Hai kepada semua pembaca. Aku seorang doctor perubatan yang telah berkhidmat selama 7 tahun di salah sebuah hosp kerajaan yg telah lama wujud di bahagian pantai timur semenanjung malaysia. Hospital ini memang dah lama, tapi sekarang telah terdapat bangunan baru dibina di samping beberapa klinik modern untuk kesejahteraan rakyat.
Kisah yang berlaku ni dah lama sebenarnya, semasa aku masih lagi bergelar seorang 'houseman'. Houseman dulu memang ada 'oncall' dan aku memang berkerja around the clock. Peristiwa ini berlaku di salah satu ward yang aku rahsiakan namanya.
Pada malam itu aku oncall seorang di ward yang sangat sibuk. Di ward itu terdapat beberapa bahagian dan yang paling utama adalah bahagian 'acute bed' di mana pemerhatian yg lebih diberikan kepada pesakit pesakit di situ. Tidak ramai pesakitku di acute bed mlm itu, tetapi ada seorang lelaki tua yg terlantar.
Lelaki tua itu berketurunan orang asli dan keadaannya adalah sangat lemah. Untuk pengetahuan pembaca, hospital aku memang terdapat banyak orang asli, tidak seperti tempat tempat lain. Pada malam itu aku sedang melakukan rondaan pesakit di samping membuat catatan yg diperlukan dalam rekod pesakit. Tiba-tiba aku di kejutkan oleh suara pekikan dari lelaki tua orang asli itu. Aku sepantas kilat, terus 'attended STAT' untuk melihat apa yg berlaku.
Di depan mataku lelaki tua orang asli itu telah berdiri di sebelah katilnya sambil berusaha mencabut wayar air dan jarum di tangannya, mukanya kelihatan bengis dengan suara garau yg keluar dari tenggoroknya. Ditambahkan pula dengan pucat lesi, wajahnya silih berganti antara bengis dan menyeringai. Darah dari jarum yang tercabut jugak bertitkan di lantai dan tilamnya namun tidak lah sehingga banjir. Dia berdiri dalam posisi badannya di'bengkok'kan ke kiri (macam orang skoliosis) dan kepalanya memusing ke kanan. Pandangan matanya tajam tepat ke anak mataku.
Pada waktu itu memang tuhan saja lah yang tahu perasaanku sambil mulutku berusaha membaca al fatihah dan apa entah yang terlintas. Mungkin doa masuk tandas pon aku terlafaz masa tu sebab terkejut dan takut sangat.
Aku lantas memanggil nurses dan PPK utk datang membantu memegang lelaki orang asli itu. Dia kelihatan begitu garang dan cuba melarikan diri. Namun dengan usaha kami enam orang,dapat juga kami bawa dia semula ke katilnya sambil aku memintak nurse untuk menyediakan suntikan ubat penenang. Aku memberinya satu suntikan, namun dia masih lagi aggrassive dan melawan kami. Kami cuba mengikatnya di katil dan menunggu beberapa ketika untuk dia terlena,namun tidak berhasil.
Aku menyuntiknya sekali lagi (dose selamat utk dua kali) memandangkan dia masih tidak respon kepada ubatan. Selepas beberapa ketika, barulah dia mulai lemah dan kembali kepada keadaan asal.
Aku kemudian memaklumkan kejadian kepada bos bos(geng oncall) ku tentang apa yang terjadi
Keadan kembali menjadi terkawal dan aku kembali menyambung beberapa kerja yang terbengkalai. Sedang aku berkerja, aku disapa oleh seorang lelaki yang aku kira mungkin orang alim alim melihatkan pemakaiannya yg bersih dan kopiah dikepala.
Dia memberitahuku bahawa dia dapat melihat entiti. Dan pada kejadian itu dia ternampak di sekitar lelaki tua orang asli itu,terdapat belaannya. Katanya orang asli itu telah membawa belaanya ke hospital. Namun belaannya menjadi ganas setelah keadaan orang asli tua itu semakin lemah, mungkin tiada yg memberinya makan atau membuat apa apa upacara yg diperlukan
Serentak dengan itu bulu romaku meremang seakan ada sesuatu yg berada berhampiran. Aku segera melihat jam dan alhamdulillah oncall ku akan berakhir tak lama, pagi sudah mula menjelma.
Banyak lagi kisah semasa housemanship yg aku lalui, mungkin kerana kepenatan yang teramat aku jadi terhalusinasi sebegitu. Tetapi ada juga masa masa yang aku terlalu penat sampaikan aku tak hairan kan lembaga yg aku terjumpa di bahagian mortuary ketika aku postcall menuju ke gate belakang hospital. Mungkin hantu sendiri pon malas nak kacau doctor postcall yang tersangat penat sampaikan kitorg dah tak takut dah dengan diorang..tidur lebih utama
Semua cerita adalah hak milik Fikshen Syasha.
Saya hanyalah menggunakan platform ini untuk mengembangkan lagi cerita hantu di Malaysia