App herunterladen
80.95% Sfera / Chapter 34: Ikon

Kapitel 34: Ikon

What would you do if you suddenly lost everything?

How do you keep going?

How do you keep yourself motivated?

What would you do if you just realized that you are not sure what you want in life?

What would you do if you just realized that for a long period of time you just focused on the happiness of others but not yours?

But it is never too late to mend.

Everyone needs an icon... a clearer picture of which peak they want to reach.

It's important to know what you want in life.

It's important to imagine success and to have focus. You imagine yourself having some well-known significance or qualities. It could be literal or figurative meaning. Personal icon.

You work towards that. To achieve and materialize what you imagine in your head. Put your energy on it and seek the meaning of life out of it.

Bunyi hon bas mengejutkan aku yang sedang asyik membaca isi kandungan laman web Diana Sinclair.

Pada ketika itu, aku berada di Terminal Bersepadu Selatan. Menjemput Syam yang dijadualkan tiba pada pukul lapan malam. Menurut Syam, dia ke sekolah lama tempatnya mengajar untuk mengambil sijil-sijil yang baru dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Syam melambai-lambai ke arahku sebaik sahaja ternampak kelibatku dari jauh. Setelah beberapa hari tidak bertemu, lelaki itu kelihatan semakin tampan dan menarik.

"Hai Syam!" kataku dengan ceria. Syam menyambutnya dengan sebuah senyuman.

"Hei! Lihat siapa yang menjemput saya hari ini. Orang yang baru sahaja mencipta sejarah dalam dunia majalah!"

"Alah awak ini Syam. Ada-ada sahajalah..." kataku sambil tersenyum malu.

"Jualan Hey kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah penerbitan majalah negara kita" Syam menunjukkan aku berita yang tertulis dalam Yahoo News. "Jadi apa rasanya bila menjadi sebahagian dari sejarah? Mesti awak rasa seronok dan bangga bukan?"

"Ada pilihan jawapan untuk soalan awak itu?"

"A) Ya, B) Ya dan C) Ya" kata Syam sambil membilang dengan jari.

"Kalau begitu, baik tidak perlu adakan pilihan jawapan" aku ketawa kecil. "Jadi bagaimana? Sudah selesai urusan dengan sekolah lama?" tanyaku. Sengaja mengubah topik perbualan.

"Sudah." jawab Syam ringkas sambil mengangguk perlahan. Sambil mendengar cerita Syam, kami beriringan menuju ke pintu keluar.

"Awak belum boleh balik lagi Marina. Mari temankan saya makan dahulu."kata Syam sewaktu kami menghentikan sebuah teksi.

"Apa? Ish mana boleh begini. Mana boleh paksa..."

"Alah. Temankanlah saya. Lagi pun memang saya hendak belanja awak hari ini" kata Syam memujuk.

"Betul awak hendak belanja?" tanyaku. Inginkan kepastian. Gembira apabila mendengar perkataan 'belanja' dari mulut Syam.

" Ya Marina. Saya belanja" jawab Syam. Dia memberi isyarat tangan supaya aku segera masuk ke dalam teksi yang menunggu.

"Boleh juga. Kita hendak ke mana?"tanyaku sambil masuk ke dalam teksi.

"Abang. Bawa kami ke Dove Republic"kata Syam kepada pemandu teksi tersebut.

" Tidak pernah dengar pun" kataku kepada Syam.

" Tempat ini special. Makanan memang tip-top!" kata Syam sambil dipersetujui oleh pemandu teksi tersebut.

"Apa-apalah. Awak yang belanja. Saya ikut sahaja"

*****

"Wow! Cantik betul tempat ini" kataku memuji kawasan luar restoran sebaik sahaja melangkah keluar dari teksi.

"Nama?" tanya seorang pelayan yang mendekati kami.

"Syam" jawab Syam ringkas.

Pelayan itu menyemak satu senarai yang berada di tangannya.

"Mari ikut saya" arah pelayan itu kepada kami selepas menemui nama Syam yang tercatit di dalam senarainya.

Aku memerhatikan Restoran Dove Republic itu dengan penuh rasa kagum. Tempatnya cantik, luas dan tenang.

Seluruh ruangannya digelapkan, hanya diterangi puluhan lilin yang tersebar di beberapa tempat.

Kami di bawa ke sebuah ruangan yang penuh dengan pokok buluh. Di situ, terdapat sebuah meja yang dipenuhi makanan.

"Wow! banyaknya makanan.."kataku kepada Syam. Mulutku hampir melopong. "Siapa yang hendak makan semua ini?"

"Awaklah. Siapa lagi?" kata Syam."Terutama sekali kek ini."

Aku membaca apa yang tertulis di atas kek yang ditunjukkan oleh Syam itu.

"Syam... Ini..."

"Selamat hari jadi Marina" kata Syam sambil tersenyum. Dia menyusun beberapa batang lilin pada kek dan mula menyalakan api.

"You should not have done this Syam" kataku kepada Syam. Aku benar-benar terharu. Syam hanya tersenyum.

"Guys! Cepat!" jerit Syam.

"Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi!" Gina, Ally, Michelle dan beberapa rakanku yang mengenali Syam keluar serentak dari kegelapan.

"Thanks, semua" aku memeluk Michelle dan Gina.

"Selamat hari jadi Marina."kata Gina. Dia menepuk-nepuk belakang tubuhku.

"Aku tidak percaya yang aku sendiri lupa akan hari jadiku. Look how I have changed?"

"Awh... Well. Bulan lepas bulan yang agak sukar bagi kau bukan?"kata Gina lagi.

"Dan kami faham sekiranya wayar dalam kepala kau ada yang terputus sehingga terlupa tarikh hari jadi sendiri" kata Michelle diiringi gelak ketawa dari mereka yang hadir.

"Ya. Tetapi semuanya berbaloi. Kita di sini bukan sahaja meraikan hari jadi kau sahaja. Kita juga meraikan hero majalah Hey yang bertungkus-lumus menyelesaikan segala tugasan di saat H1N1 menyerang!"

"Satu kerja yang bagus Marina! Kami semua berbangga dengan kau" kata Michelle.

"Awh..." aku hilang kata-kata. Tidak tahu apa yang perlu aku katakan bagi menyatakan perasaan terharuku.

"Okey Marina. Cuba tengok siapa yang datang malam ini" Gina menggerakkan bahuku dan berpusing ke belakang.

"Daniel?" kehadirannya benar-benar mengejutkanku.

"Kenapa? Awak tidak suka saya datang?" tanya Daniel. Dia nampak begitu elegan malam itu dengan pakaian serba hitam.

"Eh. Bukan. Cuma tidak sangka yang awak pun terlibat sekali dengan mereka semua" terangku kepada Daniel. Dia hanya ketawa kecil.

"Eh. Apa tunggu lagi. Potong kek" kata Ally. Dia menghulurkan sebilah pisau plastik bewarna merah jambu kepadaku.

Jumlah orang yang hadir bukanlah pengukur kemeriahan sesuatu majlis. Apa yang penting adalah dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama. Sepanjang majlis, Michelle dan Ally tidak henti-henti bercerita. Sekejap sahaja mereka meraikan aku, beberapa minit kemudian, setelah hidangan berada di pinggan masing-masing, mereka terus lupa diri.

Selepas selesai menikmati pencuci mulut, Daniel dan Syam bergerak jauh dari kami. Mereka mencari satu sudut yang mana perbualan mereka hanya dapat di dengar sayup-sayup sahaja. Begitu asyik sekali mereka berbual sehingga aku berfikir yang bukan-bukan. Ketika itu, aku terfikir apa agaknya topik yang mereka bualkan. Monologku mula meliar. Maka tersenarailah perkara-perkara aku fikir menjadi topik perbualan mereka berdua. 'Hmmm... Barangkali, mereka bercakap tentang kerjaya masing-masing' aku memikirkan kemungkinan yang pertama. 'Atau tentang harga minyak,' aku mula mencari kemungkinan kedua. 'Mungkin juga mereka bercakap tentang bola,' jika dua orang lelaki yang tidak pernah kenal antara satu sama lain nampak begitu mesra. Hanya topik ini yang aku rasa boleh mereka kongsikan bersama. 'Tetapi bagaimana jika mereka bercakap tentang aku? Oh tidak!' monolog dan kemungkinan terakhir yang aku fikirkan menjadikan aku panik 'Ada baiknya kau berhenti memikirkan ini semua. Mereka bualkan perkara-perkara biasa sahaja. Sudah! Jangan kacau hal-hal orang lelaki' aku memberitahu diriku. Pantas, aku pergi mendapatkan Ally. Gina dan Michelle ketika itu sedang sibuk bergambar.

"Siapa mastermind semua ini Ally?" tanyaku kepada Ally yang sedang asyik menikmati ais krim strawberi kegemarannya.

"Apa?" tanya Ally semula kepadaku. Ais krim yang berada di dalam mulutnya seolah-olah mematikan deria pendengarannya.

"Kejutan ini. Siapa yang rancang? Siapa mastermind?" kataku perlahan-lahan agar Ally dapat mendengar butir-butir yang aku katakan.

"Siapa lagi... Syamlah.." jawab Ally dengan mulut yang penuh.

