App herunterladen
4.36% Perceraian Ke-99 / Chapter 40: Pasti Ada Seseorang yang Kamu Takuti

Kapitel 40: Pasti Ada Seseorang yang Kamu Takuti

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Apa yang telah dilakukan oleh Liu Anan tidaklah begitu serius, tetapi cukup serius. Video yang telah dimuat naik di internet telah menjadi viral. Satu-satunya cara untuk mendapatkan maklumat, dengan meminta Su Qianci, iaitu si mangsa untuk berkata sesuatu. Su Qianci yang dikenali oleh Tang Mengying selalu berusaha untuk berbaik dengan dirinya yang merupakan kawan Li Sicheng sejak kecil. Namun, selepas berurusan dengannya tempoh hari, Tang Mengying merasakan Su Qianci telah menjadi sedikit berbeza. Tang Mengying percaya Su Qianci bermungkinan tidak akan datang ke kafe.

Benar seperti disangka. Selepas menunggu selama 20 minit di kafe, Tang Mengying masih tidak melihat kelibat Su Qianci. Dia menelefon sekali lagi, tetapi tiada yang menjawab. Tang Mengying berasa marah, tetapi mengawal dirinya dan melihat senarai nombor dalam telefonnya.

Jika kau tidak takut kepada aku, pasti ada seseorang yang lain yang kau takuti.

Su Qianci pergi ke rumah Li Sicheng dan meminta pembantu rumah menyediakan satu bilik untuknya. Dia kemudiannya memindahkan semua barangnya ke bilik tetamu berhadapan bilik utama. Satu jam berlalu ketika dia melakukan semua itu. Su Qianci mengambil telefon dan melihat dua panggilan yang tidak dijawab. Satu daripadanya ialah dari rumah lama keluarga Li. Dia menelefon semula, dan dijawab oleh Puan Li.

"Ibu."

"Saya dengar kamu ingin mendakwa sepupu Tang Mengying?"

Su Qianci terkesima. "Bagaimana Ibu tahu?"

"Jangan buat begitu," Suara Puan Li kedengaran keras. "Keluarga Tang sudah berkawan dengan kita untuk bertahun-tahun lamanya, dan saya tidak benarkan kamu rosakkannya. Berhenti sekarang."

Su Qianci keberatan, tetapi dia terpaksa patuh kepada ibu mertuanya. "Baik." Setelah mematikan talian, dia membuka satu laman web dan mendapati "drama Liu Anan" telah jatuh dari kedudukan teratas topik hangat. Video dan berita viral tentangnya kebanyakan telah dipadam dan berkurangan.

Kelihatannya Tang Mengying sudah mengorak langkah. Dia memulakan dengan memberitahu Puan Li mengenai hal itu, dan kemudian menguruskan apa yang tersebar di internet. Tang sedang cuba untuk memastikan Liu selamat. Sudah tentu, Su Qianci tahu dia tidak boleh membuat Liu Anan dipenjara hanya kerana fitnah. Walau bagaimanapun, dia perlu mengutip sedikit hutang. Su Qianci menekan aplikasi berbual atas talian yang telah sekian lama tidak diguna. Dia memasuki satu kumpulan yang dipenuhi rakan sekolahnya, dan terus menjumpai satu nama.

Lu Yihan.

Dia merupakan rakan sekelas di sekolah rendah dan sekolah menengah Su Qianci, seorang rakan lelaki yang menganggap komputer sebagai teman wanitanya. Sejak Su Qianci diambil kembali oleh keluarga Su, mereka terputus hubungan. Su Qianci masih ingat dalam kehidupannya yang lepas, Lu Yihan meningkat popular beberapa tahun kemudian dan menjadi ketua industri IT di Kingstown. Manakala dia hanya menjadi isteri yang dibenci dan tertinggal jauh di belakang rakannya itu.

Jika betul apa yang diingatinya, sekarang merupakan saat-saat yang paling sukar bagi Lu Yihan. Ini waktu mereka menjadi junior di kolej. Ketika semua orang mendapat latihan praktikal, Lu Yihan sudah memulakan perniagaannya sendiri dengan beberapa orang rakannya. Ia merupakan waktu di mana mereka memerlukan wang yang banyak, dan Su Qianci tiada apa-apa kecuali wang. Su Qianci memulakan perbualan dengannya dan menaip, "Seratus ribu. Bongkarkan semua rahsia seseorang untuk saya."

Sebagai seseorang yang sentiasa bersama dengan komputernya, Lu Yihan terus menjawab, "Kamu punya wang sebanyak itu?"

Su Qianci menaip. "Nombor akaun?"

Apa yang akan kamu lakukan jika seorang rakan yang tidak berhubung untuk jangka masa yang lama tiba-tiba menawarkan kamu seratus ribu?

Lu Yihan menolak bingkai cermin matanya ke atas, menghantar maklumat akaun banknya, dan pergi mendapatkan segelas air.

Ding!

Telefonnya berbunyi tanda menerima pesanan. Lu Yihan kembali ke komputer sambil meminum airnya, lalu mengambil telefon itu. Tiba-tiba, mulutnya yang dipenuhi air tersembur pada skrin tersebut.


next chapter
Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C40
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen