App herunterladen
11.11% SAHABAT : Antidot / Chapter 1: EPs 1 : Sahabat?
SAHABAT : Antidot SAHABAT : Antidot original

SAHABAT : Antidot

Autor: Ario_YS

© WebNovel

Kapitel 1: EPs 1 : Sahabat?

Arif mengusik Haikal yang sedang bermesej dengan girlfriend barunya . "Haish , Janganlah kacau kau ni dik" . Haikal memarahi Arif yang ingin membaca perbualan mereka . Haikal berusia 17 tahun yang manganggap Arif yang juga berusia 17 tahun menjadi adik angkatnya . mereka berkawan baru setahun tetapi sudah rapat seperti adik beradik . Arif sering ke rumah Haikal untuk melepak . Selepas beberapa bulan Haikal sudah temui teman wanita dan kelakuan Haikal sudah berubah tidak seperti dulu . " Bapak ar marah aku do " balas Arif selepas dimarahi Haikal . "Mana ada marah 😅" jawab Haikal yang cuba tenangkan diri . Arif cuba lagi mengusik Haikal dengan menghendap dari belakangnya yang sedang baring di sofa . Setelah itu Arif ditolak oleh Haikal yang sudah rimas dengan usikannya . Arif terjatuh dan belakang badannya terkena bucu kabinet rumah Haikal .

"Woi jangan mengalamun , lepas ni turn kau pulak nyanyi " tegur Dani (P.A Arif) menyedarkan Arif yang sedang mengimbau masa lalunya didepan cermin. 5 tahun telah berlalu , Arif sudah menjadi penyanyi terkenal yang memenangi banyak anugerah di industri muzik . " Sorry 😌" jawab Arif dengan nada suara lemah . " Haih kau ni tak nak down² ni , kejap lagi kau nak nyanyi " balas Dani penuh risau . Arif hanya diam dan tatap cermin dengan muka yang sedih . "Dah lah Arif , kalau dia abang kau dia datang support kau time kau audition 3 tahun lepas , tapi mana dia? sibuk sangat bercinta dengan perempuan mana ntah " pujuk Dani . Nama Arif sudah pun disebut oleh pengacara Arif bangun daripada tempat duduknya dan terus kepentas . Habis sahaja persembahan Arif terus ke bilik artis untuk menukar baju . " Lepas ni kau nak pergi mane?" tanya Dani . "Hmm ... Taman?" jawab Arif dengan ragu² . " Tak habis² lagi ? kau ni dah lah tu , dia takkan datang jumpa kau , dah berapa tahun dah dia menghilang dia tak cari kau pun , khabar berita dia pun kita tak tahu , dia pun dah pindah kan?, kalau betol dia abang kau dia cari kau , tak payah nak beria sangat " marah Dani kepada Arif yang sering meminta untuk ke taman untuk mengibau masa lalunya . Arif hanya berdiam diri menarik nafasnya perlahan-lahan dan hembus , Arif kelihatan sedih selepas dimarahi Dani . Dani pun rasa bersalah dan memujuk Arif "Hmm ye lah kite ke taman tapi jangan lame² kau nangis je kite balik" pujuk Dani . Arif tersenyum dan berkata " macam tu lah hehhe". "ohh suke ? kau nangis aku heret kau naik kerete" balas Dani .

Kelihatan Khai , Arif dan Haikal di bahagian tempat senaman di sebuah taman besar . Haikal dan Khai sedang bermain bar manakala Arif duduk dipondok berdekatan bar mereka .

"Kal kau buat ape lagi dekat dia?" soal Khai kepada Haikal .

"Hmm biarlah dulu dia , penat kot" jelas Haikal . Arif sering bermain bar bersama mereka tapi pada hari ini , Arif hanya duduk dipondok dan berdiam diri .

"Arif, kau ok ak we? Haikal buat kau ke?" tanya Khai kepada Arif yang daripada tadi mendiamkan diri . Arif tidak menjawab soalan Khai dan terus menggalas beg nya dan menuju ke pintu keluar taman .

"Kau buat ape Kal?" keluh Khai . "Dah lah jom lah gerak sekali dia takde mood tu" jelas Haikal kepada Khai dan terus menyusuri Arif . Arif terus menghidupkan motorsikalnya , Khai dan Haikal juga hendak menghidupkan motorsikal . Arif hanya bersalaman dengan Khai dan meninggalkan Haikal yang sudah menghulurkan tangannya untuk bersalaman terlebih dahulu .

"Apo ni Kal ? kau buek po dekat dio" keluh Khai lagi sekali dan terus meninggalkan Haikal .

"Haih apelah salah aku Arif" keluh Haikal kepada dirinya sendiri

Arif tersenyum sendiri melihat ke suatu pemandangan di tempat senaman taman . Dani yang melihat Arif tersenyum sendiri itu berkata "Kau ok tak Arif ?" . Arif menurunkan senyumannya dan berkata "Kalaulah aku tak merajuk lebih² haritu mesti Haikal tak meluat dengan aku" . Dani berkerut dan bangun daripada sebelah Arif dan duduk dihadapan Arif . "Kalau dia pun tak cari kau , kau tak payah beria cari dia, dia tak pernah berusaha pun untuk jadi abang kau" jelas Dani dengan nada suara keluhan . "Mana kau tahu Dani? memandai je" balas Arif . Tidak lama kemudian Arif dan Dani disapa seorang lelaki daripada belakang Arif . "Assalamualaikum , korang orang lame eh dekat kawasan ni?" soal lelaki tersebut kepada mereka . "Ha ye kenape bro?" balas Dani . Arif tidak mahu berpaling kerana takut identitinya sebagai artis terdedah , Arif tak berapa selesa melayan peminatnya sejak kebelakangan ini jadi jika Arif hendak ketaman Arif akan memakai topi , spek mata hitam dan mask mulut . "Nama aku Aiman, saje tanye korang sebab selalu nampak korang dekat sini" Jelas lelaki tersebut . "korang tengah cari seseorang ke?" soal Aiman . Arif memakai mask dan spek mata hitam nya dan berpaling . "Maaf bro kitorang nak kene gerak" jelas Arif yang terburu-buru menarik Dani kerana takut identiti dikenali oleh orang sekitar . Aiman berasa hairan melihat kelakuan mereka . Aiman duduk ditempat duduk Arif duduk tadi dan terjumpa dompet di tepi tempat duduk itu , Aiman pun hendak mengejar mereka tetapi mereka sudahpun meninggalkan taman itu .

Aiman membelek dompet tersebut , selain duit Aiman terjumpa kad pengenalan milik Arif . "Muhammad Arif Yazin Bin Tarmizi" Aiman membaca nama pada kad tersebut . Aiman seperti mengenali nama tersebut dan tiba² kepalanya berdenyut . Aiman meronta kesakitan namun sudah tiada siapa ditaman tersebut yang boleh membantu Aiman . Dalam pemikiran Aiman tiba² terlintas seperti kelihatan seorang lelaki sedang membawa dua orang tuanya dibelakang , lelaki tersebut ialah Aiman yang sedang menaip mesej yang berbunyi "sorry... aku tak dapat datang" setelah Aiman menghantar mesej tersebut , tiba² sebuah lori dihadapannya dan Aiman berlanggar dengan lori tersebut. kepala Aiman kesakitan kerana terfikir benda yang dia tidak tahu . Akhirnya Aiman pengsan ditaman tersebut .

"kau ok tak ni dik?" tanya Haikal yang risau akan keadaan Arif yang belakangnya terkena bucu kabinet rumah Haikal akibat ditolak Haikal .

"sejak kau bercinta dan kenal ramai orang ni bang , kau dah tak macam dulu x seperti abang yang aku kenal dulu." jawab Arif dengan emosi sambil menahan kesakitan . Terlihat mata Arif sudah berkaca , Haikal dengan rasa bersalah pun meletakkan telefonnya dan mengangkat Arif keatas sofa dengan mendukungnya . "Eish tak payah aku boleh bangun sendiri!!" jawab Arif yang tidak mahu dirinya didukung . "kalau macam ni lah perubahan kau , aku tak boleh terima kau sebagai abang angkat aku lagi dah." kata Arif dan terus bangun lalu pergi ke arah pintu keluar. Haikal yang hanya kaku dengan penuh rasa serba salah duduk diatas sofa dan termenung . "Betul ke aku dah tak sama macam dulu?" tanya Haikal kepada dirinya sendiri sambil melihat ke arah satu ruangan kosong. Tidak lama selepas Arif pergi daripada rumah Haikal , telefon Haikal pun berdering kerana ada orang yang menelefon dan orangnya ialah Hanisyah teman wanita Haikal .

"Aiman , Aiman kau ok tak ?" kelihatan Arif didepan mata Aiman . Aiman sedar yang kepalanya diatas riba Dani yang sedang mengipasnya daripada tadi . Kelihat suasana sudah gelap , lalu Aiman pun mengangkat kepalanya daripada riba Dani dan bertanya "Korang buat apa kesini lagi" , " kitorng cari dompet aku , last² jumpa kau pengsan sini" jawab Arif . "Kau artis tu kan?" soal Aiman sambil memegang kepalanya yang sakit . "Mana kau tahu?" soal Arif kembali . "Muhammad Arif Yazin Bin Tarmizi" nama yang Aiman sebut sambil menunjukkan kad pengenalan Arif ke Arif . "Hehe kantoi lak " jawab Dani . "Eish kau bukak dompet aku? kau nak curi eh?" . Soal Arif sambil marah . "Aku nak check dompet ni siape punye sebab tu aku bukak dan bile aku dapat tahu kau punye aku terus kejar kau tapi kau dah pergi" jelas Aiman . "Ish kau ni tak baiklah Arif , orang dah tolong" tegur Dani . "Thanks" jawab Arif sambil membuka topi , cermin mata dan mask mulut yang dipakainya dari tadi . cahaya daripada lampu yang berada ditaman itu memperlihatkan wajah Arif . Aiman kaku dan terpegun kerana seperti dia pernah melihat wajah ini sebelum ini . Tiba-tiba kepala Aiman kembali sakit dan berdenyut , Aiman terus meronta kesakitan sambil memegang kepalanya yang berdenyut dan kembali pengsan diatas riba Dani yang masih melutut daripada tadi . "Pengsan lagi.. " rungut Arif . "Eh jap Dani tepi sikit" suruh Arif kepada Dani yang menghalang muka Aiman kerana bayang² . Dani pun bergerak sedikit supaya cahaya daripada lampu taman itu menerangi muka Aiman . Arif terkejut kerana muka Aiman mempunyai persamaan dengan muka Haikal . "kenapa Arif?" soal Dani . "Haikal" jawab Arif sambil terpegun melihat muka Aiman . "Haahlah tapi dia kata tadi nama dia Aiman kan?." soal Dani kembali . Arif meraba poket seluar sebelah kiri Aiman dan mengeluarkan dompet dan telefon Aiman ."Haikal selalu simpan fhone dan dompet satu tempat di poket sebelah kiri" jelas Arif sambil menunjukkan dompet dan telefon kepunyaan Aiman kepada Dani . "Fhone dengan dompet tu bukan yang Haikal pakai dulu" jawab Dani . "Ha memang Haikal akan pakai benda sama pun setiap tahun" balas Arif dalam bentuk sindiran . " Cuba cek IC dia." kata Dani . Arif mengeluarkan kad pengenalan Aiman dan periksa . "Ahmad Aiman Bin Fadhil" Arif membaca namanya dan hairan . "Ha kan aku dah cakap muka je sama tapi bukan dia." jelas Dani . Arif masih kehairanan dan tenung gambar dan alamat rumah serta nombor IC Aiman . "Asal ni Arif?" soal Dani yang hairan melihat Arif membelek-belek kad pengenalan Aiman . " Ini Haikal " jawab Arif . Dani hairan dan bertanya "Macam mana kau tahu?" . "nombor kad pengenalan sama , nama pakcik Haikal ,Fadhil dan alamat yang tertulis dekat sini alamat rumah pakcik dia." jelas Arif dengan penuh yakinnya . " anak pakcik dia lah tu" jawab Dani . "Takkan muka sama aku sempat jumpa dengan sepupu Haikal dulu tak ada pulak nama Aiman" jelas Arif lagi . "So sekarang ni kau nak buat apa?" soal Dani . Arif mengeluarkan kunci rumah dan motor daripada poket seluar sebelah kanan Aiman dan hulurkan ke Dani . " kau bawak motor dia ikot aku daripada belakang kita hantar dia kerumah pakcik dia " jelas Arif. Dani pun mengangkat dan memapah Aiman bersama Arif dan membawanya ke kereta milik Arif . Setelah itu mereka pun bergegas ke rumah pakcik Haikal .


next chapter
Load failed, please RETRY

Wöchentlicher Energiestatus

Rank -- Power- Rangliste
Stone -- Power- Stein

Stapelfreischaltung von Kapiteln

Inhaltsverzeichnis

Anzeigeoptionen

Hintergrund

Schriftart

Größe

Kapitel-Kommentare

Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C1
Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
  • Qualität des Schreibens
  • Veröffentlichungsstabilität
  • Geschichtenentwicklung
  • Charakter-Design
  • Welthintergrund

Die Gesamtpunktzahl 0.0

Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
Stimmen Sie mit Powerstein ab
Rank NR.-- Macht-Rangliste
Stone -- Power-Stein
Unangemessene Inhalte melden
error Tipp

Missbrauch melden

Kommentare zu Absätzen

Einloggen