"Oh. Syam..." aku hanya mengangguk perlahan tanda faham dan sekali lagi monologku bermula. 'Barangkali mereka sedang berbincang siapa yang sepatutnya membayar bil majlis di Dove Republic ini. Mungkin Syam mencadangkan kepada Daniel untuk memotong gajiku pada bulan hadapan!'

"Apa yang kau buat?" pertanyaan mengejut Michelle membuat aku tersentak.

"Aku... A..." dalam keadaan yang masih terkejut, aku mencari alasan yang logik untuk diberikan kepada Michelle.

"Entah apalah yang kau angankan agaknya. Sudah! Jangan fikir yang bukan-bukan. Jom bergambar!" gesa Michelle.

Selesai sahaja majlis, aku pulang ke rumah bersama-sama dengan Gina. Sebelum kami berpisah dan bersurai, Syam sempat memberikan aku hadiah yang diletakkannya di dalam kotak bewarna biru. Setibanya aku di rumah, aku membuka balutan hadiah yang aku terima dari Syam itu. Ianya sehelai selendang bewarna biru yang sangat cantik. "Pandai Syam memilih" kataku sendirian ketika aku cuba mengenakan selendang itu di hadapan cermin. Namun apa yang membingungkan aku ketika itu adalah satu nota yang disertakan dengan selendang itu.

Di dalam nota itu, Syam cuba menyatakan apa yang diharapkannya daripada aku. Dalam kata lain, dia mahu kami mengubah status hubungan kami itu dari kawan biasa kepada 'bukan kawan biasa'.

"Well. Well. Syam sudah meluahkan hasrat hatinya pada kau." kata Gina selepas aku memberitahunya tentang nota itu.

"Ya." lambat aku menjawab.

"Jadi bagaimana Marina?" tanya Gina. Bersungguh dia mahu tahu akan jawapanku.

"Entahlah. Aku pun tidak tahu bagaimana. Dia ada menghantar mesej melalui Facebook bertanyakan tentang ini tetapi aku belum membalasnya lagi.."

"Tetapi lucu juga apa yang dia buat ya. Hantar surat. Macam era sembilan puluhan dan awal millenium dulu-dulu bukan?" kata Gina sambil ketawa.

"Ya. Mungkin dia sengaja mahu mencari kelainan"

"Tetapi secara peribadi, kau sukakan dia?" tanya Gina lagi. Secara jujurnya soalan Gina itu seperti perangkap. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. 'Ya' atau 'tidak' jawapan aku, ia tetap akan mendatangkan resah kepadaku.

"Ya. Tetapi tidakkah kau rasa masih terlalu awal untuk kami berdua bergerak ke arah itu?" aku meminta pendapat Gina.

"Aku rasa kau perlu beri dia peluang. Syam nampak seperti secocok sekali dengan kau." kata Gina dengan nada mengusik. Namun beberapa ketika, dia kembali serius "Tetapi kalau kau belum bersedia, ada baiknya kau beri jawapan yang selamat kepada Syam"

"Jawapan yang selamat?"

"Ya. Selamat bagi kedua-dua pihak"

"Betul juga apa yang kau cakap" kataku ringkas.

Aku berfikir seketika, apa yang Gina katakan sememangnya mudah jika aku tidak bersetuju untuk bertemu dengan Norman beberapa hari sebelum itu.

Aku sengaja merahsiakan pertemuan aku dengan Norman kepadanya. Sekiranya Gina tahu, sudah pasti Gina akan memberikan jawapan yang berbeza.

"Oh ya. Norman ada hubungi kau?" tanya Gina.

"Tiada pula" jawabku selamba. Cuba berlagak tenang walaupun berasa sedikit aneh kerana tiba-tiba sahaja Gina bertanya tentang Norman.

"Hmmm.... Betul?" tanya Gina lagi. Inginkan kepastian.

"Ya..." aku cuba berlagak tenang.

Gina mengecilkan matanya dan memberikan aku satu pandangan nakal.

"Kenapa? Kau tidak percaya?" tanyaku kepada Gina yang memberikan reaksi nakal sebegitu.

"Aku tidak kata begitu" Gina tersenyum nakal.

"Jadi kenapa kau tenung-tenung dan renung-renung aku sebegitu ha...?" aku mencubit Gina.

"Ouch! Sakitlah Marina!"

Gina tidak menjawab soalanku. Aku yakin dia sudah menghidu sesuatu dan cuba memancing aku untuk menceritakan kepadanya tentang Norman.

'Tetapi tidak semudah itu Gina! Tidak semudah itu' aku ketawa di dalam hati.


next chapter
Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C34
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen