SMK Seri Indah. Sebuah sekolah Rancangan Khas Daerah dengan program Sekolah Berasrama Penuh atau sbp sebagai akronimnya. Suatu pagi Sabtu, seperti hari - hari yang lain, langit cerah. Sangat Selesa. Farhan sedang bersiar – siar di perkarangan sekolahnya. Bukan beriadah, tetapi hanya menghilangkan rasa bosan.
Akan tetapi, keselesaan itu tidak berpanjangan. Satu objek sebesar sebuah kereta meluncur laju di awangan. Objek itu kelihatan layaknya sebuah kapal angkasa seperti dalam filem fiksyen 'Star Wars'. Saat tiba di perkarangan SK Seri Indah, objek itu berhanti.
Kehadiran objek itu memecah suasana yang indah di situ. Setiap pelajar hairan dengan kehadiran objek yang cukup aneh. Tiba – tiba, suatu sinaran yang sangat terang menyilaukan mata setiap manusia yang berada di situ. Tiada apa yang mampu dilihat oleh Farhan.
Disaat Farhan Membuka matanya, dia berada di dalam sebuah dewan tertutup. Kelihatan beberapa orang muncul secara tiba – tiba daripada partikel digital. Farhan memandang sekeliling untuk mengenal pasti keberadaan rakannya. Semua orang di sana adalah pelajar di sekolahnya. Tiada pelajar daripada sekolah lain.
Farhan mengeluh kerana tidak kelihatan rakannya di sekelilingnya. Dia meraba kocek seluarnya. Ada sesuatu! Objek itu ialah telefon pintarnya! Tanpa membuang masa, Farhan terus cuba untuk mendail nombor rakannya.
" Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, " hanya itu yang didengarinya. Tiada talian di kawasan itu. Bar taliannya kosong.
Dalam keadaan riuh rendah itu, Farhan cuba untuk mencari rakannya. Terlalu sesak. Susah untuk mencari orang lain.
Setelah menghabiskan masa lima minit mencari, akhirnya Farhan Berjaya menemui Amir. Farhan cuba untuk mendapatkan Amir yang kelihatran seperti dalam kebingungan. Beberapa detik kemudian, Adam muncul dari arah yang lain.
Tiba –tiba, sebuah skrin yang besar muncul di salah satu dinding dewan. Kemunculan skrin itu menjadikan keadaan sekeliling sangat senyap. Sunyi sepi, seperti tiada hidupan di sana. Skrin itu memaparkan seorang lelaki yang memakai jubah dengan penutup kepala. Mukanya dihalang daripada dilihat dengan penutup kepala itu.
" Selamat datang ke The Game Of Monster, " kata lelaki itu. Dia berhenti seketika daripada mengeluarkan suara.
"Pasti semua orang sedang bingung dengan keadaan sekarang. Degar sini semua! Saya adalah Game Master (GM) permainan ini. Sekarang, kalian berada dalam situ game maut yang mampu mengambil nyawa kalian. Saya ulang, game ini bukanlah game biasa, kalian boleh mati selamanya di dunia sebenar, " sambung GM untuk memberi penjelasan ringkas.
" Jadi, cara bermainnya mudah. Pada setiap hari, bermula terbit hingga terbenamnya matahari, akan keluar sejenis makhluk. Makhluknya akan berbeza pada setiap hari. Salah satu dari setiap jenis makhluk mempunyai Emblem. Kumpulkan semua Emblem tersebut dan kalian akan dibebaskan." GM menyambung penjelasannya.
" Bagaimana nak dapatkan Emblem? Mudah. Kalian perlu memBUNUHnya! " tegas GM memberitahu cara untuk mendapatkan Emblem.
" Semoga kalian bejaya hidup sehingga game ini tamat, " kata GM sambil tersenyum sinis. Apabila tamat GM memberi ' salam perkenalan', paparan itu hilang.
Tiba –tiba, seorang perempuan menjerit dengan sangat kuat. Jeritan itu telah menyebabkan suasana yang sunyi sepi itu kembali riuh – rendah dalam sekelip mata. Semua orang kelihatan sangat panik.
Dinding – dinding dewan mula jatuh ke arah luar dewan. Perkara itu telah menampakkan suatu kawasan yang sangat luas. Seluas mata memandang. Dewan itu berada di atas satu dataran yang lebih luas daripada padang bola.
Farhan menarik tangan Amir dan Adam untuk keluar dari dewan itu. Jam menunjukkan pukul 5:30 petang. Masih ada banyakj masa sebelum matahari terbit untuk hari esok. Mereka terus menuju kedalam hutan yang mengelilingi dewan tadi.
Sudah hampir tiga jam mereka berjalan di dalam hutan belantara itu. Masih tiada petanda mana –mana petempatan mahupun sebuah pondok kecil berada berdekatan dengan mereka. Hari sudah gelap. Mereka bernasib baik kerana mempunyai telefon pintar untuk dijadikan sumber cahaya.
Beberapa langkah kemudian, Farhan ternampak sesuatu yang aneh di hadapan mereka. Amir, seorang yang sangat berani untuk mencuba menghampiri objek tersebut.
Farhan dan Adam cuba untuk menghalang Amir. Malangnya, Amir sangat degil untuk pergi melihat objek itu. Tiada apa yang boleh dikalukan.
Amir menoleh kearah rakannya. Terukir senyman lebar di wajahnya. Objek itu adalah peti harta karun.
" Baik jangan buka, biasanya peti macam ni adalah perangkap. Kita tiada perlindungan sekarang ni, " Farhan menghalang Amir daripada membuka peti itu.
" Tak salah mencuba, kan? Lagipun GM cakap makhluk hyanya akan keluar lepas matahari terbenam, " jawab Amir dengan penuh senyuman.
Farhan dan Adam mengundurkan diri beberapa langkah untuk langkah berjaga –jaga. Amir hanya tergelak melihat geligat rakannya. Dengan penuh debaran, Amir membuka peti itu perlahan – lahan.
" Korang, tengok ni, " Amir memanggil rakannya untuk melihat isi peti itu.
Terpaut wajah gembira di wajah mereka bertiga. Sungguh untung sekali. Terdapat peta, lampu suluh, beg menyatakan bahawa mereka berada di barat daya dalam seluruh peta. Apa yang lebih mengujakan adalah terdapat sebuah perkampungan berdekatan dengan mereka! Dengan semangat yang melonjak, mereka terus berlari ke arah kampong tersebut.
Di saat mereka keluar dari hutan itu, kelihatan sebuah perkampungan ala Kesultanan Melayu Melaka. Perkampungan itu kelihata seperti sudah berabad lamanya ditinggalkan.
Tanpa membuang masa, mereka memulakan penerokaan di seluruh kampung untuk mencari apa – apa barang yang berguna.
Setelah tamat, mereka memperoleh banyak barang seperti bahan masakan, senjata, pakaian dan baju perisai. Mereka mengambil keputusan untuk bermalam di kampung itu. Mereka masing – masing memikirkan perkara yang akan berlaku pada esok hari.