada pengalaman belajarnya ia sangat mahir mencuri maklumat sebegitu tanpa bantuan orang lain.

Pengorbanan komputer keluaran canggih sebanyak 40 kali.Diletupkan oleh Runi kerana penasaran dengan dunia pengekodan.

"Nampakynya mereka sudah ingin pergi" ucap Adrien melihat telefonnya.

Apa ia sudah meletakkan GPS penjejak aplikasi pada telefon akak kamu,hebat.

"Bagus kita boleh ikut mereka tanpa kehilangan jejak mereka!"

Nampaknya rancangan kamu boleh tahan.

Tiba-tiba sahaja Adrien mendapat satu pemberitahuan.

"Apa sudah dilenyapkan!"

Ia jerit sangat nyaring sehingga ramai yang lihat kami berdua.Adrien hanya menutup kembali mulutnya sementara Runi sudah bergerak ke arah berlawanan.

"Runi kemana kamu pergi?"

Adrien melarikan diri mendapatkan Runi yang berjalan pantas.

__

Rakksya mengambil kesempatan sewaktu mereka berdua dengan mendekati dirinya pada Syarisya.

"Sya sayang,siapa perempuan pendek yang bersama kita tadi,dia nampak rapat dengan adik kamu"

Syarisya merenung ke atas atap beberapa saat sebelum menjawabnya.

"Um....bagaimana nak katakan huh,macam ni dia lebih kurang sepupu tapi lebih kurang saudara macam tu lah"

Ucapnya yang kemudian pergi membelek baju-baju yang menarik perhatiannya dari tadi.

Sepupu,saudara...

"Apa maksud kamu?Tidak dia nampak terlalu berahsia,apa mungkin dia cuba mendekati kekayaan keluarga kamu dengan berakting seperti seorang sudara secara tiba-tiba"

Syarisya terhenti seketika apabila Rakksya berbicara begitu.Wajahnya bertukar muram.

"Apa maksud kata-kata kamu Rakksya,bagi kekayaan pada kamu ia adalah pentingkah?!"

Dengan tiba-tiba Syarisya memarahi Rakksya.

Wah...aku boleh lihat mereka dari atas ini,ia seperti kau melihat drama heartbroken romantik punya cerita pikir Runi.

Dia sebentar tadi menaiki lif untuk ke tingkat atas sebab tingkat atas kamu boleh lihat segala dari bawah pada bahagian tengah.

Kalau dilihat mereka berjalan tadi,mereka lebih tertuju pada kedai pakaian sebab kebanyakan baju Syarisya dibeli olehnya di tempat-tempat sebegitu sebab ia tidak memiliki modal yang banyak untuk di tingkat atas.

"Kak Runi apa kad hitam ini,bolehkah aku beli ps5 20,000 myr"

Matanya menyinar seperti memohon Runi sambil tangan kanannya menunjukkan barang ia inginkan.

Runi pun menulis sesuatu.

𝙱𝚎𝚕𝚒𝚗𝚢𝚊 𝚍𝚞𝚊 𝚜𝚎𝚝 𝚙𝚎𝚗𝚞𝚑,𝚗𝚊𝚗𝚝𝚒 𝚙𝚞𝚕𝚊𝚗𝚐 𝚊𝚓𝚊𝚛𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞 𝚌𝚊𝚛𝚊 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚋𝚎𝚛𝚖𝚊𝚒𝚗𝚗𝚢𝚊.

Adrien pun mengangguk faham,setelah itu ia pun memasuki tenpat itu dan membelinya dengan keriangan.

Benda murah seperti itu pun dia boleh gembira.Benar kata orang-orang,duit boleh bina kegembiraan dengan cara begini.

Haih,nampaknya mereka sudah berbaik semula tapi nampaknya dia cuba melakukan sesuatu setelah ini.

Lihatlah senyuman sinisnya akan sesuatu yang difikirkannya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C8
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen